{"id":2289,"date":"2020-05-20T15:01:46","date_gmt":"2020-05-20T07:01:46","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/sppfper\/?page_id=2289"},"modified":"2020-06-02T21:12:35","modified_gmt":"2020-06-02T13:12:35","slug":"ijazah-sarjanamuda-kejururawatan-2","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.ukm.my\/sppfper\/ms\/ijazah-sarjanamuda-kejururawatan-2\/","title":{"rendered":"Ijazah Sarjanamuda Kejururawatan"},"content":{"rendered":"\t\t
\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t
\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\t\t\tIni merupakan kursus asas kejururawatan untuk menyediakan jururawat tahap pertama yang mampu member tanggungjawab dalam kejururawatan klinikal tahap tinggi, dan pada masa yang sama cuba meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui penyelidikan dan pembangunan lanjutan dalam bidang kejururawatan.<\/p>
Ia merupakan kursus 4 tahun yang merangkumi semua kursus-kursus yang diajar di dalam program Diploma termasuk rawatan perubatan mendalam, dan sains social, kemanusiaan, penyelidikan kejururawatan, kesihatan umum dan masyarakat, dan sains pengurusan. Kerja kursus tambahan ini akan meningkatkan pembangunan profesional dan akan menyediakan mereka untuk practice yang lebih meluas, lebih memahami tentang isu-isu budaya, politik, ekonomi, dan social, mempunyai kapasiti lebih untuk mengikut perubahan dan untuk bekerjasama di antara kumpulan disiplin berlainan dan juga untuk mengintegrasi kemahiran klinikal dengan pengetahuan sumber-sumber masyarakat.<\/p>
Kursus Sarjana Muda Kejururawatan menawarkan nilai kredit yang lebih tinggi dalam pendidikan liberal dalam bentuk falsafah dan teori-teori kejururawatan, sosiologi perubatan, isu-isu etika dan medikolegal, pendekatan yang lebih intensif terhadap pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, kemahiran untuk menganalisa dan berkomunikasi data, pendidikan dan kaunseling pesakit. Yang lebih penting adalah pembangunan kemahiran-kemahiran komunikasi dan menjadi ketua, kemahiran pendidikan pesakit, dan kemahiran penilaian pesakit, perancangan dan penilaian jagaan termasuk pembangunan pathways kritikal yang mana ia amat penting dalam senario klinikal sekarang.<\/p><\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t\t\t