DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH
听
Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1444H bersamaan 1 Muharram 1444H, marilah sama-sama kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.
听
? Doa Akhir Tahun Hijrah (1443H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1443H bersamaan 29 Julai 2022 (Jumaat).
听
? Doa Awal Tahun Hijrah (1444H) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 29 Julai 2022 (Jumaat) bersamaan 1 Muharram 1444H. Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas waktu maghrib.
听
Masuknya waktu solat Maghrib bagi Negeri Selangor (Zon 1 Daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat, Shah Alam & Sepang) adalah pada jam 7.30 malam.
听
Boleh rujuk di Portal e-solat https://www.e-solat.gov.my/
听
SALAM MA鈥橝L HIJRAH 1444H
听
鈥淜eluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran鈥

