每日大赛app

Unit Sumber Haiwan Makmal

Persaraan Bakti Encik Rajah A/L Sangkaramaniam: Dedikasi Buat Unit Sumber Haiwan Makmal

Unit ini ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Rajah a/l Sangkaramaniam atas khidmat bakti beliau selama ini. Beliau telah menamatkan perkhidmatannya dan bersara wajib pada 6 Jun 2025.

Encik Rajah merupakan salah seorang kakitangan yang tidak asing lagi di Unit Sumber Haiwan Makmal, Fakulti Perubatan. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah menunjukkan komitmen dan dedikasi yang tinggi dalam menguruskan penternakan haiwan, khususnya tikus Wistar, yang menjadi tunjang utama kepada pelbagai kajian dan penyelidikan penting di fakulti.

Peranan beliau dalam memastikan kebajikan haiwan terpelihara dan pengurusan fasiliti berjalan lancar adalah sangat penting dalam menyokong kejayaan penyelidikan saintifik. Kehilangan seorang kakitangan berdedikasi seperti Encik Rajah pasti akan dirasai oleh seluruh warga jabatan dan fakulti.

Seluruh warga Jabatan ini mendoakan agar Encik Rajah menikmati persaraan yang bahagia dan penuh ketenangan bersama keluarga tercinta. Semoga persaraan ini membuka lembaran baharu yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat beliau.