HUKUM MENGENAI VIRUS ZIKA

14265040_1181500405247504_5841601899889169756_n

Mukadimah

Dalam seminggu dua ini kita dikejutkan dengan isu virus Zika sehingga Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi serangan virus Zika di Malaysia yang telah disahkan. Kenyataan yang bertarikh 1 September 2016 mendedahkan tentang kes pertama virus Zika di Malaysia yang disyaki. Dinyatakan juga tanda mula virus Zika ini yang berpunca daripada nyamuk Aedes serta nasihat yang dikemukakan kepada orang ramai untuk membuat pemeriksaan segera jika mengalami simptom seperti demam, ruam dan konjunctivitis. Justeru, tindakan proaktif masyarakat seperti membersihkan tempat daripada takungan air yang boleh membawa pembiakan Aedes dapat menghentikan sebaran virus Zika di Malaysia.

Kami terpanggil untuk membincangkan beberapa hukum yang berkaitan dengan virus Zika ini kerana sampai kepada kami beberapa persoalan hukum berkaitan dengannya. Kami mulakan dengan pengenalan dahulu.

Ibrah Daripada Nas Ilahi

Kami mulakan perbicaraan ini dengan merujuk kepada nas Ilahi ayat 26 daripada Surah al-Baqarah:

廿賽賳賾賻 丕賱賱賾賻賴賻 賱賻丕 賷賻爻賿鬲賻丨賿賷賽賷 兀賻賳賿 賷賻囟賿乇賽亘賻 賲賻孬賻賱賸丕 賲賻丕 亘賻毓購賵囟賻丞賸 賮賻賲賻丕 賮賻賵賿賯賻賴賻丕 賮賻兀賻賲賾賻丕 丕賱賾賻匕賽賷賳賻 丌賲賻賳購賵丕 賮賻賷賻毓賿賱賻賲購賵賳賻 兀賻賳賾賻賴購 丕賱賿丨賻賯賾購 賲賽賳賿 乇賻亘賾賽賴賽賲賿 賵賻兀賻賲賾賻丕 丕賱賾賻匕賽賷賳賻 賰賻賮賻乇購賵丕 賮賻賷賻賯購賵賱購賵賳賻 賲賻丕匕賻丕 兀賻乇賻丕丿賻 丕賱賱賾賻賴購 亘賽賴賻匕賻丕 賲賻孬賻賱賸丕 賷購囟賽賱賾購 亘賽賴賽 賰賻孬賽賷乇賸丕 賵賻賷賻賴賿丿賽賷 亘賽賴賽 賰賻孬賽賷乇賸丕 賵賻賲賻丕 賷購囟賽賱賾購 亘賽賴賽 廿賽賱賾賻丕 丕賱賿賮賻丕爻賽賯賽賷賳賻

Maksudnya: 鈥Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: “Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?” (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik.鈥

Perkataan 賷賻爻賿鬲賻丨賿賷賽賷 berasal dari 丕賱丨賻賷丕亍 yang berarti malu. 廿賽賳賾賻 丕賱賱賴 賱丕 賷賻爻賿鬲賻丨賿賷賽賷 Allah SWT tidak merasa malu, 兀賻賳賿 賷賻囟賿乇賽亘賻 賲賻孬賱丕 賲賻丕 亘賻毓購賵囟賻丞賸 untuk membuat perumpamaan, perbandingan聽 walau hanya dengan聽 亘賻毓購賵囟賻丞賸 iaitu serangga terkecil seperti agas atau nyamuk atau yang lebih kecil dan lebih lemah dari itu. Perkataan 賮賻賵賿賯賻賴賻丕 dalam bahasa Arab bererti diatasnya. Dalam konteks ini bererti yang lebih dari itu, baik dalam bentuk, kedudukan atau sifatnya. 亘賻毓購賵囟賻丞賸 yang dapat difahami sebagai nyamuk, merupakan makhluk yang mesti mendapat perhatian untuk dipelajari. Apakah serangga tersebut melambangkan sumber malapetaka seperti denggi, virus Zika dan demam berdarah, ataukah sebagai sumber mata pencarian melalui pengeluaran ubat dan vaksin? Semua itu bergantung pada kemampuan manusia untuk mengambil hikmah daripada ciptaan Allah SWT tersebut. Ayat ini juga memberi isyarat betapa pentingnya Mukmin mempelajari makhluk di alam ini, termasuk tentang nyamuk. Nyamuk adalah makhluk kecil yang cukup banyak spesiesnya. Nyamuk adalah serangga yang tergolong dalam kategori haiwan invertebrate yang berjumlah keseluruhan sekitar 41 genus yang merangkumi 3,530 spesies.

Pada kebanyakan nyamuk betina, bahagian mulutnya berbentuk proboscis panjang yang digunakan untuk menembusi kulit mamalia bagi menghisap darah. Nyamuk betina memerlukan protein untuk pembentukan telur dan oleh kerana diet nyamuk terdiri daripada madu dan jus buah, yang tidak mengandungi protein, kebanyakan nyamuk betina perlu menghisap darah untuk mendapatkan protein yang diperlukan. Nyamuk jantan berbeza dengan nyamuk betina, dengan bahagian mulut yang tidak sesuai untuk menghisap darah.

