KAMI BERSAMA PALESTIN
.
ISRAEL MESTI HENTIKAN SERTA MERTA PENGGUNAAN KEKERASAN TERHADAP ORANG AWAM PALESTIN DAN BERHENTI CEROBOH WILAYAH PALESTIN
.
Israel terlalu angkuh. Belum reda kemarahan umat Islam susulan pencerobohan dan serangan tentera penjajah Israel serta pendatang haram yahudi ke atas Masjid Al-Aqsa, mereka terus bertindak zalim dengan melancarkan serangan udara semalam yang mengakibatkan kematian dan kecederaan orang awam Palestin termasuk kanak-kanak.
.
Perbuatan terkutuk ini amat melampau, tidak berperikemanusiaan serta secara terang-terangan mencabuli undang-undang antarabangsa. Lebih mendukacitakan, ia dilakukan ketika umat Islam sedang memaknai Ramadan dan bersedia menyambut Syawal lusa. Kebiadaban ini sangat tidak menghormati Islam dan umatnya.
.
Pendirian tegas ?? Malaysia ini mesti disokong seluruh masyarakat dunia. Berdiam diri dengan kekejaman Israel bukan lagi caranya. Semua pihak mesti menyokong perjuangan rakyat ?? Palestin untuk memiliki negara yang bebas dan berdaulat. Malaysia akan terus bersama Palestin!
.
Petikan Kenyataan Rasmi oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Luar Negeri
.
Warga Zakat Universiti Bersama Kerajaan Malaysia dan Rakyat Palestin
