Berita Kampus Archives - Berita ÿմapp /beritaukm/category/berita-kampus/ Portal Berita Universiti Kebangsaan Malaysia Fri, 05 Jun 2026 02:01:52 +0000 en-US hourly 1 Keselamatan dan Keamanan Alam Siber Perlu diberi Perhatian Serius Seiring Perkembangan Teknologi /beritaukm/keselamatan-dan-keamanan-alam-siber-perlu-diberi-perhatian-serius-seiring-perkembangan-teknologi/ /beritaukm/keselamatan-dan-keamanan-alam-siber-perlu-diberi-perhatian-serius-seiring-perkembangan-teknologi/#respond Fri, 05 Jun 2026 02:01:49 +0000 /beritaukm/?p=4741 Oleh Melor Suria MinhatFoto Shahiddan Saidi BANGI, 3 Jun 2026 – Keselamatan dan keamanan alam siber perlu diberi perhatian serius bagi memastikan kesejahteraan masyarakat digital terus terpelihara seiring perkembangan teknologi…

The post Keselamatan dan Keamanan Alam Siber Perlu diberi Perhatian Serius Seiring Perkembangan Teknologi appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Melor Suria Minhat
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 3 Jun 2026 – Keselamatan dan keamanan alam siber perlu diberi perhatian serius bagi memastikan kesejahteraan masyarakat digital terus terpelihara seiring perkembangan teknologi yang semakin kompleks dan meluas penggunaannya.

Profesor di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Prof. Dr. Zarina Shukur berkata, pelbagai aktiviti harian masyarakat kini telah bersepadu dengan alam siber termasuk urusan komunikasi, ekonomi, pendidikan dan pengoperasian sektor kritikal negara.

“Keamanan alam siber bukan lagi satu pilihan, tetapi keperluan utama bagi memastikan masyarakat dapat hidup dan berinteraksi secara selamat dalam dunia digital yang semakin kompleks,” katanya semasa menyampaikan Syarahan Perdana bertajuk Mencapai Keamanan di Alam Siber di Bilik Senat, baru-baru ini.

Beliau berkata, pembinaan keamanan alam siber perlu dibangunkan berasaskan kerangka keselamatan yang menyeluruh melibatkan teknologi, manusia dan urus tadbir.

Menurutnya, terdapat empat prinsip utama dalam keselamatan siber iaitu kerahsiaan (confidentiality), keutuhan (integrity), ketersediaan (availability) dan persendirian (privacy) yang menjadi asas dalam memastikan keselamatan ekosistem digital.

Katanya, aspek kerahsiaan penting bagi memastikan hanya pemilik sah dapat mengakses data mereka melalui penggunaan teknologi seperti kriptografi bagi melindungi maklumat sensitif.

“Keutuhan pula memastikan data tidak diubah suai secara tidak sah terutama dalam sistem kritikal seperti pengundian dalam talian dan sistem industri yang boleh memberi kesan kepada ekonomi sekiranya berlaku gangguan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa aspek ketersediaan amat penting bagi memastikan perkhidmatan digital sentiasa boleh diakses tanpa gangguan memandangkan kegagalan sistem kritikal seperti tenaga dan pengangkutan boleh mengancam keselamatan pengguna.

Selain itu, isu persendirian juga perlu diberi perhatian khusus bagi melindungi data peribadi pengguna termasuk rekod kesihatan dan maklumat sensitif dalam ekosistem digital.

Dalam pada itu, beliau berkata faktor manusia masih menjadi cabaran utama dalam keselamatan siber kerana pengguna mudah terdedah kepada serangan seperti pancingan data (phishing) dan manipulasi kejuruteraan sosial.

“Manusia merupakan komponen penting dalam alam siber kerana kelemahan manusia sering menjadi ruang kepada serangan kejuruteraan sosial. Oleh itu, pengukuhan modal insan dan latihan keselamatan siber perlu dilaksanakan secara berterusan,” katanya.

Tambah beliau organisasi juga perlu memperkukuh program kesedaran keselamatan siber selain memperketat dasar keselamatan bagi mengurangkan risiko ancaman digital.

Selain itu, beliau turut mencadangkan penubuhan lebih banyak pasukan pengaman siber melalui latihan berterusan kepada generasi muda dan golongan profesional bagi memastikan keselamatan siber negara terus diperkasa selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Prof. Dr. Zarina merupakan Profesor dalam bidang Pengujian dan Penentusahan Perisian dengan kepakaran khusus dalam keselamatan siber dan penentusahan ciri keselamatan perisian. Sepanjang kerjaya akademiknya, beliau telah menghasilkan lebih 200 penerbitan saintifik serta mengetuai pelbagai projek penyelidikan nasional dan antarabangsa.