Syeikh al-Sya鈥檙awi berkata, kecilnya nyamuk menunjukkan betapa hebatnya ciptaan Tuhan. Sebab itu manusia yang mencipta sesuatu pada awalnya besar tetapi bila sampai ke tahap kemodenan maka ianya makin kecil bahkan dianggap lagi hebat dan terkini serta moden seperti sebuah jam. Makin kecil dan nipis ia menjadi lagi sukar pembuatannya. Lihat Tafsir al-Sya鈥檙awi 1/214.

Menakjubkan ciptaan Tuhan ini sekalipun kecil, tetapi ribuan bahkan jutaan manusia mati disebabkannya sedangkan gajah yang besar serta harimau yang ganas amat jarang kedengaran membunuh manusia dan juga jumlah kematian disebabkannya adalah amat sedikit berbanding dengan nyamuk.

Latarbelakang Ringkas

Penyakit Zika adalah disebabkan oleh jangkitan virus Zika yang dibawa melalui nyamuk Aedes. Ia adalah nyamuk yang sama yang menyebarkan denggi dan chikungunya. Virus Zika dikenalpasti di negara Uganda pada tahun 1947 semasa pemantauan demam kuningsylvatic di kalangan monyet rhesus. Ianya kemudian dikenalpasti di dalam manusia pada thaun 1947 di Uganda dan juga Tanzania. Kini ianya telah merebak di Perancis, Polynesia, Asia dan Amerika Selatan

Antara simptom penyakit virus ini adalah demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, konjuktivitis serta ruam dan ia agak menyerupai simptom demam denggi. Simptom-simptom ini kebiasaannya berlanjutan selama 2 hingga 7 hari. Buat masa ini, tiada lagi vaksin bagi penyakit ini dan cara terbaik mengelak penyakit ini adalah dengan mengelak dari gigitan nyamuk Aedes. Virus ini juga boleh tersebar melalui hubungan seks.

Kesan Jangkitan Virus Zika

Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan. Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama. Sindrom microcephaly yang disebabkan virus Zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka dan terdapat juga pandangan saintifik yang bersifat konsensus (scientific consensus) yang dilaporkan oleh World Health Organization (WHO) menyatakan bahawa ia boleh membawa kematian.

Kajian yang dijalankan oleh Dr. Michael A. Johansson bersama kumpulan pengkaji lain tidak menafikan wujudkan perkaitan antara virus Zika dan penyakit microcephaly. Rujuk juga rakaman audio temubual antara pihak The New England Journal of Medicine dengan Dr. Eric Rubin, profesor dalam bidang Imunologi dan Penyakit Berjangkit di Harvard T.H. Chan School of Public Health juga di sini.

Pun begitu, mengikut kenyataan terbaru oleh Perunding Penyelidikan Universiti Malaya, Prof Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit, Setakat ini masih belum ada kesimpulan muktamad bahawa virus Zika menjadi punca microcephaly walaupun wujud perkaitan yang agak kukuh.

“Jika microcephaly disebabkan oleh virus Zika, ini bermakna strain Zika di Brazil sudah mengalami perubahan dan menjadi lebih neurogenik. Oleh itu menjadi keperluan untuk dikaji gen strain ini bagi membandingkan dapatan daripada strain yang lalu,” tambahnya.

Kes-Kes Yang Dilaporkan

Sehingga 25 Ogos 2016, 70 buah negara dan wilayah dilaporkan terdapat transmisi virus Zika yang bermula sejak tahun 2007. 53 buah daripada negara dan wilayah telah melaporkan bukti transmisi virus Zika sejak 2015. Brazil melaporkan jumlah terbesar kes berkenaan dengan anggaran 1 juta pada tahun 2015. Kes-kes yang berlaku melibat jangkitan virus Zika ini dikesan di beberapa buah negara di Asia Tenggara seperti Kemboja, Indonesia, Filipina, Malaysia, Vietnam, Thailand dan Singapura. Di Singapura, sehingga kini terdapat 36 kes yang dilaporkan pada hari Selasa baru-baru ini.

Bagi kes di Malaysia, Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang wanita berusia 58 tahun di Klang, Selangor sebagai mangsa pertama dijangkiti virus Zika di Malaysia. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata wanita yang bekerja sebagai konsultan kewangan di Petaling Jaya itu menaiki bas bersama suaminya untuk mengunjungi anak perempuan mereka di Singapura pada 19 Ogos dan pulang ke tanah air dua hari kemudian. Kes kedua dilaporkan berlaku di Likas, Sabah pada 3 September 2016 apabila seorang lelaki berusia 61 tahun kini disahkan dijangkiti virus Zika. Beliau dipercayai digigit oleh nyamuk Aedes yang membawa virus Zika di sini.

Di sini kami mulakan perbincangan berkenaan isu ini dengan beberapa isu dan permasalahan untuk sama-sama kita hayati dan fahami serta mengambil tindakan sewajarnya.

Pencegahan

Ini merupakan kaedah yang terbaik dalam semua rawatan sehingga kalimah seperti (丕賱賵賯丕賷丞 禺賷乇 賲賳 丕賱毓賱丕噩) yang memberi maksud 鈥減encegahan itu lebih baik daripada rawatan鈥 seringkali diulang-ulang bagi memberi penekanan tentang pentingnya mencegah sesuatu penyakit, wabak atau musibah.

