Tahniah ÿÈÕ´óÈüapp untuk THE Impact Rankings 2024
Tahniah Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) kerana berjaya mencapai kecemerlangan dalam penarafan Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2024 apabila berjaya melonjakkan kedudukannya ke 201-300 universiti terbaik dunia, meningkat dua (2) sela berbanding kedudukan 401-600 pada tahun 2023.
Penarafan ini merupakan satu-satunya penarafan yang menilai penglibatan universiti berasaskan 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Terdapat empat (4) komponen utama yang dinilai iaitu penyelidikan, pengurusan, jaringan dan pengajaran.
ÿÈÕ´óÈüapp telah berjaya meletakkan enam (6) daripada 17 SDG yang disertai berada dalam kelompok 100 terbaik dunia iaitu SDG3 (#27), SDG6 (#46), SDG12 (#55), SDG7 (#62), SDG14 (#77) dan SDG1 (#97). 8 SDG lain berada pada kedudukan 101-200, 4 SDGs pada 201-300 dan 1 SDG pada 401-600.
Pencapaian ÿÈÕ´óÈüapp dalam pengiktirafan ini adalah hasil daripada komitmen dan kesungguhan yang tinggi warga ÿÈÕ´óÈüapp dalam melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan lestari dalam kampus serta sokongan berterusan semua lapisan warga kampus dalam mengadaptasikan budaya kecemerlangan, kemampanan dan integriti di ÿÈÕ´óÈüapp.
Tahniah ÿÈÕ´óÈüapp!
![]() |
![]() |
![]() |
|


