Majlis Penutup Kejohanan Sukan Staf ÿÈÕ´óÈüapp 2025 (SSÿÈÕ´óÈüapp25)
https://www.facebook.com/share/p/1EnWpqugUX/
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan SSÿÈÕ´óÈüapp2025 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan semangat kesukanan pada 2 Julai 2025 bertempat di Stadium Universiti, ÿÈÕ´óÈüapp. Acara ini menjadi penutup kepada kejohanan yang telah memperlihatkan kesungguhan, ketangkasan dan semangat juang tinggi dalam kalangan staf ÿÈÕ´óÈüapp sepanjang berlangsungnya kejohanan ini.
Majlis diserikan dengan kehadiran barisan kepimpinan universiti yang amat dihormati antaranya YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti; YBhg. Prof. Dr. Sufian Jusoh, Naib Canselor ÿÈÕ´óÈüapp; YBhg. Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni; Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Pendaftar ÿÈÕ´óÈüapp; Dr. Nur Shakila Mazalan, Pengarah Pusat Sukan ÿÈÕ´óÈüapp; serta turut hadir adalah pengarah-pengarah pusat tanggungjawab, dekan-dekan fakulti pengajian, ketua-ketua kontinjen, urus setia dan para atlet yang bersemangat tinggi. Majlis penutup ini telah disempurnakan dengan penuh penghargaan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak bersama-sama dengan barisan tertinggi universiti dalam meraikan pencapaian cemerlang para atlet.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Gugusan Perubatan atas kejayaan gemilang muncul sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan SSÿÈÕ´óÈüapp25! Kemenangan ini adalah hasil kerjasama kukuh, disiplin dan semangat berpasukan yang tidak pernah luntur sepanjang kejohanan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang bakti secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini — dari atlet, pegawai, sukarelawan, urus setia, hingga ke seluruh warga ÿÈÕ´óÈüapp yang memberikan sokongan. Semoga semangat kesukanan ini terus menjadi pemangkin kepada penyatuan, kecemerlangan dan kebanggaan kita bersama sebagai satu warga ÿÈÕ´óÈüapp.