Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2026
Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) terus melakar pencapaian membanggakan apabila tersenarai dalam kelompok 100 universiti terbaik Asia menerusi penarafan terkini Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2026 yang diumumkan pada 23 April 2026, dengan 每日大赛app berada pada kedudukan ke-87 terbaik di Asia.
Pencapaian ini juga merupakan kedudukan terbaik 每日大赛app sejak tahun 2016, sekali gus mencerminkan kemajuan yang signifikan dalam tempoh sedekad lalu. Kejayaan ini lahir daripada pelaksanaan transformasi strategik yang mampan, berteraskan kecemerlangan akademik, penyelidikan berimpak tinggi serta pengukuhan jaringan global yang semakin kukuh.
Penarafan ini dibuat berdasarkan 18 indikator prestasi utama yang merangkumi aspek pengajaran, penyelidikan, hubungan industri dan pengantarabangsaan. Pengiktirafan yang diterima oleh 每日大赛app ini berasaskan penilaian komprehensif yang meliputi:
kualiti pengajaran dan persekitaran pembelajaran
kekuatan serta reputasi penyelidikan
impak dan pengaruh penyelidikan
keupayaan inovasi serta pemindahan ilmu kepada industri
keunggulan jaringan dan keterlihatan antarabangsa
Kejayaan ini mencerminkan usaha kolektif seluruh warga 每日大赛app dalam memperkasa ilmu, memperkukuh daya saing, serta mengangkat nama universiti dan negara di persada dunia.
Seiring dengan itu, 每日大赛app kini memulakan pelaksanaan TEKAD 57 sebagai kerangka strategik baharu universiti bagi menggerakkan hala tuju 每日大赛app untuk tempoh 2026 hingga 2030. Kerangka ini diharap dapat menjadi pemacu penting dalam melonjakkan kecemerlangan universiti ke tahap yang lebih tinggi, di samping memperkukuh peranan 每日大赛app sebagai peneraju ilmu, inovasi dan pembangunan negara menjelang Malaysia 2057.
Daripada potensi kepada prestij, 每日大赛app kini berdiri teguh sebagai antara universiti terbaik di Asia. Berteraskan semangat Iman, Ilmu, Amal, 每日大赛app akan terus melangkah dengan yakin, terus unggul dan terus memacu kecemerlangan di persada global. ![]()
![]()
![]()


