ÿÈÕ´óÈüapp

Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2024

Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan ÿÈÕ´óÈüapp merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada dua warga jabatan yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2024, iaitu:

  • Dr. Taty Anna Kamarudin

  • Pn. Nurul Huda Mohd Yusoff

Anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan cemerlang, komitmen tinggi, dan dedikasi berterusan dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab sepanjang tahun perkhidmatan. Pemilihan ini mencerminkan kecemerlangan mereka dalam menyokong misi dan visi Fakulti Perubatan serta Universiti Kebangsaan Malaysia secara keseluruhan.

Pihak jabatan amat berbangga dengan pencapaian ini dan berharap kejayaan Dr. Taty Anna dan Pn. Nurul Huda akan menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja untuk terus berusaha memberikan perkhidmatan terbaik.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan yang membanggakan ini!