KELULUSAN AGIHAN ZAKAT ÿÈÕ´óÈüapp (SEPTEMBER – OKTOBER 2021)
Mesyuarat Jawatankuasa Agihan Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia (JAZÿÈÕ´óÈüapp) Bil.5/ 2021 yang bersidang pada 1 November 2021 telah meluluskan agihan zakat kepada asnaf Warga Universiti bagi bulan Ogos sehingga Oktober 2021 berjumlah RM 250,852.25. Ini menjadikan jumlah agihan terkini zakat ÿÈÕ´óÈüapp adalah berjumlah RM5,590,109.86.
Agihan kali ini lebih tertumpu kepada Bantuan Umum Pelajaran & Bantuan Insentif Kecemerlangan kepada 79 pelajar (Prasiswazah) ÿÈÕ´óÈüapp yang telah memperolehi keputusan cemerlang 3.67 dan ke atas pada semester 1 sesi 2020/2021. Selain itu, beberapa bantuan lain turut menjadi keutamaan dalam agihan setelah melihat kepada keperluan pengajian atas talian pada ketika ini.
Agihan pada kali ini melibatkan sebanyak 6 jenis bantuan sepertimana perincian berikut:
1. Bantuan Umum Pelajaran (Yuran & Sara hidup)
2. Insentif Kecemerlangan
3. Bantuan Pendidikan (Laptop)
4. Bantuan Kes Khas (Perubatan, Sara Hidup, Musibah & Persekolahan)
5. Bantuan Sokongan Pengajian
6. Bantuan Persekolahan Fasa II
Walaubagaimanapun, terdapat lebih 32 jenis bantuan disediakan oleh Zakat Universiti untuk membantu warga ÿÈÕ´óÈüapp yang memerlukan. JAZÿÈÕ´óÈüapp komited untuk memberikan komitmen dalam memastikan agihan zakat dapat dilaksanakan sebaiknya.
