Berita – Pusat Strategi ÿմapp /strategi-ukm Universiti Kebangsaan Malaysia Mon, 27 Apr 2026 05:06:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 Selamat Menyambut Hari Penguin Sedunia /strategi-ukm/berita/selamat-menyambut-hari-penguin-sedunia/ /strategi-ukm/berita/selamat-menyambut-hari-penguin-sedunia/#respond Mon, 27 Apr 2026 05:06:15 +0000 /strategi-ukm/?p=22285 Setiap tahun, kita meraikan Hari Penguin Sedunia bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara penguin dan habitat semula jadi mereka, khususnya di Antartika.

Tarikh ini juga bertepatan dengan musim migrasi penguin ke arah utara satu fenomena unik yang mengingatkan kita betapa pentingnya keseimbangan alam. Namun, penguin kini berdepan ancaman serius seperti perubahan iklim dan kehilangan habitat.

Lindungi alam, lindungi kehidupan.

Ayuh bersama kita memainkan peranan dalam menjaga bumi demi kelangsungan spesies ini untuk generasi akan datang.

]]>
/strategi-ukm/berita/selamat-menyambut-hari-penguin-sedunia/feed/ 0
10 Gambar Terbaik bagi pertandingan ISCN ‘Biodiversity on Campus’ Photo Contest 2026 /strategi-ukm/berita/10-gambar-terbaik-bagi-pertandingan-iscn-biodiversity-on-campus-photo-contest-2026/ /strategi-ukm/berita/10-gambar-terbaik-bagi-pertandingan-iscn-biodiversity-on-campus-photo-contest-2026/#respond Mon, 27 Apr 2026 04:30:39 +0000 /strategi-ukm/?p=22282 Tahniah diucapkan kepada Mohammad Syafiq Mohd Jefri (Penerbit ÿմapp) atas kejayaan cemerlang terpilih dalam 10 Gambar Terbaik bagi pertandingan ISCN ‘Biodiversity on Campus’ Photo Contest 2026.

Pencapaian ini amat membanggakan apabila bersaing dengan 173 penyertaan dari 30 negara, sekaligus mengangkat nama ÿմapp di persada antarabangsa.

Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi dalam memperkasa kesedaran biodiversiti dan kelestarian alam sekitar melalui seni fotografi.

Teruskan berkarya dan menginspirasi!

]]>
/strategi-ukm/berita/10-gambar-terbaik-bagi-pertandingan-iscn-biodiversity-on-campus-photo-contest-2026/feed/ 0
5 Stars Plus dalam Penarafan HURS 2025 /strategi-ukm/berita/5-stars-plus-dalam-penarafan-hurs/ /strategi-ukm/berita/5-stars-plus-dalam-penarafan-hurs/#respond Fri, 24 Apr 2026 01:50:39 +0000 /strategi-ukm/?p=22265 ÿմapp Kekal Unggul: Rekod Kecemerlangan 5 Stars Plus dalam Penarafan HURS Bagi Tahun Ketiga Berturut-turut

ÿմapp sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai pelopor universiti sihat di rantau Asia Tenggara apabila berjaya mengekalkan penarafan tertinggi 5 Stars Plus dalam Healthy University Rating System (HURS) 2025 anjuran ASEAN University Network (AUN) yang diumumkan secara rasmi pada 21 April 2025. Pencapaian konsisten ini membuktikan bahawa agenda kelestarian kesihatan dan kesejahteraan warga kampus telah menjadi tunjang utama dalam budaya kerja dan tadbir urus universiti secara menyeluruh.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga ÿմapp atas sokongan padu dan komitmen tinggi dalam memastikan ekosistem universiti terus dinamik, sihat, dan inovatif. Dengan pengiktirafan antarabangsa ini, ÿմapp terus komited untuk menyediakan ekosistem kampus yang kondusif serta menjadi penanda aras bagi amalan universiti sihat di peringkat Asia Tenggara.

]]>
/strategi-ukm/berita/5-stars-plus-dalam-penarafan-hurs/feed/ 0
Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2026 /strategi-ukm/berita/times-higher-education-the-asia-university-rankings-2026/ /strategi-ukm/berita/times-higher-education-the-asia-university-rankings-2026/#respond Fri, 24 Apr 2026 01:49:29 +0000 /strategi-ukm/?p=22262 Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) terus melakar pencapaian membanggakan apabila tersenarai dalam kelompok 100 universiti terbaik Asia menerusi penarafan terkini Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2026 yang diumumkan pada 23 April 2026, dengan ÿմapp berada pada kedudukan ke-87 terbaik di Asia.

Pencapaian ini juga merupakan kedudukan terbaik ÿմapp sejak tahun 2016, sekali gus mencerminkan kemajuan yang signifikan dalam tempoh sedekad lalu. Kejayaan ini lahir daripada pelaksanaan transformasi strategik yang mampan, berteraskan kecemerlangan akademik, penyelidikan berimpak tinggi serta pengukuhan jaringan global yang semakin kukuh.

