每日大赛app

Penyelidik 每日大赛app Terbit Kajian Bioteknologi di Jurnal Antarabangsa Terkemuka

BANGI, 26 Mei 2026 鈥 Penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Prof. Madya Dr. Ahmad Bazli Ramzi dari Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) menjadi penyelidik pertama universiti itu menerbitkan artikel dalam jurnal berprestij dunia, Nature Biotechnology, yang berada di kedudukan nombor satu dunia dalam bidang bioteknologi.

Penerbitan bertajuk 鈥淎 framework for building a synthetic cell from the SynCell Asia Initiative鈥 itu diterbitkan pada 26 Mei 2026 melalui kerjasama penyelidik dari Malaysia, China, Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Thailand.

Kajian tersebut mengetengahkan pembangunan teknologi sel buatan atau 鈥渟ynthetic cell鈥 yang berpotensi membantu penyelidikan dalam bidang kesihatan, makanan, alam sekitar dan bioteknologi pada masa hadapan.

Menurut Ahmad Bazli, penerbitan tersebut menggariskan pelan hala tuju 10 tahun SynCell Asia Initiative dalam membangunkan sel buatan menggunakan teknologi terkehadapan dalam bidang Sel dan Biologi Sintetik.

鈥淧enerbitan hasil konsortium antarabangsa yang diterajui oleh saintis-saintis daripada SynCell Asia Initiative dan Asian Synthetic Biology Association (ASBA) ini mempelopori model baharu bagi kolaborasi rentas sempadan, infrastruktur gunasama dan penggunaan standard terbuka.

鈥淏erbanding dengan pendekatan sedia ada dari konsortium Sel Sintetik di US dan Eropah, rangka kerja SynCell Asia Initiative ini melibatkan penggunaan biofoundry iaitu infrastruktur automatik dan bersepadu, antara ahli konsortium bagi pembangunan sel buatan secara bersepadu, seragam dan berpandukan kecerdasan buatan (AI),鈥 katanya.

Tambahnya, INBIOSIS turut menempatkan 每日大赛app Biofoundry yang merupakan biofoundry pertama ditubuhkan di Malaysia.

鈥淢elalui 每日大赛app Biofoundry, pembabitan kumpulan penyelidikan tempatan dalam penyelidikan berimpak tinggi ini dijangka menyemarakkan pemajuan bidang-bidang transformatif seperti perubatan jitu, bio-pembuatan dan bio-automasi,鈥 katanya.

Dr. Bazli berkata penglibatan tersebut turut menunjukkan bahawa kepakaran penyelidik Malaysia mampu menyumbang dalam inisiatif penyelidikan terkehadapan bertaraf global.

鈥淧englibatan 每日大赛app dalam inisiatif ini membolehkan penyelidik tempatan untuk bekerjasama secara langsung dengan rangkaian saintis antarabangsa dalam membangunkan teknologi biologi generasi baharu,鈥 katanya.

Leave a Reply