The post Keselamatan dan Keamanan Alam Siber Perlu diberi Perhatian Serius Seiring Perkembangan Teknologi appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/keselamatan-dan-keamanan-alam-siber-perlu-diberi-perhatian-serius-seiring-perkembangan-teknologi/feed/ 0
Aktif Berpersatuan, Pelajar Fakulti Pendidikan ÿմapp dinobatkan Sebagai Tokoh Siswa ÿմapp 2025 /beritaukm/aktif-berpersatuan-pelajar-fakulti-pendidikan-ukm-dinobatkan-sebagai-tokoh-siswa-ukm-2025/ /beritaukm/aktif-berpersatuan-pelajar-fakulti-pendidikan-ukm-dinobatkan-sebagai-tokoh-siswa-ukm-2025/#respond Fri, 22 May 2026 07:08:41 +0000 /beritaukm/?p=4724 BANGI, 22 Mei 2026 – Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp), Muhammad Haikal Hamidi diumumkan sebagai Tokoh Siswa ÿմapp 2025, pada majlis Anugerah Tokoh Siswa ÿմapp 2025, sekali gus…

The post Aktif Berpersatuan, Pelajar Fakulti Pendidikan ÿմapp dinobatkan Sebagai Tokoh Siswa ÿմapp 2025 appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
BANGI, 22 Mei 2026 – Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp), Muhammad Haikal Hamidi diumumkan sebagai Tokoh Siswa ÿմapp 2025, pada majlis Anugerah Tokoh Siswa ÿմapp 2025, sekali gus meletakkan beliau sebagai antara wajah kepimpinan mahasiswa paling menyerlah di universiti berkenaan.

Muhammad Haikal yang merupakan Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMÿմapp) sesi 2025/2026 diangkat sebagai tokoh siswa berdasarkan pencapaian cemerlang beliau dalam kepimpinan, penglibatan organisasi, keterlihatan mahasiswa serta sumbangan berterusan kepada komuniti kampus dan negara.

Menurutnya, anugerah tersebut bukanlah satu noktah kejayaan, sebaliknya permulaan kepada tanggungjawab yang lebih besar untuk terus membawa suara mahasiswa dengan matang, beradab dan berkesan.

“Anugerah ini bukan sekadar kemenangan peribadi, tetapi satu amanah besar untuk saya terus berkhidmat kepada mahasiswa.

“Kepimpinan bukan hanya tentang jawatan atau kedudukan, tetapi tentang keberanian untuk mendengar, memahami dan menyelesaikan isu yang dekat dengan kehidupan pelajar,” katanya yang turut memegang pelbagai jawatan termasuk Ketua Eksekutif Kolej Pendeta Za’aba 2024/2025, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ÿմapp 2025/2026, Ketua Pemudah Cara Minggu Mesra Mahasiswa 2025/2026 serta Biro Kebajikan Majlis Persatuan Pelajar Kebangsaan 2025/2026.

Selain itu, beliau turut mewakili ÿմapp dan Malaysia ke Global Student Leadership Summit 2026, yang membuktikan bahawa mahasiswa ÿմapp bukan sahaja menyerlah di peringkat universiti, malah mampu membawa imej kepimpinan negara ke pentas antarabangsa.

Beliau berkata, pengalaman memimpin pelbagai organisasi mahasiswa membentuk dirinya untuk lebih memahami makna sebenar kepimpinan yang berpaksikan khidmat, empati dan tanggungjawab sosial.

“Saya percaya setiap mahasiswa mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin. Yang penting, kita berani melangkah, berani memikul amanah dan tidak melihat kepimpinan sebagai keistimewaan, tetapi sebagai ruang untuk memberi manfaat kepada orang lain,” katanya.

Bertemakan “Songket dan Tradisi”, majlis tersebut turut mengiktiraf dua mahasiswa orang kurang upaya (OKU) apabila Muhammad Nur Amjadh Asabdeen dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) menerima Anugerah Tokoh Inklusif Siswa dan Tan Guan You dari Fakulti Undang-Undang (FUU) menerima Anugerah Tokoh Tengku Ampuan Afzan.

Kejayaan kedua-dua mahasiswa itu mencuri tumpuan kerana mereka bukan sahaja berjaya membuktikan kemampuan diri, malah tampil sebagai simbol ketabahan, keberanian dan semangat inklusif yang menjadi tunjang kepada pembangunan mahasiswa di ÿմapp.

Pengiktirafan kepada mahasiswa OKU itu juga memperlihatkan komitmen ÿմapp dalam membina ekosistem pendidikan tinggi yang lebih adil, menyantuni kepelbagaian dan memberi ruang kepada semua pelajar untuk menyerlah berdasarkan kekuatan serta potensi masing-masing.

Sementara itu, Pengarah Program Anugerah Tokoh Siswa ÿմapp 2025 merangkap Timbalan Pengarah Kepimpinan, Pusat Hal Ehwal Pelajar ÿմapp, Ts. Dr. Ahmad Firdhaus Arham berkata anugerah itu dirangka sebagai platform pengiktirafan yang menyeluruh terhadap kemenjadian mahasiswa.

Menurut beliau, penilaian tidak dibuat secara permukaan atau sekadar melihat jawatan yang disandang, sebaliknya menilai sejauh mana seseorang mahasiswa atau organisasi mampu memberi kesan sebenar kepada universiti, komuniti dan masyarakat.

“Penjurian Anugerah Tokoh Siswa ÿմapp 2025 dilaksanakan secara holistik dengan mengambil kira peranan, impak, kepimpinan, pengiktirafan, keberkesanan penganjuran program, keupayaan membina jaringan, penjanaan dana serta keterlihatan mahasiswa di pelbagai peringkat,” katanya.

Beliau berkata, bagi kategori individu, penilaian memberi penekanan kepada peranan dan impak calon melalui penganjuran program terbaik, jawatan yang disandang, peringkat penganjuran, kelestarian, penajaan dana, kolaborasi jaringan serta penglibatan dalam program di pelbagai peringkat.