Selain itu, kaedah fiqh jelas menyatakan:

丕賱囟賻乇賻乇 賷購丿賮賻毓購 亘賽賯賻丿賻乇賽 丕賱廿賽賲賰賻丕賳

Maksudnya: 鈥淜erosakan itu dihindari seboleh mungkin.鈥

Justeru, membersihkan kawasan dan menghindarkan sebarang takungan air yang memungkinkan pembiakan nyamuk hendaklah dilaksanakan oleh semua orang dalam masyarakat. Tidak pelik jika terdapat undang-undang yang mengenakan kompaun kepada yang cuai dalam membersih tempat masing-masing kerana mudarat yang mendatang itu amat-amat besar kepada individu, komuniti setempat juga masyarakat umumnya. Pada saat yang sama, pihak bertanggungjawab, NGO juga orang ramai perlu melaksanakan kempen secara meluas untuk memberi kesedaran berkenaan virus Zika. Kempen besar-besaran dan program pendidikan seperti kempen 鈥淧erangi Denggi Habis-Habisan鈥 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini perlu disuburkan dalam masyarakat.

Antara perkara yang perlu diambil kira juga adalah menjaga kebersihan itu sendiri yang merupakan tuntutan agama kepada seluruh umat Islam. Firman Allah SWT:

賵賻賷賻爻賿兀賻賱購賵賳賻賰賻 毓賻賳賽 丕賱賿賲賻丨賽賷囟賽 賯購賱賿 賴購賵賻 兀賻匕賸賶 賮賻丕毓賿鬲賻夭賽賱購賵丕 丕賱賳賾賽爻賻丕亍賻 賮賽賷 丕賱賿賲賻丨賽賷囟賽 賵賻賱賻丕 鬲賻賯賿乇賻亘購賵賴購賳賾賻 丨賻鬲賾賻賶 賷賻胤賿賴購乇賿賳賻 賮賻廿賽匕賻丕 鬲賻胤賻賴賾賻乇賿賳賻 賮賻兀賿鬲購賵賴購賳賾賻 賲賽賳賿 丨賻賷賿孬購 兀賻賲賻乇賻賰購賲購 丕賱賱賾賻賴購 廿賽賳賾賻 丕賱賱賾賻賴賻 賷購丨賽亘賾購 丕賱鬲賾賻賵賾賻丕亘賽賷賳賻 賵賻賷購丨賽亘賾購 丕賱賿賲購鬲賻胤賻賴賾賽乇賽賷賳賻

Maksudnya: Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.

Islam menganggap bahawa menjaga kebersihan atau dalam konteks yang lebih terperinci iaitu bersuci sebagai sebahagian daripada iman. Ini diterangkan dalam sebuah hadith: Rasulullah SAW bersabda:

丕賱胤賾購賴購賵乇購 卮賻胤賿乇購 丕賱廿賽賷賲賻丕賳賽

Maksudnya: 鈥Bersuci itu adalah antara ciri-ciri keimanan.鈥

Begitu juga langkah pencegahannya dengan mengelakkan daripada terbabit dengan pemindahan darah pesakit dan perhubungan jenis (sexual intercourse) serta mematuhi semua langkah pencegahan yang telah digariskan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan akhbarnya dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia seperti yang dinyatakan di portal rasminya.

Rujuklah Kepada Badan Yang Berautoriti

Dalam menangani isu seperti ini, sumber dan maklumat yang menjadi rujukan utama adalah badan berautoriti seperti Kementerian Kesihatan dan pakar-pakarnya. Benarlah firman Allah SWT:

賮賻丕爻賿兀賻賱購賵丕 兀賻賴賿賱賻 丕賱匕賾賽賰賿乇賽 廿賽賳賿 賰購賳賿鬲購賲賿 賱賻丕 鬲賻毓賿賱賻賲購賵賳賻

Maksudnya: 鈥溾aka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri jika kamu tidak mengetahui.鈥

Ayat ini walaupun dinyatakan oleh ramai mufassirin seperti Ibn Kathir, al-Maraghi dan lain-lain yang mana diturunkan dan ditafsirkan ahl al-zikr dengan ahli kitab tetapi kaedah menyebut 鈥淚brah diambil daripada lafaz yang umum, bukan dengan sebab yang khusus diturunkan satu-satu ayat鈥. Justeru, tafsiran ahli zikir dalam konteks ini adalah merujuk kepada orang yang berilmu serta profesional dalam bidangnya dan berautoriti dalam pendapatnya. Dalam hal ini Kementerian Kesihatan Malaysia serta pakarnya menjadi rujukan kepada kita.

