Pelajar Archives - Berita ÿմapp /beritaukm/category/pelajar/ Portal Berita Universiti Kebangsaan Malaysia Fri, 05 Jun 2026 02:06:32 +0000 en-US hourly 1 Pelajar FSK Santuni Pesakit Kanser Kanak-Kanak /beritaukm/pelajar-fsk-santuni-pesakit-kanser-kanak-kanak/ /beritaukm/pelajar-fsk-santuni-pesakit-kanser-kanak-kanak/#respond Fri, 05 Jun 2026 02:06:30 +0000 /beritaukm/?p=4745 Oleh Siti Hajar Zuber dan Hilman Hanif HardiraFoto oleh Faizah Maisarah Sudirman CHERAS 3 Jun 2026 – Sekumpulan pelajar dari Program Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti…

The post Pelajar FSK Santuni Pesakit Kanser Kanak-Kanak appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Siti Hajar Zuber dan Hilman Hanif Hardira
Foto oleh Faizah Maisarah Sudirman

CHERAS 3 Jun 2026 – Sekumpulan pelajar dari Program Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) menyantuni pesakit kanser kanak-kanak bersama ahli keluarga melalui program Hari Interaksi Pelajar Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi, baru-baru ini.

Program yang diadakan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) melalui kerjasama strategik bersama Ronald McDonald Charity House dan Lions Club Tropicana Elite diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar memahami pengalaman emosi pesakit kanser kanak-kanak dengan memupuk nilai empati, keprihatinan dan kasih sayang, serta meningkatkan kesedaran bahawa rawatan kanser memerlukan sokongan emosi selain rawatan klinikal.

Pengurus Ronald McDonald Charity House, Idayu Mufti berkata program itu memberi makna yang besar kepada pesakit dan ahli keluarga kerana ia bukan sahaja menceriakan kanak-kanak, malah memberi sokongan emosi kepada ibu bapa yang sedang melalui cabaran besar dalam kehidupan.

“Kehadiran para pelajar dengan pendekatan yang penuh empati dan kasih sayang berjaya mewujudkan suasana yang ceria serta memberi semangat positif kepada kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan,” katanya.

Beliau berkata melalui interaksi secara langsung bersama pesakit pediatrik, pelajar juga dapat memahami bahawa proses rawatan kanser bukan sekadar melibatkan prosedur klinikal dan penggunaan teknologi perubatan, tetapi turut memerlukan sokongan emosi, komunikasi yang baik serta layanan penuh empati daripada petugas kesihatan.

“Pengalaman ini memberi kesedaran kepada pelajar bahawa pesakit kanak-kanak sering berdepan tekanan emosi, keletihan fizikal dan perubahan rutin kehidupan yang memberi kesan besar kepada kesejahteraan mental mereka serta ahli keluarga,” ujarnya.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai pengisian santai dan bermakna telah dijalankan antaranya sesi senamrobik ringan, aktiviti seni menghias dan melukis bekas pensel, penulisan surat penghargaan kepada ibu dan bapa serta sesi interaksi mesra bersama keluarga pesakit.

Program yang dianjurkan bersempena projek bagi kursus Prosedur Radioterapi itu berjaya membuka mata dan memberi peluang kepada para pelajar untuk mendalami secara dekat pengalaman interaksi emosi bersama kanak-kanak kanser yang dekat di hati masyarakat.

Penglibatan secara langsung ini turut memupuk nilai empati, keprihatinan dan kasih sayang dalam kalangan bakal pengamal kesihatan.

Program ini juga selari dengan aspirasi Sustainable Development Goals (SDG), khususnya SDG 3: Good Health and Well-being dan SDG 17: Partnerships for the Goals melalui kerjasama antara institusi pendidikan dan badan bukan kerajaan dalam memperkukuh kesejahteraan komuniti.

The post Pelajar FSK Santuni Pesakit Kanser Kanak-Kanak appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/pelajar-fsk-santuni-pesakit-kanser-kanak-kanak/feed/ 0
Aktif Berpersatuan, Pelajar Fakulti Pendidikan ÿմapp dinobatkan Sebagai Tokoh Siswa ÿմapp 2025 /beritaukm/aktif-berpersatuan-pelajar-fakulti-pendidikan-ukm-dinobatkan-sebagai-tokoh-siswa-ukm-2025/ /beritaukm/aktif-berpersatuan-pelajar-fakulti-pendidikan-ukm-dinobatkan-sebagai-tokoh-siswa-ukm-2025/#respond Fri, 22 May 2026 07:08:41 +0000 /beritaukm/?p=4724 BANGI, 22 Mei 2026 – Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp), Muhammad Haikal Hamidi diumumkan sebagai Tokoh Siswa ÿմapp 2025, pada majlis Anugerah Tokoh Siswa ÿմapp 2025, sekali gus…

The post Aktif Berpersatuan, Pelajar Fakulti Pendidikan ÿմapp dinobatkan Sebagai Tokoh Siswa ÿմapp 2025 appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
BANGI, 22 Mei 2026 – Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp), Muhammad Haikal Hamidi diumumkan sebagai Tokoh Siswa ÿմapp 2025, pada majlis Anugerah Tokoh Siswa ÿմapp 2025, sekali gus meletakkan beliau sebagai antara wajah kepimpinan mahasiswa paling menyerlah di universiti berkenaan.