“Kita mahu memastikan anugerah ini benar-benar mencerminkan nilai kepimpinan yang hidup. Mahasiswa yang diraikan bukan sahaja aktif, tetapi mempunyai keupayaan untuk menggerakkan pasukan, membina jaringan, menyelesaikan masalah dan mencipta perubahan,” katanya.

Sebanyak 22 anugerah dipertandingkan dalam edisi kali ini, merangkumi empat anugerah utama, dengan keseluruhan pengiktirafan melibatkan empat kategori berkumpulan dan 18 kategori individu.

The post Aktif Berpersatuan, Pelajar Fakulti Pendidikan ÿմapp dinobatkan Sebagai Tokoh Siswa ÿմapp 2025 appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/aktif-berpersatuan-pelajar-fakulti-pendidikan-ukm-dinobatkan-sebagai-tokoh-siswa-ukm-2025/feed/ 0
Pelajar Bioperubatan Menang Anugerah Keusahawanan KPT Melalui Perniagaan Tudung /beritaukm/pelajar-bioperubatan-menang-anugerah-keusahawanan-kpt-melalui-perniagaan-tudung/ /beritaukm/pelajar-bioperubatan-menang-anugerah-keusahawanan-kpt-melalui-perniagaan-tudung/#respond Fri, 22 May 2026 07:01:35 +0000 /beritaukm/?p=4720 Oleh Asmahanim Amir dan Raja Nur Aina Raja Hussain ShahFoto Izwan Azman BANGI, 22 Mei 2026 – Walaupun belajar dalam bidang bioperubatan, pelajar Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp),…

The post Pelajar Bioperubatan Menang Anugerah Keusahawanan KPT Melalui Perniagaan Tudung appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Asmahanim Amir dan Raja Nur Aina Raja Hussain Shah
Foto Izwan Azman

BANGI, 22 Mei 2026 – Walaupun belajar dalam bidang bioperubatan, pelajar Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp), Nur Adriyana Fazli bergerak aktif dalam perniagaan tudung sehingga dinobatkan sebagai juara kategori Syarikat Pemula Pelajar Terbaik di Majlis Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi 2025 (AKKPT 2025), baru-baru ini.

Nur Adriyana yang merupakan pelajar tahun empat memulakan perniagaan tudung melalui syarikat pemula Avelia Scarves pada tahun 2021 ketika mula bergelar pelajar di ÿմapp.

“Saya memang minat dunia branding, content creation dan cara sesuatu jenama boleh memberi kesan kepada orang lain. Jadi, saya mulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan sahaja.

“Dalam masa yang sama, saya nampak ramai wanita muda mahukan tudung yang cantik dan berkualiti dengan harga mampu milik. Dari situ saya mula belajar sendiri dengan bantuan ayah dan keluarga tentang bisnes, pemasaran dan pengurusan jenama sambil belajar di ÿմapp,” katanya.

Beliau berkata perjalanan perniagaannya tidak mudah kerana dia bermula tanpa mentor, tanpa pengalaman bisnes dan masih ragu-ragu dengan diri sendiri.

“Tapi ÿմapp banyak membuka peluang untuk saya belajar tentang keusahawanan dan perlahan-lahan saya mula yakin dan serius membangunkan Avelia,” tambahnya.

Kata Nur Adriyana, walaupun bidang akademiknya lebih kepada sains dan kesihatan, tetapi dia percaya minat dan potensi seseorang tak semestinya terhad pada satu bidang sahaja.

“Saya lihat Avelia sebagai ruang kreatif saya, tempat saya gabungkan minat terhadap branding, komunikasi dan pembangunan komuniti.

“Sebenarnya belajar dalam bidang sains juga banyak membantu saya dari segi disiplin, pengurusan masa dan cara berfikir secara sistematik dalam mengurus perniagaan,” katanya yang berhasrat untuk menyambung pengajian penyelidikan dalam kesihatan sambil menguruskan perniagaan Avelia sepenuh masa apabila tamat belajar nanti.

Bercerita tentang pembinaan perniagaan tudung tersebut, beliau berkata syarikatnya pernah melalui fasa yang sangat perlahan, terutamanya ketika perlu lebih fokus kepada pelajaran.

“Tetapi bagi saya, fasa itu sangat penting kerana di situlah saya belajar tentang ketahanan, disiplin dan kepentingan untuk terus kekal kreatif walaupun dalam keadaan yang mencabar.

ٱ student entrepreneur, saya belajar bahawa untuk terus bertahan, kita bukan sahaja perlukan strategi, tetapi juga kemampuan untuk sentiasa menyesuaikan diri dan mencari cara baharu untuk berkembang,” ujarnya.

Tambah Nur Adriyana, tahun 2026 menjadi satu permulaan baharu untuk Avelia, lebih-lebih lagi dengan bantuan Geran Keusahawanan KPT yang banyak membantu dari segi pemasaran, pembangunan operasi dan pengukuhan jenama.

“Dengan sokongan ini, kami mula bergerak dengan lebih serius ke arah operasi full-time, bukan sahaja untuk mengembangkan Avelia sebagai jenama, tetapi juga untuk terus memberi impak sosial melalui komuniti dan peluang kepada anak muda,” katanya.

