Siri Dialog Penyelidikan UMBI Siri 2/2022 – Big Data & Artificial Intelligence In Healthcare

Disediakan oleh: Nur Alyaa Afifah binti Md Shahri

Disemak oleh: Prof. Madya Dr. Low Teck Yew

29 Ogos 2022 – UMBI dengan jayanya telah mengadakan siri dialog penyelidikan yang kedua yang bertajuk “Big Data & Artificial Intelligence (AI) in Healthcare”. Tujuan siri dialog ini adalah untuk berkongsi pengetahuan tentang pengurusan big data dan potensi AI dalam penyelidikan dan membincangkan serta mencetuskan idea penyelidikan, kolaborasi dan cadangan proposal penyelidikan dalam kalangan penyelidik ÿմapp yang terlibat.

Siri dialog ini telah berlangsung di bilik seminar Aras 8, UMBI dengan penglibatan seramai 16 peserta daripada UMBI – Prof. Madya Dr. Nor Azian, Dr. Chin Siok Fong, Prof. Dr. Low Teck Yew, Prof. Madya Dr. Nurul Syakima, Dr. Nadiah Abu, Dr. Noraidatulakma, Dr. Nor Hafizah dan Puan Nur Alyaa Afifah; Fakulti Perubatan (FPER)/Hospital Canselor Tuanku Muhriz ÿմapp (HCTM) – Prof. Madya Dr. Azmawati, Prof. Madya Dr. Azimatun, Dr. Husyairi dan Encik Rosman; Fakulti Sains dan Teknologi (FST) – Dr. Munira, Dr. Lam Su Datt dan Dr. Bernard Lee Kok Bang; Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) – Prof. Madya Dr. Mohd Asyraf.

Prof. Madya Dr. Nor Azian Abd Murad, Pengarah UMBI selaku moderator memulakan program ini dengan penerangan umum berkenaan data penyelidikan, isu dan cabaran pengurusan data penyelidikan di ÿմapp khususnya di HCTM, HPKK, UMBI dan PTj yang terlibat dalam bidang sains kesihatan.

Program ini diteruskan dengan sesi perkenalan antara para peserta dan perbincangan secara berkumpulan yang terdiri daripada 3 kumpulan iaitu kumpulan pengurusan data, polisi, penyelidikan penyakit berjangkit & penyakit tidak berjangkit, kumpulan penyelidikan kanser dan kumpulan big data & AI.

Siri dialog penyelidikan UMBI siri 2/2022 telah menyaksikan perbincangan dan buah fikiran yang bernas daripada peserta-peserta yang hadir dalam perancangan penyelidikan dan pengurusan data penyelidikan bagi masa akan datang.

Sebahagian peserta yang hadir bagi Siri Dialog Penyelidikan UMBI Siri 2/2022 – Big Data & Artificial Intelligence in Healthcare. Dari kiri – Prof. Madya Dr. Low Teck Yew, Dr. Lam Su Datt, Prof. Madya Dr. Nor Azian, Dr. Noraidatulakma, Dr. Bernard Lee Kok Bang, Dr. Nadiah dan Dr. Chin Siok Fong

Antara para peserta yang turut terlibat (tiada dalam gambar) adalah: Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina – Prof. Madya Dr. Mohd Asyraf; Fakulti Sains & Teknologi – Dr. Munira, Dr. Hamizah, Dr. Nur Firyal; HCTM – Prof. Madya Dr. Azimatun Noor, Prof. Madya Dr. Azmawati, Dr. Husyairi, En Rosman; UMBI – Prof. Madya Dr. Nurul Syakima.

Artikel berkaitan: /umbi/news/siri-dialog-penyelidikan-umbi-1-2022-penyakit-alzheimer-mencari-penanda-awal-dan-rawatan-berpotensi/