Begitu juga dengan virus Zika yang sedang tersebar ini, sudah barang pasti akan ada pelbagai bentuk produk yang dinisbahkan kepada perubatan dan rawatan sebagai penyembuh dan penyelesai penyakit tersebut. Lebih malang daripada itu, ada juga mengambil kesempatan dengan menisbahkan sesuatu produk dengan label 鈥榮unnah鈥 tanpa sebarang fakta dan testimoni sehingga kadang-kadang mengakibatkan penyakit yang lebih parah dan juga tidak membawa kesembuhan. Justeru, rujuklah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Semak Berita Dengan Tabayyun

Selalu kita dengar bilamana diviralkan satu-satu isu, terkadang tidak disemak samada benar atau tidak dan ia bolehmenyebabkan pemindahan maklumat yang salah dan tersilap serta membawa ketidakstabilan perasaan masyarakat. Ini boleh menimbulkan pelbagai tindakan yang tidak tepat dan juga bersalahan dengan hakikat yang sebenar serta boleh membawa risiko yang tidak terjangka. Kadang-kadang ditokok tambah isu dan angka yang bukan lagi bersifat realiti dan sebenarnya. Justeru, kami cadangkan agar dirujuk Bayan Linnas Siri 22: Berita: Konsep Tabayyun Dan Penerimaannya夭

Pengguguran Janin

Sebagaimana yang dijelaskan dalam sebuah hadith sahih, roh ditiupkan ke dalam janin selepas 120 hari. Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas鈥檜d RA beliau berkata: Rasulullah SAW聽 telah聽 memberitahu聽 kami聽 (beliau聽 adalah聽 orang聽 yang聽 benar聽 dan聽 disahkan kebenarannya):

廿賽賳賾賻 兀賻丨賻丿賻賰購賲賿 賷購噩賿賲賻毓購 禺賻賱賿賯購賴購 賮賽賷 亘賻胤賿賳賽 兀購賲賾賽賴賽 兀賻乇賿亘賻毓賽賷賳賻 賷賻賵賿賲賸丕 賳購胤賿賮賻丞賸貙 孬購賲賾賻 賷賻賰購賵賳購 賮賽賷 匕賻賱賽賰賻 毓賻賱賻賯賻丞賻 賲賽孬賿賱賻 匕賻賱賽賰賻貙 孬購賲賾賻 賷賻賰購賵賳購 賮賽賷 匕賻賱賽賰賻 賲購囟賿睾賻丞賻 賲賽孬賿賱賻 匕賻賱賽賰賻貙 孬購賲賾賻 賷購乇賿爻賱購 丕賱賱賴購 丕賱賿賲賻賱賻賰賻 賮賻賷賻賳賿賮購禺購 賮賽賷賴賽 丕賱乇賾購賵丨賻 賵賻賷賿丐賲賻乇購 亘賽兀賻乇亘賻毓 賰賻賱賽賲賻丕鬲賺貙 賮賻賷購賰賿鬲賻亘購 乇賽夭賿賯賴購 賵賻兀賻噩賻賱賴購 賵賻毓賻賲賻賱賴購 賵賻卮賻賯賽賷賾賹 兀賻賵賿 爻賻毓賽賷丿賹貙 賮賻賵賻丕賱賾賻匕賽賷 賱丕賻 廿賽賱賻賴 睾賻賷賿乇購賴購 廿賽賳賾賻 兀賻丨賻丿賻賰購賲賿 賱賻賷賻毓賿賲賻賱購 亘賽毓賻賲賻賱賽 兀賻賴賿賱賽 丕賱賿噩賻賳賾賻丞賽 丨賻鬲賾賻賶 賲賻丕 賷賻賰購賵賳購 亘賻賷賿賳賻賴購 賵賻亘賻賷賿賳賻賴賻丕 廿賽賱賾賻丕 匕賽乇賻丕毓賹 賮賻賷賻爻賿亘賽賯購 毓賻賱賻賷賿賴賽 丕賱賿賰賽鬲賻丕亘購 賮賻賷賻毓賿賲賻賱購 亘賽毓賻賲賻賱賽 兀賻賴賿賱賽 丕賱賳賾賻丕乇賽 賮賻賷賻丿賿禺購賱購賴賻丕貙 賵賻廿賽賳賾賻 兀賻丨賻丿賻賰購賲賿 賱賻賷賻毓賿賲賻賱購 亘賽毓賻賲賻賱賽 兀賻賴賿賱賽 丕賱賳賾賻丕乇賽 丨賻鬲賾賻賶 賲賻丕 賷賻賰購賵賳購 亘賻賷賿賳賻賴購 賵賻亘賻賷賿賳賻賴賻丕 廿賽賱賾賻丕 匕賽乇賻丕毓賹 賮賻賷賻爻賿亘賽賯購 毓賻賱賻賷賿賴賽 丕賱賿賰賽鬲賻丕亘購 賮賻賷賻毓賿賲賻賱購 亘賽毓賻賲賻賱賽 兀賻賴賿賱賽 丕賱賿噩賻賳賾賻丞賽 賮賻賷賻丿賿禺賱購賴賻丕

