Sistem Pertahanan Badan Dan Kanser

Written by : Dr Nor Adzimah Johdi, Felo Penyelidik.

Date Publish :听 06 Disember 2022

INSTITUT BIOLOGI MOLEKUL PERUBATAN 每日大赛app

Sistem pertahanan badan dan kanser

Sistem pertahanan badan juga dikenali sebagai sistem imun berfungsi untuk mempertahankan badan kita dari serangan kuman dan benda asing. Namun persoalannya, mengapa sistem imun badan听gagal membunuh sel-sel kanser dalam badan听pesakit? Sebenarnya, sel-sel imun mampu mengenalpasti dan membunuh听sel-sel yang rosak听sepanjang masa听termasuklah sel-sel kanser. Sekiranya听ini听tidak听berlaku, pasti sel-sel kanser membiak jauh听lebih awal dari yang sedia ada. Ini kerana proses听pembahagian sel-sel badan听berlaku dengan cepat dan sepanjang masa. Maka, keberangkalian untuk berlaku kesilapan semasa proses tersebut adalah sangat tinggi. Kesilapan ini menjadikan听sel听rosak听dan membahayakan badan.听Di dalam kebanyakkan situasi, sistem imunisasi听akan听bertindak sebagai pengawal untuk mempastikan听kesilapan sel adalah听sedikit dan disingkirkan dari sistem badan melalui proses apoptosis. Sekumpulan sel imun听yang听dikenali sebagai听sel T pembunuh听(cytotoxic T cell)听adalah antara sel imun听yang bertanggungjawab untuk mengawasi sistem badan kita dan membuang sel yang rosak. Selain itu, sel T pembunuh ini juga mampu menyingkirkan sel tumor yang听kecil sebelum sel-sel ini听merebak dan听membahayakan kesihatan badan seseorang. Sekiranya sistem imun kita听berupaya menyingkirkan sel tumor pada peringkat awal, mengapa sel听kanser听boleh terus membiak dan menyebabkan penyakit kepada manusia?

Sel听imun听dan penyingkiran听sel tumour kecil

Di听peringkat听awal pertumbuhan sel kanser, sel imun听akan听bertindak membunuh sel-sel kanser dari membiak. Ini dinamakan fasa membuang (eliminating phase) dimana sel imun mengawal sepenuhnya sel kanser. Namun, apabila kadar pertumbuhan sel-sel听kanser听mula menyamai aktiviti sistem imun, maka ia mencapai tahap keseimbangan听(equilibrium听phase). Sel-sel imun听berusaha keras untuk masih mengawal sel-sel kanser sepanjang pertumbuhan dan pembiakan sel-sel kanser. Namun, setelah sekian masa, sel-sel kanser akan mempunyai perubahan genetik听yang merupakan satu meknisme untuk听sel-sel kanser听mengelak听dari kawalan sistem imun. Perubahan genetik听dan kadar pertumbuhan yang cepat oleh sel-sel kanser menyebabkan mereka dapat mengatasi sel-sel imun dan membebaskan diri听dari kawalan sel-sel imun. Pada ketika inilah, sel-sel imun听hilang kawalan terhadap sel-sel kanser dan menyebabkan sel-sel kanser membesar, membiak听dan merebak dengan kadar yang cepat.

Sel-sel kanser gagal dikesan oleh radar sistem imun

Sel-sel imun mengenalpasti signal bahaya melalui sekumpulan molekul yang berada di permukaan sel-sel di dalam badan. Ini membolehkan mereka mengenal pasti dan membezakan sel-sel badan dan sel-sel yang berpotensi mendatangkan bahaya. Namun apabila sel-sel kanser mencapai fasa menghindari dari sistem imun (escape phase),听tiada signal yang memberitahu sistem imun tentang kewujudan sel-sel kanser. Akibatnya, sel imun tidak dapat mengesan bahaya yang akan datang. Sel kanser juga mempunyai cara untuk menyahaktifkan sel imun dengan penghasilan molekul tertentu. Jadi, sel-sel kanser berupaya mengubah persekitarannya menyebabkan sel-sel imun tidak mudah untuk mengesan bahaya. Contohnya, apabila sel kanser mengubah persekitarannya, sel T pembunuh yang sampai di persekitaran ini akan dinyahaktifkan dan tidak mampu menjalankan fungsinya.

Memperkuatkan sel imun

Banyak hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa sebarang perubahan penyahaktifan pada sel-sel imun adalah bersifat tidak kekal. Sekiranya, kita dapat mencari cara yang berkesan untuk mengaktifkan semula sel-sel imun di persekitaran kanser, sel-sel imun berkemungkinan akan dapat menghapuskan sel-sel kanser. Ini merupakan asas kepada terapi imun yang cuba menggunakan dan mengaktifkan semula sel imun pesakit kanser. Teknik baru nie memberikan alternatif听rawatan dan peluang kesembuhan yang baru. Antara contoh terapi imun adalah perencat pemeriksaan (checkpoint inhibitors), sel terapi seperti sel T CAR terapi, peptide dan antibody yang telah digunakan secara meluas untuk merawat pelbagai jenis kanser termasuk kanser paru-paru, leukemia dan melanoma.

Namun, terapi imun ini tidak sesuai untuk semua pesakit kanser. Ada diantara pesakit yang tidak mendapat manfaat dari terapi ini. Penyelidik masih cuba memahami asas kepada perbezaan tindak balas antara pesakit terhadap rawatan imun dan proses bagaimana sel-sel kanser dapat menghindari dari dikesan sistem imun badan dengan lebih mendalam.

 

Rujukan:

Ahrends, T. & Borst, J. 2018. The opposing roles of CD4 + T cells in anti-tumour immunity. Immunology 154(4): 582鈥592. doi:10.1111/imm.12941

Arruebo, M., Vilaboa, N., S谩ez-Gutierrez, B., Lambea, J., Tres, A., Valladares, M. & Gonz谩lez-Fern谩ndez, 脕. 2011, September. Assessment of the evolution of cancer treatment therapies. Cancers. Multidisciplinary Digital Publishing Institute听 (MDPI). doi:10.3390/cancers3033279

Benmebarek, M. R., Karches, C. H., Cadilha, B. L., Lesch, S., Endres, S. & Kobold, S. 2019. Killing mechanisms of chimeric antigen receptor (CAR) T cells. International Journal of Molecular Sciences 20(6). doi:10.3390/ijms20061283

Bilusic, M., Heery, C. R., Arlen, P. M., Rauckhorst, M., Apelian, D., Tsang, K. Y., Tucker, J. A., et al. 2014. Phase i trial of a recombinant yeast-CEA vaccine (GI-6207) in adults with metastatic CEA-expressing carcinoma. Cancer Immunology, Immunotherapy 63(3): 225鈥234. doi:10.1007/s00262-013-1505-8

Burch, P. A., Breen, J. K., Buckner, J. C., Gastineau, D. A., Kaur, J. A., Laus, R. L., Padley, D. J., et al. 2000. Priming tissue-specific cellular immunity in a phase I trial of autologous dendritic cells for prostate cancer. Clinical Cancer Research 6(6): 2175鈥2182.

Burch, P. A., Croghan, G. A., Gastineau, D. A., Jones, L. A., Kaur, J. S., Kylstra, J. W., Richardson, R. L., et al. 2004. Immunotherapy (APC8015, provenge庐) targeting prostatic acid phosphatase can induce durable remission of metastatic androgen-independent prostate cancer: A phase 2 trial. Prostate 60(3): 197鈥204. doi:10.1002/pros.20040