Muhammad Haikal yang merupakan Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMÿմapp) sesi 2025/2026 diangkat sebagai tokoh siswa berdasarkan pencapaian cemerlang beliau dalam kepimpinan, penglibatan organisasi, keterlihatan mahasiswa serta sumbangan berterusan kepada komuniti kampus dan negara.

Menurutnya, anugerah tersebut bukanlah satu noktah kejayaan, sebaliknya permulaan kepada tanggungjawab yang lebih besar untuk terus membawa suara mahasiswa dengan matang, beradab dan berkesan.

“Anugerah ini bukan sekadar kemenangan peribadi, tetapi satu amanah besar untuk saya terus berkhidmat kepada mahasiswa.

“Kepimpinan bukan hanya tentang jawatan atau kedudukan, tetapi tentang keberanian untuk mendengar, memahami dan menyelesaikan isu yang dekat dengan kehidupan pelajar,” katanya yang turut memegang pelbagai jawatan termasuk Ketua Eksekutif Kolej Pendeta Za’aba 2024/2025, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ÿմapp 2025/2026, Ketua Pemudah Cara Minggu Mesra Mahasiswa 2025/2026 serta Biro Kebajikan Majlis Persatuan Pelajar Kebangsaan 2025/2026.

Selain itu, beliau turut mewakili ÿմapp dan Malaysia ke Global Student Leadership Summit 2026, yang membuktikan bahawa mahasiswa ÿմapp bukan sahaja menyerlah di peringkat universiti, malah mampu membawa imej kepimpinan negara ke pentas antarabangsa.

Beliau berkata, pengalaman memimpin pelbagai organisasi mahasiswa membentuk dirinya untuk lebih memahami makna sebenar kepimpinan yang berpaksikan khidmat, empati dan tanggungjawab sosial.

“Saya percaya setiap mahasiswa mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin. Yang penting, kita berani melangkah, berani memikul amanah dan tidak melihat kepimpinan sebagai keistimewaan, tetapi sebagai ruang untuk memberi manfaat kepada orang lain,” katanya.

Bertemakan “Songket dan Tradisi”, majlis tersebut turut mengiktiraf dua mahasiswa orang kurang upaya (OKU) apabila Muhammad Nur Amjadh Asabdeen dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) menerima Anugerah Tokoh Inklusif Siswa dan Tan Guan You dari Fakulti Undang-Undang (FUU) menerima Anugerah Tokoh Tengku Ampuan Afzan.

Kejayaan kedua-dua mahasiswa itu mencuri tumpuan kerana mereka bukan sahaja berjaya membuktikan kemampuan diri, malah tampil sebagai simbol ketabahan, keberanian dan semangat inklusif yang menjadi tunjang kepada pembangunan mahasiswa di ÿմapp.

Pengiktirafan kepada mahasiswa OKU itu juga memperlihatkan komitmen ÿմapp dalam membina ekosistem pendidikan tinggi yang lebih adil, menyantuni kepelbagaian dan memberi ruang kepada semua pelajar untuk menyerlah berdasarkan kekuatan serta potensi masing-masing.

Sementara itu, Pengarah Program Anugerah Tokoh Siswa ÿմapp 2025 merangkap Timbalan Pengarah Kepimpinan, Pusat Hal Ehwal Pelajar ÿմapp, Ts. Dr. Ahmad Firdhaus Arham berkata anugerah itu dirangka sebagai platform pengiktirafan yang menyeluruh terhadap kemenjadian mahasiswa.

Menurut beliau, penilaian tidak dibuat secara permukaan atau sekadar melihat jawatan yang disandang, sebaliknya menilai sejauh mana seseorang mahasiswa atau organisasi mampu memberi kesan sebenar kepada universiti, komuniti dan masyarakat.

“Penjurian Anugerah Tokoh Siswa ÿմapp 2025 dilaksanakan secara holistik dengan mengambil kira peranan, impak, kepimpinan, pengiktirafan, keberkesanan penganjuran program, keupayaan membina jaringan, penjanaan dana serta keterlihatan mahasiswa di pelbagai peringkat,” katanya.

Beliau berkata, bagi kategori individu, penilaian memberi penekanan kepada peranan dan impak calon melalui penganjuran program terbaik, jawatan yang disandang, peringkat penganjuran, kelestarian, penajaan dana, kolaborasi jaringan serta penglibatan dalam program di pelbagai peringkat.

“Kita mahu memastikan anugerah ini benar-benar mencerminkan nilai kepimpinan yang hidup. Mahasiswa yang diraikan bukan sahaja aktif, tetapi mempunyai keupayaan untuk menggerakkan pasukan, membina jaringan, menyelesaikan masalah dan mencipta perubahan,” katanya.

