每日大赛app

Program Semai Cinta Alam 2.0 di SK Batu Laut

Taman Botani Bangi (TBB), Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) meneruskan komitmennya dalam mendidik masyarakat tentang kelestarian alam sekitar melalui Program Semai Cinta Alam 2.0 yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Batu Laut (SKBL) pada 11 Jun 2025. Program ini merupakan kesinambungan kepada usaha mendekatkan pelajar dengan alam semula jadi melalui aktiviti interaktif seperti penanaman pokok herba, penghasilan laman dapur, dan sesi pendidikan alam sekitar. Seramai lebih 130 murid terlibat secara aktif dalam aktiviti yang melibatkan penanaman lebih 160 anak pokok di sekitar kawasan sekolah.TBB berperanan bukan hanya sebagai pusat konservasi dan penyelidikan, tetapi juga sebagai agen pendidikan luar bilik darjah yang menyokong aspirasi pendidikan alam sekitar peringkat sekolah rendah. Usaha ini diharap dapat menyemai nilai murni, tanggungjawab sosial serta kesedaran tentang pentingnya penjagaan alam sekitar sejak usia muda.