Maksudnya: 鈥淪esungguhnya setiap kamu dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya dalam keadaan air mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi seketul darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari.聽 Kemudian聽 diutus聽 kepadanya聽 seorang聽 malaikat聽 lalu聽 ditiupkan padanya聽 ruh聽 dan聽 dia聽 diperintahkan 聽untuk聽 menetapkan聽 empat聽 perkara:聽 menetapkan rezekinya,聽 ajalnya,聽 amalnya聽 dan聽 kesudahannya聽 sama聽 ada聽 kecelakaan聽 atau kebahagiaan.聽 Demi聽 Allah聽 yang聽 tidak聽 ada聽 tuhan聽 melainkan-Nya,聽 sesungguhnya聽 di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli syurga hingga jarak antara dirinya dan syurga聽 tinggal聽 sehasta聽 akan聽 tetapi聽 telah聽 ditetapkan聽 baginya聽 ketentuan,聽 lalu聽 dia melakukan amalan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka. Sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dan neraka tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan amalan ahli syurga maka masuklah dia ke dalam syurga.鈥

Riwayat al-Bukhari (3036) dan Muslim (2643)

Berkenaan hal ini, Dr. Mustafa Dib al-Bugha dan Dr. Muhyiddin Mistu ada menjelaskan:

鈥淧ara ulama sepakat bahawa ruh ditiupkan pada janin ketika janin berusia seratus dua puluh hari, terhitung sejak bertemunya sel sperma dan ovum. Ertinya, peniupan tersebut ketika janin berusia empat bulan penuh, masuk bulan ke lima. Pada masa inilah segala hukum mulai berlaku padanya. Kerana itu wanita yang ditinggal mati oleh suaminya menjalani masa iddah selama empat bulan sepuluh hari, untuk memastikan bahawa ia tidak hamil dari suaminya yang meninggal, agar tidak menimbulkan keraguan ketika dia berkahwin lagi lalu hamil.

Roh adalah sesuatu yang membuat manusia hidup. Ini sepenuhnya urusan Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan dalam firman-Nya yang bermakud: 鈥淒an mereka bertanya tentang ruh. Katakanlah, wahai Muhammad, bahawa ruh itu adalah urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi ilmu kecuali sangat sedikit.鈥 (al-Isra鈥: 85)

Pengguguran janin selepas ditiupkan roh (selepas 120 hari) adalah diharamkan di dalam Islam dengan sepakat semua mazhab dalam Islam. Ini kerana, ia dikira sebagai perbuatan membunuh. Firman Allah SWT:

賵賻賱賻丕 鬲賻賯賿鬲購賱購賵丕 丕賱賳賾賻賮賿爻賻 丕賱賾賻鬲賽賷 丨賻乇賾賻賲賻 丕賱賱賾賻賴購 廿賽賱賾賻丕 亘賽丕賱賿丨賻賯賾賽

Maksudnya: 鈥淒an janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar.鈥

Kami kemukakan di sini isu berkaitan dengan hukum pengguguran janin disebabkan kecacatan atau tidak sempurna kejadian.

Pengguguran Janin Bagi Wanita Yang Positif Virus Zika

Pada 14 Mac 2016, Dar al-Ifta鈥 al-Misriyyah telah mengeluarkan satu fatwa berhubung hukum menggugurkan janin bagi wanita yang dijangkiti virus Zika. Fatwa ini telah dikeluarkan sebagai respon kepada seruan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi melonggarkan syarat-syarat bagi membolehkan pengguguran khususnya bagi kes wanita yang disahkan dijangkiti virus Zika. Dalam hal ini, Dar al-Ifta鈥 memutuskan bahawa pengguguran janin adalah:

  1. DIBOLEHKAN bagi janin yang belum mencapai 120 hari (4 bulan) setelah disahkan implikasinya kepada wanita berkenaan atau kecacatan kepada janin berkenaan.
  2. Manakala, bagi yang sudah mencapai 120 hari, ia TIDAK DIBOLEHKAN kecuali jika kehamilan itu berterusan mengundang masalah kepada kesihatan dan bahaya kepada kehidupan wanita berkenaan. Ini bertepatan dengan kaedah fiqh:

 

賻丕乇鬲賽賰賻丕亘 兀賻禺賻賮賾購 丕賱囟賻乇賻乇賻賷賳

Maksudnya: 鈥Mengambil yang lebih ringan di antara dua kemudharatan鈥

Ia bermaksud mendahulukan nyawa ibu yang mengandung yang sudah pasti hidup untuk diselamatkan berbanding janin yang masih tidak pasti keadaannya. Maka jika ia tidak membahayakan nyawa ibunya, pengguguran janin adalah DIHARAMKAN.

Kes Yang Berkaitan

Dalam meneliti isu dalam dunia perubatan dunia moden berkaitan pengguguran janin, terdapat satu pandangan yang dinyatakan oleh Dr. Hassan al-Jizani berhubung pengguguran janin yang menghidap thalassemia. Kami ringkaskan dalam dua noktah penting yang wajar difahami.

  • Sebelum 120 hari.

BOLEH digugurkan janin jika kekal hidup akan membawa kesusahan, kesedihan dan penderitaan terhadap keluarga dan ahlinya. Ketika itu, harus menggugurkan janin mengikut kehendak kedua ibu bapanya.