Sepanjang perjalanan perniagaan itu, katanya Avelia berjaya memasuki hampir 13 universiti tempatan dan luar negara melalui reruai, kolaborasi dan aktiviti keusahawanan seperti di ÿմapp, Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA dan University of Manchester.

“Selain itu, kami turut membuka peluang keusahawanan kecil-kecilan secara bermusim kepada pelajar universiti untuk sama-sama belajar dan menjana pendapatan bersama Avelia,” katanya.

Sebagai pelajar keusahawanan, beliau berkata pembahagian masa antara belajar dan berniaga adalah antara cabaran terbesar.

“Ada masa saya perlu mengurus assignment, sesi makmal dan peperiksaan, dan pada hari yang sama juga perlu handle customer, siapkan content dan menjaga booth event.

“Saya banyak belajar untuk menyusun keutamaan dan cuba selesaikan satu per satu sebaik mungkin supaya saya tidak terlalu panik atau DZɳ,” katanya.

Ujarnya, dia bersyukur kerana perjalanan itu akhirnya membawanya memenangi tempat pertama bagi kategori yang dipertandingkan dan menerima pelbagai peluang daripada ÿմapp dan KPT.

“Bagi saya, pencapaian itu bukan sekadar tentang bisnes, tapi bukti bahawa pelajar juga mampu membina sesuatu yang bermakna walaupun bermula kecil dan penuh keraguan,” katanya.

Seorang lagi pelajar ÿմapp dari Fakulti Pengajian Islam, Nor Farhatul Fairuzah Panut turut menerima pengiktirafan atas sumbangan dan pencapaian beliau melalui  kategori Platform Digital Graduan Terbaik.

Nor Farhatul Fairuzah merupakan tokoh muda yang tersohor dalam bidang tilawah Al-Quran dan pernah mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai Johan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa pada tahun 2019.

The post Pelajar Bioperubatan Menang Anugerah Keusahawanan KPT Melalui Perniagaan Tudung appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/pelajar-bioperubatan-menang-anugerah-keusahawanan-kpt-melalui-perniagaan-tudung/feed/ 0
AKSI 2026 Perkasa Literasi Kewangan Mahasiswa /beritaukm/aksi-2026-perkasa-literasi-kewangan-mahasiswa/ /beritaukm/aksi-2026-perkasa-literasi-kewangan-mahasiswa/#respond Tue, 19 May 2026 01:50:17 +0000 /beritaukm/?p=4705 Oleh Ruzanna Ab RazakFoto Irfan Halim BANGI, 6 MEI 2026 – Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) terus memperkukuh agenda literasi kewangan mahasiswa melalui penganjuran Arena Kewangan…

The post AKSI 2026 Perkasa Literasi Kewangan Mahasiswa appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Ruzanna Ab Razak
Foto Irfan Halim

BANGI, 6 MEI 2026 – Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) terus memperkukuh agenda literasi kewangan mahasiswa melalui penganjuran Arena Kewangan Siswa Intervarsiti (AKSI) AKPK 2026 baru-baru ini.

Program dianjurkan secara kolaboratif oleh Kelab Tunas AKPK dan Kelab Pengurusan di bawah naungan Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (PMFEP), dengan sokongan strategik rakan industri dan penyertaan universiti jemputan.

AKSI 2026 menghimpunkan pelbagai pengisian yang memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang pengurusan kewangan, teknologi kewangan dan pendekatan pembelajaran interaktif.

Menurut pensyarah FEP yang menubuhkan Kelab Tunas AKPK di bawah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) FEP, Dr. Masrina Nadia Mohd Salleh, penubuhan kelab itu bertujuan memperkukuh literasi kewangan belia melalui pendekatan yang lebih dekat dengan tingkah laku generasi masa kini.

“VESPID dan UnBound menjadi rakan strategik penting kerana masing-masing menawarkan platform gamified yang terbukti mampu meningkatkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran kewangan,” katanya.

Kemuncak program menyaksikan perasmian Kelab Tunas AKPK FEP ÿմapp yang disempurnakan oleh Dekan FEP, Prof. Dr. Mohd Azlan Shah Zaidi. Perasmian itu menandakan langkah penting FEP dalam memperkukuh peranan mahasiswa sebagai duta kecil literasi kewangan di peringkat universiti.

Majlis turut menyaksikan penyerahan watikah pelantikan kepada barisan kepimpinan Kelab Tunas AKPK FEP ÿմapp sebagai simbol komitmen mahasiswa untuk menggerakkan program kesedaran kewangan secara lebih aktif, tersusun dan dekat dengan keperluan generasi muda.

Program ini turut dimeriahkan dengan Pertandingan Debat Khas Kewangan yang melibatkan penyertaan universiti jemputan, termasuk Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Malaysia (USM) dan INTI International College Subang.

Pertandingan tersebut menjadi platform kepada mahasiswa untuk mengasah kemahiran berhujah, berfikir secara kritis dan membincangkan isu-isu ekonomi serta kewangan semasa. Pasukan dari INTI International College Subang muncul sebagai johan pertandingan dan menerima hadiah wang tunai serta sijil penghargaan.

