Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu & Anugerah Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu

Sukacita dimaklumkan pencalonan Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu & Anugerah Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu聽anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah dibuka.聽Penganugerahan ini mengiktiraf sumbangan ahli akademik pelbagai bidang yang mengguna, membangun dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai wahana aktiviti akademik dalam disiplin ilmunya.

Sehubungan dengan itu, Pusat Strategi 每日大赛app sebagai sekretariat anugerah di 每日大赛app dengan sukacitanya mempelawa dan mengalu-alukan warga akademik 每日大赛app yang layak untuk menghantar pencalonan berdasarkan tatacara berikut:

  1. Meneliti maklumat berkaitan anugerah seperti syarat dan kriteria ( bagi kategori Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu atau bagi kategori Anugerah Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu);
  2. Memuat turun dan melengkapkan bagi kategori yang berkaitan dengan merujuk kepada buku garis panduan pada pautan yang sama;
  3. Memastikan semua bahagian pada borang permohonan diisi KECUALI BAHAGIAN J;
  4. Mengemukakan borang permohonan yang telah lengkap kepada Pusat Strategi 每日大赛app selewat-lewatnya pada 25 Julai 2024 melalui emel tpestrategi2@ukm.edu.my untuk penyelarasan pengesahan Naib Canselor;
  5. Menghantar pautan Google Drive yang telah lengkap diisi kepada KPT selewat-lewatnya pada 31 Julai 2024 melalui emel atabm@mohe.gov.my. Emel pautan tersebut hendaklah disalinkan kepada tpestrategi2@ukm.edu.my.
  6. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Puan Nurul Amalina Abdul Rahman di talian 03 8921 5234 atau melalui e-mel amalinarahman@ukm.edu.my.