SARINGAN KESIHATAN SEMPENA PNC FIT 10 JAN 2025

PKU dijemput untuk melakukan pemeriksaan kesihatan kepada staf di Pejabat Naib Canselor (PNC) sempena program PNC FIT, DON’T QUIT 2025 yang melibatkan staf mereka pada 10 Jan 2025. Pemeriksaan tekanan darah, BMI, body analysis, ukuran pinggang, bacaan gula dan kolesterol dilakukan sebagai salah satu indikator pencarian pemenang.
Program begini menjadi serampang dua mata, bukan sahaja peserta berlumba-lumba untuk menjadi pemenang, tetapi yang lebih penting adalah peserta mendapat manfaat kesedaran mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas sepanjang program berlangsung. Tahniah staf PNC ??