Sorotan Aktiviti JKRP UMBI 2021
Jawatan Kuasa Rekreasi dan Pameran (JKRP) UMBI telah ditubuhkan pada 2019 dan sehingga kini aktif dalam meneraju aktiviti berkaitan rekreasi dan kebajikan staf UMBI. Tahun 2021 adalah tahun yang paling mencabar berikutan pandemik Covid-19 dimana semua akitiviti berkaitan rekreasi dan sosial perlu di selaraskan semula. Walaubagaimanapun, situasi ini menjadi peluang kepada JKRP untuk lebih kreatif dalam merencanakan aktiviti dengan memfokus menggembeling usaha kepada misi menangani pandemik serta implikasinya khusus kepada warga UMBI, ÿÈÕ´óÈüapp. Aktiviti JKRP 2021 dipenuhi dengan misi bantuan banjir pada awal serta hujung tahun dan penglibatan bantuan berkaitan Covid-19 yang dijalankan sepanjang tahun. Aktiviti komuniti dan sosial juga turut dijalankan dengan cara yang cukup kreatif dan patuh SOP bagi melestarikan motivasi kerja warga UMBI. Berikut adalah ringkasan aktiviti JKRP UMBI bagi sesi 2021.
- Kutipan amal untuk Projek Insan Bantuan Bencana Banjir di Negeri Pahang dan diserahkan pada kepada Cikgu Mohd Fadli Salleh dari Dana Kita (NGO) pada pada Februari 2021.
- Menghasilkan 500 unit face Shield buatan sendiri untuk kegunaan petugas barisan hadapan UMBI sepanjang tahun 2021.
- Kutipan khusus untuk Tabung Covid bagi membantu warga UMBI yang telah dijangkiti Covid-19 dan terkesan dari segi ekonomi. Lebih RM 10,000 berjaya dikutip dan disumbangkan kepada lebih 30 staf yang terkesan dan memerlukan. Program ini berlangsung sepanjang 2021.
- Menjalankan kutipan Derma Ikhlas kepada kakitangan UMBI yang telah kehilangan ahli keluarga terdekat dan ditimpa musibah sepanjang tahun 2021.
- Penganjur bersama untuk Dana Saringan Covid-19 di UMBI pada Mac- Julai 2021.
- Menganjurkan Webinar Kerohanian sempena Ramadhan kepada warga UMBI pada April 2021.
- Menjalankan aktiviti penjanaan sempena Ramadhan (Jualan Kuih Raya dan dedikasi Lagu Raya) pada April – Mei 2021.
- Menganjurkan Program Bubur Lambuk sempena Ramadhan pada Mei 2021.
- Aktiviti penjanaan kolaborasi dengan UMBI Wellness Centre (UWC) dalam penghasilan 1000 unit Face Shield untuk kegunaan petugas barisan hadapan UMBI April – Disember 2021.
- Menganjurkan Pertandingan bagi Warga UMBI yang merupakan acara tahunan sepanjang April hingga September 2021.
- Menyumbangkan 2 unit kerusi roda kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di ÿÈÕ´óÈüapp Bangi pada Mei 2021.
- Menjalankan kutipan amal untuk Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) yang telah diisytiharkan sebagai lokasi PKPD dan Tabung Palestin pada Jun 2021.
- Pelaksanaan Gerai Makanan dan Minuman Ringan serta Lunch bersama JKRP untuk kemudahan Warga UMBI bermula Ogos 2021 hingga kini.
- Menjalankan kutipan Tabung Bencana Banjir dan Tabung Bencana Kebakaran Flat Sri Johor untuk mangsa yang dilanda kebakaran dan warga UMBI yang ditimpa musibah banjir pada Disember 2021.
- Terlibat dalam misi bantuan banjir di Balakong dan Bukit Changgang pada Disember 2021.
Setiap aktiviti yang telah dirancang berjaya dilaksanakan dan sudah pasti ianya adalah sangat relevan dengan keperluan semasa serta selaras dengan TERAS – naratif baru ÿÈÕ´óÈüapp, khususnya dibawah nilai Jiwa (Soul) dan kebitaraan Prihatin. Ribuan terima kasih kepada kepimpinan UMBI dan seluruh Warga UMBI kerana penglibatan, sokongan serta menjadi pemangkin kepada perlaksanaan akiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Semoga usaha, sumbangan dan jasa JKRP ini membantu khususnya dalam Kebajikan warga UMBI dan sekaligus membantu UMBI ke arah institut yang lebih cemerlang.

Lampiran : Gambar Aktiviti JKRP 2021
Disediakan oleh: Andri Dauni, Pengerusi JKRP UMBI
Disunting oleh: Mohd Arman b Kamaruddin
Tarikh : 11 Februari 2022