ÿÈÕ´óÈüapp

Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

Tahniah Diucapkan kepada Jabatan Anatomi atas Anugerah Tempat Kerja Selamat (Makmal) di Anugerah Sanjungan Kencana Ke-6 (2025)

Putrajaya, 24 Julai 2025 – Tahniah diucapkan kepada Jabatan Anatomi atas Anugerah Tempat Kerja Selamat (Makmal) sempena Anugerah Sanjungan Kencana Kali Ke-6 yang telah berlangsung dengan jayanya di Zenith Hotel, Putrajaya.

Anugerah berprestij ini mengiktiraf usaha dan komitmen tinggi warga makmal dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat, tersusun, dan mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan. Penganugerahan ini menjadi simbol penghargaan kepada budaya kerja selamat yang diterapkan secara berterusan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat serta wakil-wakil jabatan yang terlibat dalam pengurusan dan operasi makmal di seluruh Fakulti Perubatan,ÿÈÕ´óÈüapp.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Anatomi atas kejayaan yang membanggakan ini!