Majlis Sambutan Hari Raya UMBI 2022/1443H


25 Mei 2022. UMBI telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMBI 2022/ 1443H dan Sambutan Hari Lahir Warga UMBI (April – Mei 2022) dengan jayanya bertempat di Lobi Utama dan Auditorium UMBI dari jam 10.00 pagi hingga 4 petang. Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMBI adalah program yang dianjurkan setiap tahun sebelum pandemik COVID-19. Sambutan kali ini membawakan konsep juadah secara ‘potluck’ daripada seluruh warga UMBI dan dihidangkan secara konsep gerai mengikut kumpulan yang terdiri dari lebih 150 warga UMBI (termasuk pelajar). Majlis telah dirasmikan oleh Prof Madya Dr Nor Azian Abd Murad, Pengarah UMBI. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang sambutan seperti persembahan nyanyian, hiasan gerai dan permainan antara kumpulan. Hadiah bagi pemenang bagi setiap aktiviti serta cabutan bertuah juga telah disampaikan oleh pengurusan tertinggi UMBI di hujung acara. Selain itu, pemenang bagi Cabaran The Biggest Loser (acara tahunan UMBI) juga turut diumumkan pada majlis ini. Selain sambutan Hari Raya dan Hari Lahir, majlis ini juga menjadi platform utama untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan warga UMBI, bertukar-tukar idea, meningkatkan tahap komunikasi dan jalinan kolaborasi bersama rakan strategik serta alumni. Semoga dengan penganjuran majlis ini, hubungan mesra dan silaturrahim yang terjalin antara semua warga UMBI akan sentiasa terpelihara.

 

Gambar Foto:Â