Penarafan ini dibuat berdasarkan 18 indikator prestasi utama yang merangkumi aspek pengajaran, penyelidikan, hubungan industri dan pengantarabangsaan. Pengiktirafan yang diterima oleh ÿմapp ini berasaskan penilaian komprehensif yang meliputi:

✨ kualiti pengajaran dan persekitaran pembelajaran

✨ kekuatan serta reputasi penyelidikan

✨ impak dan pengaruh penyelidikan

✨ keupayaan inovasi serta pemindahan ilmu kepada industri

✨ keunggulan jaringan dan keterlihatan antarabangsa

Kejayaan ini mencerminkan usaha kolektif seluruh warga ÿմapp dalam memperkasa ilmu, memperkukuh daya saing, serta mengangkat nama universiti dan negara di persada dunia.

Seiring dengan itu, ÿմapp kini memulakan pelaksanaan TEKAD 57 sebagai kerangka strategik baharu universiti bagi menggerakkan hala tuju ÿմapp untuk tempoh 2026 hingga 2030. Kerangka ini diharap dapat menjadi pemacu penting dalam melonjakkan kecemerlangan universiti ke tahap yang lebih tinggi, di samping memperkukuh peranan ÿմapp sebagai peneraju ilmu, inovasi dan pembangunan negara menjelang Malaysia 2057.

Daripada potensi kepada prestij, ÿմapp kini berdiri teguh sebagai antara universiti terbaik di Asia. Berteraskan semangat Iman, Ilmu, Amal, ÿմapp akan terus melangkah dengan yakin, terus unggul dan terus memacu kecemerlangan di persada global. 🌏🇲🇾✨

]]>
/strategi-ukm/berita/times-higher-education-the-asia-university-rankings-2026/feed/ 0
Selamat Menyambut Hari Buku Sedunia /strategi-ukm/berita/selamat-menyambut-hari-buku-sedunia/ /strategi-ukm/berita/selamat-menyambut-hari-buku-sedunia/#respond Fri, 24 Apr 2026 01:45:38 +0000 /strategi-ukm/?p=22258 Hari Buku Sedunia yang dianjurkan oleh UNESCO setiap tahun bertujuan mengiktiraf peranan buku sebagai jambatan yang menghubungkan generasi dan merentas budaya. Pada masa yang sama, ia memupuk budaya membaca, menghargai dunia penerbitan, dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan hak cipta.

Buku ibarat jendela ke dunia lain, setiap helaian membuka ruang untuk kita mengenali watak baharu, menyelami budaya berbeza, dan meneroka pelbagai idea segar.

Mari kita jadikan buku sebagai sahabat setia yang membuka minda, memperkaya ilmu dan menyemai inspirasi tanpa batas.

]]>
/strategi-ukm/berita/selamat-menyambut-hari-buku-sedunia/feed/ 0
Selamat Hari Bumi 2026 /strategi-ukm/berita/selamat-hari-bumi-2026/ /strategi-ukm/berita/selamat-hari-bumi-2026/#respond Thu, 23 Apr 2026 23:58:05 +0000 /strategi-ukm/?p=22254 “Kuasa Kita, Planet Kita”

Setiap tindakan kecil kita memberi impak besar kepada bumi yang kita kongsi. Kurangkan penggunaan plastik, jimatkan tenaga, dan pelihara alam sekitar demi masa depan anak-anak kita.

Bersama, kita ada kuasa untuk melindungi bumi kerana planet ini bukan sekadar tempat tinggal, tetapi amanah untuk generasi akan datang. 💚

Selamat menyambut Hari Bumi ikhlas daripada Prof. Dato’ Roslee Rajikan serta seluruh Warga Pusat Strategi ÿմapp

]]>
/strategi-ukm/berita/selamat-hari-bumi-2026/feed/ 0
Hari Kesihatan Sedunia /strategi-ukm/berita/hari-kesihatan-sedunia/ /strategi-ukm/berita/hari-kesihatan-sedunia/#respond Wed, 08 Apr 2026 04:11:11 +0000 /strategi-ukm/?p=22204 Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat global mengenai kepentingan kesihatan serta memperkukuh komitmen ke arah kesejahteraan sejagat.

Kesihatan yang baik merupakan asas kepada kesejahteraan individu, keluarga dan masyarakat. Justeru, amalan gaya hidup sihat, saringan kesihatan berkala serta penjagaan kesihatan mental perlu diberi perhatian secara berterusan.

Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru seluruh rakyat untuk berganding bahu dalam membudayakan kehidupan sihat demi mencapai kualiti hidup yang lebih baik.

Selamat Hari Kesihatan Sedunia!