The post AKSI 2026 Perkasa Literasi Kewangan Mahasiswa appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/aksi-2026-perkasa-literasi-kewangan-mahasiswa/feed/ 0
KMÿմapp Perkenal Inisiatif RM60,000, Perkukuh Kebajikan dan Pemerkasaan Mahasiswa ÿմapp /beritaukm/kmukm-perkenal-inisiatif-rm60000-perkukuh-kebajikan-dan-pemerkasaan-mahasiswa-ukm/ /beritaukm/kmukm-perkenal-inisiatif-rm60000-perkukuh-kebajikan-dan-pemerkasaan-mahasiswa-ukm/#respond Mon, 18 May 2026 08:33:34 +0000 /beritaukm/?p=4701 BANGI, 18 Mei 2026 – Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMÿմapp) memperkenalkan inisiatif pengurangan peruntukan manifesto kepimpinan daripada RM3,000 kepada RM1,500 bagi setiap portfolio sebagai usaha memperkukuh agenda kebajikan dan…

The post KMÿմapp Perkenal Inisiatif RM60,000, Perkukuh Kebajikan dan Pemerkasaan Mahasiswa ÿմapp appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
BANGI, 18 Mei 2026 – Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMÿմapp) memperkenalkan inisiatif pengurangan peruntukan manifesto kepimpinan daripada RM3,000 kepada RM1,500 bagi setiap portfolio sebagai usaha memperkukuh agenda kebajikan dan pembangunan mahasiswa ÿմapp.

Langkah tersebut membolehkan hampir RM60,000 dikumpulkan untuk disalurkan kepada beberapa inisiatif utama melibatkan bantuan kebajikan mahasiswa serta pemerkasaan pembangunan pelajar.

Antara bantuan yang diperkenalkan ialah bantuan one-off rumah sewa sebanyak RM20,000 kepada mahasiswa yang memerlukan, bantuan asas rumah sewa berjumlah RM5,000 dan Insentif Perkasa KITA Siswa bernilai RM35,000.

Insentif Perkasa KITA Siswa memberi fokus kepada sembilan domain pembangunan mahasiswa melibatkan aspek sukan, kesukarelawanan, kebajikan, kerohanian, keusahawanan, kebudayaan, inovasi, perpaduan dan kepimpinan.

Presiden KMÿմapp sesi 2025/2026, Muhammad Haikal Hamidi berkata, inisiatif tersebut diperkenalkan sebagai respons terhadap cabaran kos sara hidup dan isu penempatan yang dihadapi mahasiswa masa kini.

“KMÿմapp melihat keperluan untuk memastikan kebajikan mahasiswa terus diberi perhatian, khususnya bagi pelajar yang berdepan kekangan kewangan dan perlu menyewa di luar kampus.

Pengurangan dana manifesto ini dibuat bagi membolehkan lebihan dana dimanfaatkan secara terus kepada mahasiswa,” katanya.

Menurut beliau, KMÿմapp turut menggerakkan inisiatif “Menu Kasih Siswa” bersama pengusaha kafeteria di ÿմapp bagi menyediakan pilihan makanan pada kadar harga lebih minimum dan mesra mahasiswa.

Selain itu, KMÿմapp juga bekerjasama dengan Hal Ehwal Pelajar (HEP) ÿմapp dalam usaha membantu menjayakan projek Dapur Siswa bagi menyediakan ruang memasak yang lebih selesa kepada mahasiswa, termasuk usaha penyediaan bahan mentah asas kepada pelajar tertentu yang memerlukan.

Sementara itu, Penasihat KMÿմapp merangkap Timbalan Pengarah Kepimpinan Hal Ehwal Pelajar ÿմapp, Ts. Dr. Ahmad Firdhaus Arham menyifatkan pendekatan tersebut sebagai manifestasi kepimpinan mahasiswa yang matang, prihatin dan berpaksikan nilai kemanusiaan.

“Pendekatan ini menunjukkan mahasiswa bukan sahaja membawa idea dan suara mahasiswa, tetapi turut memainkan peranan aktif dalam membantu rakan-rakan yang memerlukan.

“Inisiatif seperti bantuan rumah sewa, Menu Kasih Siswa dan Dapur Siswa mencerminkan budaya kebersamaan dan kesejahteraan yang perlu terus diperkukuh dalam ekosistem kampus,” katanya.

Beliau berkata, usaha tersebut juga selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan, kesejahteraan dan tanggungjawab sosial dalam pembangunan masyarakat berilmu dan berdaya saing.

The post KMÿմapp Perkenal Inisiatif RM60,000, Perkukuh Kebajikan dan Pemerkasaan Mahasiswa ÿմapp appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/kmukm-perkenal-inisiatif-rm60000-perkukuh-kebajikan-dan-pemerkasaan-mahasiswa-ukm/feed/ 0
Program Profesor Pelawat Antarabangsa FEP Perkukuh Jaringan Akademik Global /beritaukm/program-profesor-pelawat-antarabangsa-fep-perkukuh-jaringan-akademik-global/ /beritaukm/program-profesor-pelawat-antarabangsa-fep-perkukuh-jaringan-akademik-global/#respond Mon, 18 May 2026 02:44:28 +0000 /beritaukm/?p=4685 Oleh Siti Noor Kamaliah Mat JusohFoto oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan BANGI, 3 Mei 2026 – Program Profesor Pelawat Antarabangsa Siri 1/2026 anjuran Pusat Pengajian Ekonomi (PPE), Fakulti Ekonomi dan…

The post Program Profesor Pelawat Antarabangsa FEP Perkukuh Jaringan Akademik Global appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Siti Noor Kamaliah Mat Jusoh
Foto oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

BANGI, 3 Mei 2026 – Program Profesor Pelawat Antarabangsa Siri 1/2026 anjuran Pusat Pengajian Ekonomi (PPE), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) menjadi platform bagi kerjasama akademik dan penyelidikan dengan institusi antarabangsa melalui perkongsian ilmu, kepakaran dan jaringan profesional.

