Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja Tahun 2024 oleh pihak ROSH ÿÈÕ´óÈüapp

Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja Tahun 2024 oleh pihak ROSH ÿÈÕ´óÈüapp pada 24 April 2024 telah selesai dan berjalan lancar.
Pemeriksaan dan pemantauan KKP ini merupakan salah satu aktiviti berkala yang dijalankan oleh ROSH-ÿÈÕ´óÈüapp di setiap PTJ di ÿÈÕ´óÈüapp. Aktiviti dimulakan dengan mesyuarat pembukaan oleh Pengarah UMBI, Profesor Madya Dr. Nor Azian Abdul Murad yang juga merupakan Pengerusi JKKP UMBI. Wakil ROSH-ÿÈÕ´óÈüapp yang hadir untuk pemeriksaan di UMBI adalah Cik Siti Rahimah Umar dan Puan Norlinda Omar.
Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua warga UMBI di atas bantuan, komitmen dan kerjasama yang telah diberikan dalam persediaan menghadapi pemeriksaan ini. UMBI komited untuk terus berusaha menambahbaik setiap teguran dan penemuan yang dikemukakan oleh pihak ROSH supaya UMBI menjadi tempat kerja yang selamat dan sihat untuk semua.
Semoga pemeriksaan ini terus memberikan impak yang baik terhadap perkhidmatan di UMBI.
Galeri gambar: