Lawatan Centre for Tissue Engineering & Regenerative Medicine (CTERM) daripada Fakulti Perubatan ÿÈÕ´óÈüapp ke UMBI

Pada 24.06.2022, UMBI telah menerima lawatan daripada Pusat Kejuruteraan Tisu atau lebih dikenali sebagai Centre for Tissue Engineering & Regenerative Medicine (CTERM) daripada Fakulti Perubatan  ÿÈÕ´óÈüapp. Lawatan yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Angela Ng Min Hwei bersama delegasi yang terdiri daripada beberapa orang Pensyarah, Pegawai Penyelidik dan Pegawai Sains. Lawatan ini telah dimulakan dengan sesi perbincangan serta perkongsian pengalaman sebagai salah satu institut bertaraf HICOE yang telah dipengerusikan oleh Ketua Jaminan Kualiti, Dr. Ezanee Azlina. Delegasi juga telah dibawa melawat fasiliti makmal dan biobank UMBI. Semoga lebih banyak kerjasama dapat dijalankan antara UMBI dan CTERM di masa hadapan.
Pautan kepada gambar:Â