Program ini menampilkan Profesor Dr. M. Ishaq Bhatti dari La Trobe University, Australia, dan Universiti Brunei Darussalam sebagai profesor pelawat, yang merupakan seorang tokoh akademik antarabangsa dalam bidang kewangan (kewangan Islam), ekonometrik kewangan dan analitik data kewangan.

Profesor Bhatti memiliki rekod akademik yang cemerlang dengan lebih daripada 200 penerbitan ilmiah merangkumi artikel jurnal, buku dan bab dalam buku yang diterbitkan dalam jurnal bereputasi serta diindeks dalam pangkalan data antarabangsa seperti Scopus dan Web of Science (WoS).

Selain itu, beliau juga aktif sebagai ahli lembaga editorial jurnal akademik serta penasihat dalam pelbagai inisiatif penyelidikan global.

Menurut Pengerusi PPE FEP, Prof. Madya Dr. Hairunnizam Wahid, pemilihan beliau sebagai Profesor Pelawat adalah berasaskan kepakaran serta sumbangan signifikan dalam bidang penyelidikan dan penerbitan ilmiah.

“Kehadiran beliau dijangka dapat memperkukuh perkongsian kepakaran dalam metodologi penyelidikan serta memperluas jaringan kerjasama penyelidikan antarabangsa, selaras dengan agenda pengantarabangsaan universiti,” katanya.

Program ini turut disokong melalui sesi wacana akademia-industri yang menghimpunkan pakar dalam bidang ekonomi dan pembangunan halal serta bengkel penyelidikan yang memberi pendedahan kepada pelajar siswazah dan ahli akademik muda dalam bidang penyelidikan.

“Program ini menyokong pembangunan kapasiti staf akademik serta memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar melalui pelbagai aktiviti ilmiah yang dianjurkan.

“Program ini dijangka memberi impak signifikan kepada fakulti dan pelajar, khususnya dalam meningkatkan kompetensi akademik, memperkasa penyelidikan dan penerbitan berimpak tinggi, serta memperkukuh reputasi fakulti di peringkat nasional dan antarabangsa,” jelas Prof. Madya Dr. Hairunnizam.

The post Program Profesor Pelawat Antarabangsa FEP Perkukuh Jaringan Akademik Global appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/program-profesor-pelawat-antarabangsa-fep-perkukuh-jaringan-akademik-global/feed/ 0
Kedai Oleh-Oleh ÿմapp Jadi Hab Pembekalan Produk Cenderamata Rasmi ÿմapp /beritaukm/kedai-oleh-oleh-ukm-jadi-hab-pembekalan-produk-cenderamata-rasmi-ukm/ /beritaukm/kedai-oleh-oleh-ukm-jadi-hab-pembekalan-produk-cenderamata-rasmi-ukm/#respond Fri, 15 May 2026 08:49:48 +0000 /beritaukm/?p=4677 Oleh Asmahanim AmirFoto Shahiddan Saidi BANGI, 12 Mei 2026 – Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) melancarkan Kedai Oleh-Oleh ÿմapp dalam mewujudkan sebuah hab pembekalan produk cenderamata rasmi ÿմapp. Timbalan Naib Canselor…

The post Kedai Oleh-Oleh ÿմapp Jadi Hab Pembekalan Produk Cenderamata Rasmi ÿմapp appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 12 Mei 2026 – Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) melancarkan Kedai Oleh-Oleh ÿմapp dalam mewujudkan sebuah hab pembekalan produk cenderamata rasmi ÿմapp.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Ts Dr Norinsan Kamil Othman berkata pembukaan Kedai Oleh-Oleh ÿմapp itu dapat memperkukuh penjenamaan ÿմapp serta meningkatkan keterlihatan produk rasmi universiti di dalam dan di luar negara, dengan membekalkan produk cenderamata berteraskan warisan alam Melayu serta elemen seni dan budaya tempatan.

“Kedai ini bukan sahaja menawarkan barangan cenderamata, tetapi menjadi platform memperkenalkan identiti ÿմapp kepada pelawat, alumni dan masyarakat umum.

“Saya amat menghargai kolaborasi bersama ATMA (Institut Alam dan Tamadun Melayu), yang membawa dimensi warisan, budaya dan falsafah Melayu ke dalam setiap produk yang ada di kedai ini,” katanya.

Tambah beliau, ATMA melalui kepakaran yang ada telah menyumbang kepada penghasilan produk-produk cenderamata yang bukan sahaja bernilai estetika, malah sarat dengan elemen seni, budaya dan falsafah Melayu yang tinggi nilainya.

Kolaborasi antara ATMA, ÿմapp Holdings Sdn Bhd dan ÿմapp Dagang Sdn Bhd itu mencerminkan satu pendekatan yang holistik di mana warisan tradisi tidak sekadar dipelihara, tetapi diolah dan diinovasikan agar selari dengan kehendak serta citarasa semasa.

