Lawatan Delegasi USMARI Research & Innovation Centre ke UMBI

3 Oktober 2024 | UMBI berbesar hati menerima kunjungan lawatan dari Ungku Shahirin Medical Aesthetic Research & Innovation Centre pada 3 Oktober 2024.

Lawatan ini dimulakan dengan sesi aluan yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Nor Azian, Pengarah UMBI dan diteruskan dengan perbincangan cadangan kerjasama antara USMARI Centre dan ÿÈÕ´óÈüapp dalam mengenal pasti projek-projek berpotensi. Delegasi USMARI Centre diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ungku Mohd Shahrin, Pengarah USMARI bersama 6 orang wakil pentadbiran tertinggi USMARI Centre.

Agenda lawatan turut merangkumi program lawatan ke fasiliti UMBI iaitu di Makmal Sel Kultur serta fasiliti Biobank UMBI.