  • Selepas 120 hari

TIDAK BOLEH digugurkan janin kecuali sekiranya janin ditimpa komplikasi atau sebarang penyakit seperti thalassemia dan telah diperakukan oleh pakar perubatan yang diyakini ketika itu. Keputusan ini adalah selari dengan keputusan Majma鈥 al-Fiqh al-Islami yang bersidang di Makkah al-Mukarramah pada 10 Februari 1990. Para ulama鈥 yang bersidang pada ketika itu juga memberi nasihat kepada pakar perubatan dan para ibu bapa agar bertakwa kepada Allah dan cuba menerima ujian ini dengan tabah seupaya mungkin. Maka, jika didapati janin tersebut mengalami bahaya yang tidak mungkin boleh dirawat, anak itu lahir dengan penyakit yang kekal, memberi kesan yang bermasalah dalam kehidupannya serta membebankan kepada keluarganya, maka ketika itu BOLEH digugurkan mengikut kehendak kedua ibu bapa.

NOTA PENTING: Kami lebih cenderung kepada pendapat Majma鈥 Fiqh Islamiberkenaan penyakit thalassemia yang boleh diqiyaskan bagi isu virus Zika ini, jika sekiranya dapatan kajian dari pakar perubatan yang diyakini menunjukkan bahawa janin yang dijangkiti virus Zika boleh mengundang pelbagai bentuk kecacatan sehingga memudaratkan kehidupan keluarga serta bayi itu sendiri. Dalam keadaan seperti itu, persetujuan daripada kedua ibu bapa yang diberi kefahaman yang jelas bolehlah diambil kira untuk pelaksanaan pengguguran janin itu.

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Melihat kepada perkembangan terkini, kami merasakan isu virus Zika amat perlu diberi perhatian yang serius oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga masyarakat. Ini kerana kesan daripada virus tersebut amat bahaya dan mengundang pelbagai bentuk penyakit seperti microcephaly (walaupun masih di peringkat kajian bagi membuktikan kaitan secara langsung) dan lain-lain.

Justeru, amat perlu masyarakat melaksanakan arahan dan panduan yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani isu ini seperti menjaga kebersihan, mengelakkan daripada serangan nyamuk dan berjumpa doktor tatkala terdapat simptom-simptom virus Zika.

Seterusnya, berkenaan dengan pengguguran janin disebabkan jangkitan virus Zika, sila lihat perbahasan kami di atas pada subtajuk 鈥淜es Yang Berkaitan鈥. Perkara ini perlu dirujuk kepada pakar perubatan yang diyakini dan juga ibu bapa supaya memahami hakikat isu ini dengan sebaiknya. Selepas itu, barulah boleh diambil tindakan pengguguran dengan ketetapan-ketetapan dan syarat-syarat yang amat ketat sebagaimana di atas.

Doa Munajat

Kami juga mengajak masyarakat Islam khususnya untuk berdoa kepada Allah lebih-lebih lagi kita berada pada hari-hari awal Zulhijjah (1-10 Zulhijjah) yang mempunyai pelbagai bentuk keistimewaan dan fadhilat seperti yang dinaskan dalam hadis Nabawi. Marilah kita berdoa dan munajat kepada-Nya agar Allah melepaskan kita dan menghindarkan daripada wabak virus Zika ini dan yang berkaitan dengan penyakit yang disebabkan oleh nyamuk seperti denggi dan lain-lain.

Sebagai masyarakat Muslim yang prihatin tentang kesihatan dan kebersihan serta mementingkan hubungan sesama manusia, perhatian yang serius terhadap adab menziarah pesakit, cara menggembirakan mereka serta memberikan sokongan dan motivasi supaya mereka kembali pulih adalah sangat dituntut dan digalakkan dalam Islam.

Antara doa yang ma鈥檛hur daripada Nabi SAW yang dicadangkan adalah:

Pertama:

亘賽爻賿賲賽 丕賱賱賾賻賴賽 丕賱賾賻匕賽賷 賱賻丕 賷賻囟購乇賾購 賲賻毓賻 丕爻賿賲賽賴賽 卮賻賷賿亍賹 賮賽賷 丕賱賿兀賻乇賿囟賽 賵賻賱賻丕 賮賽賷 丕賱爻賾賻賲賻丕亍賽 賵賻賴購賵賻 丕賱爻賾賻賲賽賷毓購 丕賱賿毓賻賱賽賷賲購

Maksudnya: 鈥淒engan nama Allah yang tidak memudaratkan bersama nama-Nya oleh sesuatu di bumi dan di langit sedangkan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Dibaca sebanyak tiga kali.

Kedua:

丕賱賱賾賻賴購賲賾賻 廿賽賳賾賽賷 兀賻毓購賵匕購 亘賽賰賻 賲賽賳賻 丕賱賿噩購賳購賵賳賽貙 賵賻丕賱賿噩購匕賻丕賲賽貙 賵賻丕賱賿亘賻乇賻氐賽貙 賵賻爻賻賷賾賽卅賽 丕賱賿兀賻爻賿賯賻丕賲賽

Maksudnya: 鈥淵a Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit gila, kusta, sopak dan sebarang jenis penyakit yang menggerunkan.鈥

Ketiga:

丕賱賱賾賻賴賲賾賻 噩賳賾賽亘賿賳賷 賲購賳賰賻乇丕鬲賽 丕賱兀禺賱丕賯賽 賵丕賱兀賴賵丕亍賽 賵丕賱兀爻賵丕亍賽 賵丕賱兀丿賵丕亍賽

Maksudnya: 鈥淵a Allah! Jauhlahku dari sebarang kemungkaran dan kepincangan akhlak, mengikut hawa nafsu, keadaan yang buruk dan juga penyakit yang menggerunkan.鈥

