每日大赛app

Keselamatan dan Keamanan Alam Siber Perlu diberi Perhatian Serius Seiring Perkembangan Teknologi

Oleh Melor Suria Minhat
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 3 Jun 2026 鈥 Keselamatan dan keamanan alam siber perlu diberi perhatian serius bagi memastikan kesejahteraan masyarakat digital terus terpelihara seiring perkembangan teknologi yang semakin kompleks dan meluas penggunaannya.

Profesor di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Prof. Dr. Zarina Shukur berkata, pelbagai aktiviti harian masyarakat kini telah bersepadu dengan alam siber termasuk urusan komunikasi, ekonomi, pendidikan dan pengoperasian sektor kritikal negara.

鈥淜eamanan alam siber bukan lagi satu pilihan, tetapi keperluan utama bagi memastikan masyarakat dapat hidup dan berinteraksi secara selamat dalam dunia digital yang semakin kompleks,鈥 katanya semasa menyampaikan Syarahan Perdana bertajuk Mencapai Keamanan di Alam Siber di Bilik Senat, baru-baru ini.

Beliau berkata, pembinaan keamanan alam siber perlu dibangunkan berasaskan kerangka keselamatan yang menyeluruh melibatkan teknologi, manusia dan urus tadbir.

Menurutnya, terdapat empat prinsip utama dalam keselamatan siber iaitu kerahsiaan (confidentiality), keutuhan (integrity), ketersediaan (availability) dan persendirian (privacy) yang menjadi asas dalam memastikan keselamatan ekosistem digital.

Katanya, aspek kerahsiaan penting bagi memastikan hanya pemilik sah dapat mengakses data mereka melalui penggunaan teknologi seperti kriptografi bagi melindungi maklumat sensitif.

鈥淜eutuhan pula memastikan data tidak diubah suai secara tidak sah terutama dalam sistem kritikal seperti pengundian dalam talian dan sistem industri yang boleh memberi kesan kepada ekonomi sekiranya berlaku gangguan,鈥 katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa aspek ketersediaan amat penting bagi memastikan perkhidmatan digital sentiasa boleh diakses tanpa gangguan memandangkan kegagalan sistem kritikal seperti tenaga dan pengangkutan boleh mengancam keselamatan pengguna.

Selain itu, isu persendirian juga perlu diberi perhatian khusus bagi melindungi data peribadi pengguna termasuk rekod kesihatan dan maklumat sensitif dalam ekosistem digital.

Dalam pada itu, beliau berkata faktor manusia masih menjadi cabaran utama dalam keselamatan siber kerana pengguna mudah terdedah kepada serangan seperti pancingan data (phishing) dan manipulasi kejuruteraan sosial.

鈥淢anusia merupakan komponen penting dalam alam siber kerana kelemahan manusia sering menjadi ruang kepada serangan kejuruteraan sosial. Oleh itu, pengukuhan modal insan dan latihan keselamatan siber perlu dilaksanakan secara berterusan,鈥 katanya.

Tambah beliau organisasi juga perlu memperkukuh program kesedaran keselamatan siber selain memperketat dasar keselamatan bagi mengurangkan risiko ancaman digital.

Selain itu, beliau turut mencadangkan penubuhan lebih banyak pasukan pengaman siber melalui latihan berterusan kepada generasi muda dan golongan profesional bagi memastikan keselamatan siber negara terus diperkasa selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Prof. Dr. Zarina merupakan Profesor dalam bidang Pengujian dan Penentusahan Perisian dengan kepakaran khusus dalam keselamatan siber dan penentusahan ciri keselamatan perisian. Sepanjang kerjaya akademiknya, beliau telah menghasilkan lebih 200 penerbitan saintifik serta mengetuai pelbagai projek penyelidikan nasional dan antarabangsa.

Leave a Reply