“Kolaborasi ini juga adalah pendekatan yang tepat dengan ungkapan ”Warisan tidak sekadar dipelihara, tetapi diinovasikan. Kita mengekalkan akar budaya, sambil bergerak ke hadapan dengan nilai yang relevan.

“Lebih penting, kedai ini menjadi titik sentuh antara ÿմapp dan masyarakat kerana ia bukan sahaja menjual produk, tetapi menyampaikan cerita tentang siapa kita, tentang warisan kita dan tentang aspirasi masa depan ÿմapp,” jelasnya.

Katanya, beliau yakin, usaha ini akan terus berkembang dan menjadi model bagaimana universiti boleh mengimbangi komersialisasi dan pemeliharaan warisan secara mampan.

The post Kedai Oleh-Oleh ÿմapp Jadi Hab Pembekalan Produk Cenderamata Rasmi ÿմapp appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/kedai-oleh-oleh-ukm-jadi-hab-pembekalan-produk-cenderamata-rasmi-ukm/feed/ 0
ÿմapp Juara Piala Sumbangsih Liga Bola Sepak IPT 2026 /beritaukm/ukm-juara-piala-sumbangsih-liga-bola-sepak-ipt-2026/ /beritaukm/ukm-juara-piala-sumbangsih-liga-bola-sepak-ipt-2026/#respond Fri, 15 May 2026 05:35:21 +0000 /beritaukm/?p=4669 Oeh Pusat Sukan ÿմappFoto Ikhwan Hashim Pasukan Bola Sepak Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) terus membuktikan keunggulan apabila berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih Liga Bola Sepak IPT 2026 selepas menewaskan UiTM…

The post ÿմapp Juara Piala Sumbangsih Liga Bola Sepak IPT 2026 appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oeh Pusat Sukan ÿմapp
Foto Ikhwan Hashim

Pasukan Bola Sepak Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) terus membuktikan keunggulan apabila berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih Liga Bola Sepak IPT 2026 selepas menewaskan UiTM 3-1.

ÿմapp mendahului dengan jaringan minit awal perlawanan oleh penyerang prolifik, Izrin Ibrahim sebelum UiTM menyamakan kedudukan 1-1 sebelum tamat separuh masa pertama oleh penjaring gol Adim Muzahhir Azuan.

Separuh masa kedua, aksi terpuji anak buah Mohd Rafiq Roslan terus digandakan dengan jaringan gol kedua ÿմapp hasil sepakan deras Afiq Norizan di minit 61 perlawanan.

Dengan serangan bertali arus ÿմapp terus selesa dihadapan dengan sepakan cantik Afiq Norizan dari jarak 20 meter menewaskan penjaga gol Universiti Teknologi Mara sekaligus memuktamadkan keputusan perlawanan dengan 3-1.

Skuad ÿմapp mempamerkan permainan yang kemas, berdisiplin dan penuh semangat sepanjang perlawanan bagi memastikan trofi berprestij ini terus kekal milik ÿմapp.

Kemenangan ini membuktikan komitmen berterusan ÿմapp dalam pembangunan atlet serta kecemerlangan sukan universiti di peringkat tertinggi.

The post ÿմapp Juara Piala Sumbangsih Liga Bola Sepak IPT 2026 appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/ukm-juara-piala-sumbangsih-liga-bola-sepak-ipt-2026/feed/ 0
ÿմapp Semarakkan Budaya Ilmu Melalui Pesta Buku 2026, Perluas Akses Terbitan Ke Amazon /beritaukm/ukm-semarakkan-budaya-ilmu-melalui-pesta-buku-2026-perluas-akses-terbitan-ke-amazon/ /beritaukm/ukm-semarakkan-budaya-ilmu-melalui-pesta-buku-2026-perluas-akses-terbitan-ke-amazon/#respond Mon, 04 May 2026 07:24:50 +0000 /beritaukm/?p=4625 BANGI, 27 April 2026 – Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) melalui Penerbit ÿմapp terus menyemarakkan budaya ilmu menerusi penganjuran Pesta Buku ÿմapp (PESBÿմapp) kali ketiga di Dewan Canselor Tun Abdul Razak.…

The post ÿմapp Semarakkan Budaya Ilmu Melalui Pesta Buku 2026, Perluas Akses Terbitan Ke Amazon appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
BANGI, 27 April 2026 – Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) melalui Penerbit ÿմapp terus menyemarakkan budaya ilmu menerusi penganjuran Pesta Buku ÿմapp (PESBÿմapp) kali ketiga di Dewan Canselor Tun Abdul Razak.

Dalam usaha memperluaskan akses pembaca ke peringkat antarabangsa, Penerbit ÿմapp turut memperkenalkan platform Amazon sebagai salah satu saluran jualan buku terbitannya.

Pengarah Penerbit ÿմapp, Prof. Madya Dr. Jemaima Che Hamzah berkata langkah ini selaras dengan Pelan Strategik TEKAD 57 ÿմapp bagi memastikan kepakaran dan hasil penyelidikan warga universiti dapat memberi impak pada peringkat global.

 “PESBÿմapp kini mula mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama yang mempunyai tarikan pasaran tersendiri dan mendapat perhatian positif daripada rakan industri.

“Pesta Buku ÿմapp 2026 telah berjaya menarik penyertaan lebih daripada 45 pempamer yang terdiri daripada ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) dan penerbit swasta,” katanya.

