BANTUAN INSENTIF KECEMERLANGAN ZAKAT 每日大赛app
Zakat Universiti mempelawa semua pelajar yang layak untuk memohon insentif khas yang disediakan atas kecemerlangan para pelajar dalam pengajian akademik. Pemberian insentif ini adalah di bawah Bantuan Insentif Kecemerlangan yang merupakan di antara jenis bantuan zakat yang disediakan kepada pelajar 每日大赛app.
Bantuan Insentif Kecemerlangan ini bertujuan menggalakkan para pelajar untuk terus menempa kecemerlangan dalam platform akademik. Selain itu beberapa tujuan lain yang diharapkan dapat dicapai dalam program ini sepertimana berikut:
- Menggalakkan para pelajar untuk sentiasa berusaha dalam meraih kecemerlangan dalam pembelajaran.
- Melahirkan graduan yang cemerlang, kompeten serta kebolehpasaran yang tinggi.
- Membudayakan persaingan sihat di antara para pelajar bagi mencapai kejayaan dalam akademik.
Perincian terma dan syarat bagi setiap jenis Bantuan Insentif Kecemerlangan adalah seperti berikut:
1.PNGK CEMERLANG
- Pelajar yang menjalani semester semasa
- Memperolehi keputusan peperiksaan PNGK cemerlang
- Tertakluk kepada penilaian Jawatankuasa TAZ每日大赛app
- Tidak perlu membuat permohonan
Kadar Bantuan : RM200.00
2. KECEMERLANGAN SIJIL PROFESIONAL
- Pelajar berstatus aktif dan beragama Islam;
- Pelajar warganegara sahaja;
- Memperolehi sijil semasa berstatus pelajar 每日大赛app;
- Tarikh penerimaan Sijil tidak melebihi tempoh satu (1) tahun dari tarikh permohonan;
- Sijil berstatus aktif/ lulus ujian;
- Satu (1) sijil layak untuk satu (1) insentif;
- Tiada had bilangan penerimaan insentif;
- Tertakluk kepada perubahan terma dan syarat yang ditentukan; atau
- Lain-lain sijil profesional setaraf yang tidak disenaraikan dan diperakui oleh TAZ每日大赛app/JAZ每日大赛app.
Kadar Bantuan : RM1,000.00
Antara sijil profesional yang diiktiraf untuk permohonan adalah seperti berikut :
3. KECEMERLANGAN PENERBITAN/ PENGHASILAN JURNAL
- Pelajar berstatus aktif dan beragama Islam;
- Pelajar warganegara sahaja;
- Penerbitan dibuat semasa berstatus pelajar 每日大赛app;
- Tarikh penerbitan tidak melebihi tempoh satu (1) tahun dari tarikh permohonan;
- Penerbitan mestilah mempunyai afiliasi 每日大赛app;
- Didaftarkan dalam e-Respositori Penerbitan dan disahkan oleh Perpustakaan;
- Satu (1) tajuk kajian layak hanya untuk satu (1) insentif sahaja;
- Tiada had bilangan penerimaan insentif; dan
- Tertakluk kepada perubahan terma dan syarat yang ditentukan.
Kadar Bantuan :
- Top 10% : RM1,000.00
- Q1 :聽RM800.00
- Q2 : RM600.00
- Q3 : RM400.00
- Q4/ Terindeks/ Prosiding Terindeks : RM200.00
4. KECEMERLANGAN PERTANDINGAN AKADEMIK
- Pelajar berstatus aktif dan beragama Islam;
- Pelajar warganegara sahaja;
- Memenangi pertandingan semasa berstatus pelajar 每日大赛app;
- Memperolehi johan dalam pertandingan bersifat akademik;
- Pertandingan diiktiraf oleh Universiti;
- Tiada had bilangan penerimaan insentif;
- Bergantung kepada kesesuaian Maqasid Syariah; dan
- Tertakluk kepada perubahan terma dan syarat yang ditentukan.
Kadar Bantuan : RM200.00

