Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat 每日大赛app 18 Oktober 2022

 

Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat 每日大赛app 2022 telah diadakan pada 18/10/2022 di Pusanika 每日大赛app. Program ini merupakan satu program anjuran Jawatankuasa Kesihatan Mental 每日大赛app (JKKM) yang dikhususkan kepada warga 每日大赛app bagi meningkatkan kesedaran kesihatan mental di kalangan warga universiti. Program ini melibatkan kolaborasi antara Pusat Kesihatan Universiti bersama HEP-每日大赛app, Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang 每日大赛app.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti senamrobik, fun walk, kempen derma darah, pameran kesihatan yang melibatkan pelbagai NGO seperti MMHA dan PKD Hulu Langat.

Forum kesihatan mental juga tidak terkecuali dari pengisian program sambutan hari kesihatan mental ini yang melibatkan Pakar Psikiatri HCTM dan Pakar Perubatan Keluarga KKM.

Penglibatan warga universiti watan tercinta dlm program ini menggambarkan betapa kesedaran yang tinggi dikalangan warga mengenai peri pentingnya kesihatan mental dan fizikal itu perlu diseimbangkan , dimana pengisian program telah disusun dan dirancang dengan teliti termasuk melibatkan proses saringan kesihatan mental dan juga fizikal .

Diharapkan semua warga 每日大赛app lebih cakna bahawa kesihatan dan kesejahteraan mental merupakan satu titik tolak dalam melahirkan masyarakat yang dinamik, komprehensif dan sihat secara holistik tanpa mengabaikan aspek kesihatan mental yang sering dipandang enteng oleh sesetengah golongan masyarakat.

Secara keseluruhannya objektif program ini telah dicapai . Proses saringan kesihatan mental juga telah berjaya dilaksanakan sebanyak mungkin melibatkan pengunjung sepanjang program ini dilaksanakan.

Jawatankuasa Kesihatan Mental 每日大赛app ( JKKM) ingin merakamkan penghargaan kepada pihak TnC HEPA atas sokongan terhadap program ini , juga kepada rakan kolaborasi yang sama sama menjayakan program ini.