Tambahnya, penganjuran PESBÿմapp ini bertujuan untuk memupuk dan memperkasakan budaya membaca serta menyuburkan kecintaan terhadap ilmu dalam kalangan warga universiti dan masyarakat umum.

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr. Ismanizan Ismail.

Dalam ucapan perasmiannya, Profesor Dr. Ismanizan menekankan bahawa hasil penyelidikan warga universiti tidak sepatutnya terhenti di menara gading sahaja tetapi perlu dikongsi bagi membantu menyelesaikan masalah dan cabaran dalam masyarakat, industri dan negara.

Beliau turut menegaskan bahawa ilmu yang diperoleh daripada pembacaan perlu ditafsir dan diterjemahkan kepada tindakan dan sumbangan yang bermakna dalam usaha melahirkan modal insan yang progresif serta berdaya saing.

Melalui Pesta Buku ÿմapp 2026, ÿմapp berharap dapat memajukan industri perbukuan tempatan dan terus menjadi wadah utama yang menghubungkan pelbagai pihak dalam ekosistem ilmu negara.

The post ÿմapp Semarakkan Budaya Ilmu Melalui Pesta Buku 2026, Perluas Akses Terbitan Ke Amazon appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/ukm-semarakkan-budaya-ilmu-melalui-pesta-buku-2026-perluas-akses-terbitan-ke-amazon/feed/ 0
ÿմapp Raih Pingat di AHIN 2026, Satu-satunya Finalis IPT Kategori Organisasi Terunggul /beritaukm/ukm-raih-pingat-di-ahin-2026-satu-satunya-finalis-ipt-kategori-organisasi-terunggul/ /beritaukm/ukm-raih-pingat-di-ahin-2026-satu-satunya-finalis-ipt-kategori-organisasi-terunggul/#respond Mon, 04 May 2026 03:34:28 +0000 /beritaukm/?p=4621 Oleh Murniati KarimFoto Izwan Azman KUALA LUMPUR, 30 April 2026 — Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) menerima Anugerah Organisasi Terunggul (Pengurusan Harta Intelek Terbaik) pada Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2026…

The post ÿմapp Raih Pingat di AHIN 2026, Satu-satunya Finalis IPT Kategori Organisasi Terunggul appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Murniati Karim
Foto Izwan Azman

KUALA LUMPUR, 30 April 2026 — Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) menerima Anugerah Organisasi Terunggul (Pengurusan Harta Intelek Terbaik) pada Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2026 (AHIN) yang dianjurkan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Pencapaian ini meletakkan ÿմapp sebagai satu-satunya institusi pengajian tinggi (IPT) yang tersenarai sebagai finalis bagi kategori tersebut yang dianugerahkan pingat Perak. Dalam kategori yang sama, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) merangkul pingat emas dan syarikat animasi Monsta Sdn Bhd memperoleh pingat gangsa.

Pengarah Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI-ÿմapp), Prof. Dr. Sawal Hamid Md Ali berkata penganugerahan ini menunjukkan komitmen berterusan ÿմapp dalam pengurusan harta intelek dan keupayaan untuk mengkomersialkan teknologi kepada pasaran dan industri.

“Dalam sesi pembentangan kepada MyIPO, kami mengetengahkan pelbagai inisiatif dan program yang dilaksanakan bagi memastikan hasil penyelidikan universiti mampu menembusi pasaran dan memberi impak kepada industri serta masyarakat.

“Penilaian bagi anugerah ini merangkumi keseluruhan ekosistem pengurusan inovasi, bermula daripada proses pendaftaran harta intelek sehinggalah kepada usaha peningkatan nilai dan penskalaan ke arah pengkomersialan.

“Aspek yang dinilai termasuk keupayaan institusi dalam mengurus pendaftaran harta intelek secara sistematik, memperkasa hasil penyelidikan melalui program pembangunan kapasiti serta memastikan inovasi yang dihasilkan dapat diterjemahkan kepada produk atau teknologi yang berpotensi untuk dipasarkan,” katanya.

Selain itu, Profesor dan Pakar Perunding Kanan Ortopedik Hospital Canselor Tuanku Muhriz ÿմapp, Prof. Dr. Mohd Yazid Bajuri turut meraih pingat gangsa bagi Anugerah Wira Inovatif (Paten) menerusi produk MyB Prosthetic Limb.

Menurut beliau, MyB Prosthetic Limb merupakan inovasi dalam bidang prostetik dan ortotik yang direka khusus untuk individu dengan amputasi bawah lutut melalui syarikat pemula, MyB Innovation Sdn. Bhd.

“Prostetik ini dilengkapi dengan fungsi pergerakan pada sendi buku lali bagi membolehkan pergerakan yang lebih fleksibel dan semula jadi.

“Dengan adanya fungsi ini, pengguna lebih mudah melakukan pergerakan di lantai sama ada untuk solat, yoga dan aktiviti harian lain

“Saya berharap agar produk ini dapat sampai ke masyarakat dan memberi manfaat yang terbaik, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara,” katanya.

Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

The post ÿմapp Raih Pingat di AHIN 2026, Satu-satunya Finalis IPT Kategori Organisasi Terunggul appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/ukm-raih-pingat-di-ahin-2026-satu-satunya-finalis-ipt-kategori-organisasi-terunggul/feed/ 0