Keempat:

兀賻毓購賵匕購 亘賽賰賻賱賽賲賻丕鬲賽 丕賱賱賾賻賴賽 丕賱鬲賾賻丕賲賾賻丕鬲賽 賲賽賳賿 卮賻乇賾賽 賲賻丕 禺賻賱賻賯賻

Maksudnya: 鈥Aku berlindung dengan kalimat-kalimah Allah yang Maha Sempurna dari sebarang kejahatan yang diciptakan.鈥

Kelima:

丕賱賱賾賻賴購賲賾賻 廿賽賳賾賽賷 兀賻爻賿兀賻賱購賰賻 丕賱賿毓賻丕賮賽賷賻丞賻 賮賽賷 丕賱丿賾購賳賿賷賻丕 賵賻丕賱丌禺賽乇賻丞賽 丕賱賱賾賻賴購賲賾賻 廿賽賳賾賽賷 兀賻爻賿兀賻賱購賰賻 丕賱賿毓賻賮賿賵賻 賵賻丕賱賿毓賻丕賮賽賷賻丞賻 賮賽賷 丿賽賷賳賽賷 賵賻丿購賳賿賷賻丕賷賻 賵賻兀賻賴賿賱賽賷 賵賻賲賻丕賱賽賷 丕賱賱賾賻賴購賲賾賻 丕爻賿鬲購乇賿 毓賻賵賿乇賻丕鬲賽賷 賵賻丌賲賽賳賿 乇賻賵賿毓賻丕鬲賽賷 丕賱賱賾賻賴購賲賾賻 丕丨賿賮賻馗賿賳賽賷 賲賽賳賿 亘賻賷賿賳賽 賷賻丿賻賷賾賻 賵賻賲賽賳賿 禺賻賱賿賮賽賷 賵賻毓賻賳賿 賷賻賲賽賷賳賽賷 賵賻毓賻賳賿 卮賽賲賻丕賱賽賷 賵賻賲賽賳賿 賮賻賵賿賯賽賷 賵賻兀賻毓購賵匕購 亘賽毓賻馗賻賲賻鬲賽賰賻 兀賻賳賿 兀購睾賿鬲賻丕賱賻 賲賽賳賿 鬲賻丨賿鬲賽賷

Maksudnya: 鈥淵a Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu afiat di dunia dan akhirat. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keampunan dan afiat pada agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutupkanlah aibku dan amankanlah ketakutanku. Ya Allah, peliharalahku dari depanku, belakangku, kananku, kiriku dan atasku. Aku berlindung dengan keagungan-Mu supaya diselamatkan aku dikalahkan (ditimpa musibah) dari bawahku.鈥

Seterusnya doa apabila menziarahi pesakit antaranya:

Pertama:

丕賱賱賾賻賴購賲賾賻 乇賻亘賾賻 丕賱賳賾賻丕爻賽 兀賻匕賿賴賽亘賽 丕賱亘賻丕爻賻貙 丕卮賿賮賽賴賽 賵賻兀賻賳賿鬲賻 丕賱卮賾賻丕賮賽賷貙 賱丕賻 卮賽賮賻丕亍賻 廿賽賱賾賻丕 卮賽賮賻丕丐購賰賻貙 卮賽賮賻丕亍賸 賱丕賻 賷購睾賻丕丿賽乇購 爻賻賯賻賲賸丕

鈥淵a Allah, Wahai Tuhan manusia. Hilangkan kesakitan ini. Sembuhkanlah. Engkau jualah Penyembuh. Tiada kesembuhan melainkan melainkan kesembuhan daripada Engkau. Kesembuhan yang tidak meninggalkan kesakitan lagi.鈥

Kedua:

兀賻爻賿兀賻賱購 丕賱賱賾賻賴賻 丕賱賿毓賻馗賽賷賲賻 乇賻亘賾賻 丕賱賿毓賻乇賿卮賽 丕賱賿毓賻馗賽賷賲賽 兀賻賳賿 賷賻卮賿賮賽賷賻賰賻

Maksudnya: 鈥淎ku bermohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan yang memiliki Arasy yang Agung agar Dia menyembuhkan kamu.鈥

Dibaca sebanyak tujuh kali.

Kami tetap yakin bahawa penyakit yang terkena dan juga wabak berlaku dengan kehendak Allah yang perlu kita redhainya. Pada saat yang sama kita berusaha dan beriktiar untuk mengelakkannya. Benarlah firman Allah SWT:

賯購賱賿 賱賻賳賿 賷購氐賽賷亘賻賳賻丕 廿賽賱賾賻丕 賲賻丕 賰賻鬲賻亘賻 丕賱賱賾賻賴購 賱賻賳賻丕 賴購賵賻 賲賻賵賿賱賻丕賳賻丕 賵賻毓賻賱賻賶 丕賱賱賾賻賴賽 賮賻賱賿賷賻鬲賻賵賻賰賾賻賱賽 丕賱賿賲購丐賿賲賽賳購賵賳賻

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”.