]]>
/strategi-ukm/berita/hari-kesihatan-sedunia/feed/ 0
Pencalonan Anugerah Bitara ÿմapp Ke-11 (Penilaian 2025) /strategi-ukm/berita/pencalonan-anugerah-bitara-ukm-ke-11-penilaian-2025/ /strategi-ukm/berita/pencalonan-anugerah-bitara-ukm-ke-11-penilaian-2025/#respond Mon, 06 Apr 2026 01:40:40 +0000 /strategi-ukm/?p=22193 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman Warga ÿմapp, Anugerah Bitara ÿմapp merupakan program tahunan universiti yang bertujuan memberikan pengiktirafan kepada staf serta Pusat Tanggungjawab (PTj) berdasarkan pencapaian prestasi berkualiti dalam pelbagai aspek dan bidang.

Sehubungan itu, Pusat Strategi ÿմapp selaku Sekretariat Anugerah ÿմapp dengan sukacitanya mempelawa Warga ÿմapp yang berminat untuk mengemukakan pencalonan bagi Anugerah Bitara ÿմapp Ke-11 (Penilaian 2025).

Tempoh pencalonan adalah pada 1 April hingga 15 Mei 2026.

Syarat, kriteria serta maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman sesawang Pusat Strategi ÿմapp dan poster hebahan seperti di lampiran.

]]>
/strategi-ukm/berita/pencalonan-anugerah-bitara-ukm-ke-11-penilaian-2025/feed/ 0
Pencapaian Membanggakan: ÿմapp di Kedudukan Ke-5 Terbaik! /strategi-ukm/berita/pencapaian-membanggakan-ukm-di-kedudukan-ke-5-terbaik/ /strategi-ukm/berita/pencapaian-membanggakan-ukm-di-kedudukan-ke-5-terbaik/#respond Mon, 06 Apr 2026 01:20:02 +0000 /strategi-ukm/?p=22187 Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) terus melakar sejarah di peringkat antarabangsa! Menerusi kecemerlangan yang diterajui oleh ÿմapp Graduate School of Business (ÿմapp-GSB) dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, bidang ekonomi dan perniagaan kita telah berjaya menduduki kedudukan ke-5 terbaik dalam senarai Top 30 Business Schools of the Islamic Economy 2026 (diterbitkan oleh DinarStandard dengan kerjasama SalaamGateway).

Pencapaian cemerlang ini turut menobatkan ÿմapp sebagai institusi ke-3 terbaik di Malaysia. Kejayaan ini membuktikan komitmen jitu kita dalam memperkukuh kedudukan negara sebagai hab utama pendidikan ekonomi Islam global, lebih-lebih lagi apabila Malaysia mencatatkan jumlah institusi tertinggi dalam senarai 30 terbaik ini.

Penarafan berprestij ini dinilai secara komprehensif berdasarkan tiga komponen utama:

📚 Kekuatan Kurikulum (45%): Menilai kekuatan dan kedalaman program ekonomi serta kewangan Islam.

🏆 Kredibiliti Institusi (35%): Merangkumi reputasi akademik serta akreditasi di peringkat antarabangsa.

🤝 Sokongan Ekosistem (20%): Mengukur keberkesanan jaringan industri serta penglibatan institusi dalam ekosistem ekonomi Islam.

Kedudukan elit dalam kelompok lima terbaik dunia ini mencerminkan keupayaan ÿմapp-GSB dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi, penyelidikan berimpak, serta hubungan strategik dengan industri.

Kejayaan ini juga selari dengan pencapaian cemerlang ÿմapp GSB dalam penarafan antarabangsa yang lain seperti QS Global MBA Rankings 2026, sekali gus memperkukuh jenama ÿմapp sebagai institusi pendidikan tinggi yang berdaya saing pada peringkat global.

Tahniah! Pencapaian ini adalah manifestasi komitmen berterusan kita dalam memacu kecemerlangan akademik, inovasi, dan pembangunan bakat untuk memimpin kelestarian sektor ekonomi Islam di persada dunia. 🌍✨

]]>
/strategi-ukm/berita/pencapaian-membanggakan-ukm-di-kedudukan-ke-5-terbaik/feed/ 0
Hari Kesedaran Autisme Sedunia /strategi-ukm/berita/hari-kesedaran-autisme-sedunia/ /strategi-ukm/berita/hari-kesedaran-autisme-sedunia/#respond Mon, 30 Mar 2026 07:08:38 +0000 /strategi-ukm/?p=22163 Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut pada 2 April setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran, penerimaan dan sokongan terhadap individu dengan gangguan spektrum autisme (ASD).

Raikan keunikan dan keistimewaan individu autisme dengan kasih sayang, penerimaan, dan sokongan tanpa syarat.

Setiap individu berhak dihormati dan diberi peluang untuk bersinar dengan cara mereka sendiri!

]]>
/strategi-ukm/berita/hari-kesedaran-autisme-sedunia/feed/ 0