PENYERAHAN DAN PEMASANGAN MESIN AED DI LOKASI UMUM DALAM KAMPUS 每日大赛app BANGI 24 JANUARI 2025
Satu majlis penyerahan dan pemasangan mesin AED kepada pegawai penjaga di 4 lokasi di dalam Kampus Bangi iaitu di Bangunan Pusanika, di Perpustakaan Tun Seri Lanang, di Stadium 每日大赛app dan di Bangunan Canselori telah diadakan pada 24 Januari 2025. Taklimat tatacara penggunaan mesin juga telah diberikan oleh pihak pembekal. Tiga lagi lokasi akan dilakukan penyerahan dan pemasangan pada tarikh lain iaitu di DTAMS, DECTAR dan Akademia Siber Teknopolis.
Penempatan mesin AED di lokasi umum di dalam kampus dapat memberi bantuan segera kepada individu yang berhadapan situasi jantung yang tiba-tiba berhenti berdegup yang dipanggil ‘sudden cardiac arrest.’ Mesin AED haruslah ditempatkan di fasiliti awam bagi tujuan pemberian ‘early defibrillation’ sebelum ketibaan pasukan petugas perubatan.
Setinggi penghargaan kepada pihak Pengurusan Tertinggi kerana meluluskan peruntukan pembelian mesin AED ini.