Kami berpendapat amat penting bagi mereka yang terkena penyakit seperti ini hendaklah berusaha untuk merawat dan dalam masa yang sama berserah kepada Allah. Inilah pendapat kebanyakan ulama鈥 seperti Ibn al-Jauzi al-Hanbali dan Syeikh al-Qaradhawi yang menyatakan sesiapa yang meninggalkan rawatan dalam keadaan mampu maka dia berdosa.

Marilah kita bersama-sama memainkan peranan di posisi masing-masing untuk berusaha mengekang penularan virus Zika ini. Semoga Allah selamatkan kita dari sebarang penyakit seperti Zika, denggi, dan lain-lain sehingga kita dapat mengabdikan diri kepada-Nya dengan selesa dan aman, Amin.

Nota hujung:

Serangga yg seakan-akan nyamuk tetapi lebih kecil (biasanya terdapat di tepi-tepi laut, sungai dan juga di kawasan semak).

Mosquito Taxonomic Inventory, http://mosquito-taxonomic-inventory.info/ 10/4/2001

Al-Sya鈥檙awi, Mutawalli. Tafsir al-Sya鈥檙awi, jil. 1, hal. 211.

http://www.who.int/mediacentre/factsheets/zika/en/

http://www.who.int/emergencies/zika-virus/situation-report/7-april-2016/en/

http://www.who.int/mediacentre/factsheets/microcephaly/en/

http://www.who.int/emergencies/zika-virus/articles/rumours/en/

http://www.nejm.org/doi/full/10.1056/NEJMp1605367#t=article

http://www.nejm.org/action/showMediaPlayer?doi=10.1056%2FNEJMp1605367&aid=NEJMp1605367_attach_1&area=&viewType=Popup&viewClass=Audio

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/virus-zika-ditemui-di-malaysia-pada-1969-pengkaji-115732

https://www.moh.gov.sg/content/moh_web/home/pressRoom/Current_Issues/2016/zika virus/faqs.html

http://www.cnbc.com/2016/09/01/singapores-zika-virus-cases-rise-to-151.html

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/zika-masuk-malaysia-wanita-klang-sah-dijangkiti-kes-pertama-di-negara-ini-115624

http://www.nst.com.my/news/2016/09/170457/malaysia-gets-second-zika-case-time-sabah

Al-Sadlan, Soleh bin Ghanim. Al-Qawa鈥檌d al-Fiqhiyyah al-Kubra (Riyadh: Dar al-Balansiah, 1996) hal. 508-511.

Surah al-Baqarah: 222

Riwayat Muslim (223)

https://kpkesihatan.com/2016/08/28/kenyataan-akhbar-kpk-28-ogos-2016-situasi-terkini-virus-zika-di-malaysia/

Surah al-Anbiya鈥: 7

Al-Bugha, Mustafa Dib & Muhyiddin Mistu. Al-Wafi fi Sharh al-Arba鈥檌n al-Nawawiyyah(Damsyik: Dar al-Mustafa, 2010), hal. 26.

Al-Isra鈥: 33

http://www.un.org/apps/news/story.asp?NewsID=53173#.V8ptzph97IV

http://dar-alifta.org.eg/AR/Viewstatement.aspx?ID=5737

Al-Jizani, Hassan. Fiqh al-Nawazil: Dirasat al-Ta鈥檚iliyyah al-Tatbiqiyyah (Dammam: Dar Ibn al-Jauzi, 2006), jil. 4, hal. 25.

Doa didefinisikan oleh al-Imam al-Khattabi sebagai pemohonan pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba dari Tuhannya dan hakikat doa iaitu menzahirkan kefakiran, kelemahan dan kehinaan diri kepada Allah yang di dalamnya termetrai pengagungan terhadap Allah swt dan mengiktiraf sifat kemulian dan pemurahNya. Rujuk al-Khattabi, Hamad bin Muhammad bin Ibrahim. Sha鈥檔 al-Dua鈥 (al-Sharqah: Dar al-Thaqafah al-鈥楢rabiyyah, 1992) jil.1, m. 4. Definisi doa yang dinyatakan oleh Imam al-Khattabi menjelaskan bahawa doa merupakan permohonan seorang hamba kepada Allah SWT, sepertimana firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 186:

賵賻廿賽匕賻丕 爻賻兀賻賱賻賰賻 毓賽亘賻丕丿賽賷 毓賻賳賾賷 賮賻廿賽賳賾賷 賯賻乇賽賷亘賹 兀購噩賽賷亘購 丿賻毓賿賵賻丞賻 俦賱丿賾賻丕毓賽 廿賽匕賻丕 丿賻毓賻丕賳賽

Maksudnya: 鈥淒an apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.鈥

Riwayat Abu Daud, no. 5088 dan al-Tirmizi, no. 3388

Riwayat al-Nasa鈥檌, no. 5493

Riwayat Ibn Hibban, no. 960

Riwayat Muslim, no. 2709

Riwayat Abu Daud, no. 5074 dan Ibn Majah, no. 3871

Riwayat al-Bukhari, no. 5743

Riwayat Abu Daud, no. 3106 dan Ibn Abi Syaibah, no. 23572

Surah al-Taubah: 51