Sebanyak 22 anugerah dipertandingkan dalam edisi kali ini, merangkumi empat anugerah utama, dengan keseluruhan pengiktirafan melibatkan empat kategori berkumpulan dan 18 kategori individu.

The post Aktif Berpersatuan, Pelajar Fakulti Pendidikan ÿմapp dinobatkan Sebagai Tokoh Siswa ÿմapp 2025 appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/aktif-berpersatuan-pelajar-fakulti-pendidikan-ukm-dinobatkan-sebagai-tokoh-siswa-ukm-2025/feed/ 0
Pelajar Bioperubatan Menang Anugerah Keusahawanan KPT Melalui Perniagaan Tudung /beritaukm/pelajar-bioperubatan-menang-anugerah-keusahawanan-kpt-melalui-perniagaan-tudung/ /beritaukm/pelajar-bioperubatan-menang-anugerah-keusahawanan-kpt-melalui-perniagaan-tudung/#respond Fri, 22 May 2026 07:01:35 +0000 /beritaukm/?p=4720 Oleh Asmahanim Amir dan Raja Nur Aina Raja Hussain ShahFoto Izwan Azman BANGI, 22 Mei 2026 – Walaupun belajar dalam bidang bioperubatan, pelajar Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp),…

The post Pelajar Bioperubatan Menang Anugerah Keusahawanan KPT Melalui Perniagaan Tudung appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Asmahanim Amir dan Raja Nur Aina Raja Hussain Shah
Foto Izwan Azman

BANGI, 22 Mei 2026 – Walaupun belajar dalam bidang bioperubatan, pelajar Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp), Nur Adriyana Fazli bergerak aktif dalam perniagaan tudung sehingga dinobatkan sebagai juara kategori Syarikat Pemula Pelajar Terbaik di Majlis Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi 2025 (AKKPT 2025), baru-baru ini.

Nur Adriyana yang merupakan pelajar tahun empat memulakan perniagaan tudung melalui syarikat pemula Avelia Scarves pada tahun 2021 ketika mula bergelar pelajar di ÿմapp.

“Saya memang minat dunia branding, content creation dan cara sesuatu jenama boleh memberi kesan kepada orang lain. Jadi, saya mulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan sahaja.

“Dalam masa yang sama, saya nampak ramai wanita muda mahukan tudung yang cantik dan berkualiti dengan harga mampu milik. Dari situ saya mula belajar sendiri dengan bantuan ayah dan keluarga tentang bisnes, pemasaran dan pengurusan jenama sambil belajar di ÿմapp,” katanya.

Beliau berkata perjalanan perniagaannya tidak mudah kerana dia bermula tanpa mentor, tanpa pengalaman bisnes dan masih ragu-ragu dengan diri sendiri.

“Tapi ÿմapp banyak membuka peluang untuk saya belajar tentang keusahawanan dan perlahan-lahan saya mula yakin dan serius membangunkan Avelia,” tambahnya.

Kata Nur Adriyana, walaupun bidang akademiknya lebih kepada sains dan kesihatan, tetapi dia percaya minat dan potensi seseorang tak semestinya terhad pada satu bidang sahaja.

“Saya lihat Avelia sebagai ruang kreatif saya, tempat saya gabungkan minat terhadap branding, komunikasi dan pembangunan komuniti.

“Sebenarnya belajar dalam bidang sains juga banyak membantu saya dari segi disiplin, pengurusan masa dan cara berfikir secara sistematik dalam mengurus perniagaan,” katanya yang berhasrat untuk menyambung pengajian penyelidikan dalam kesihatan sambil menguruskan perniagaan Avelia sepenuh masa apabila tamat belajar nanti.

Bercerita tentang pembinaan perniagaan tudung tersebut, beliau berkata syarikatnya pernah melalui fasa yang sangat perlahan, terutamanya ketika perlu lebih fokus kepada pelajaran.

“Tetapi bagi saya, fasa itu sangat penting kerana di situlah saya belajar tentang ketahanan, disiplin dan kepentingan untuk terus kekal kreatif walaupun dalam keadaan yang mencabar.

ٱ student entrepreneur, saya belajar bahawa untuk terus bertahan, kita bukan sahaja perlukan strategi, tetapi juga kemampuan untuk sentiasa menyesuaikan diri dan mencari cara baharu untuk berkembang,” ujarnya.

Tambah Nur Adriyana, tahun 2026 menjadi satu permulaan baharu untuk Avelia, lebih-lebih lagi dengan bantuan Geran Keusahawanan KPT yang banyak membantu dari segi pemasaran, pembangunan operasi dan pengukuhan jenama.

“Dengan sokongan ini, kami mula bergerak dengan lebih serius ke arah operasi full-time, bukan sahaja untuk mengembangkan Avelia sebagai jenama, tetapi juga untuk terus memberi impak sosial melalui komuniti dan peluang kepada anak muda,” katanya.

Sepanjang perjalanan perniagaan itu, katanya Avelia berjaya memasuki hampir 13 universiti tempatan dan luar negara melalui reruai, kolaborasi dan aktiviti keusahawanan seperti di ÿմapp, Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA dan University of Manchester.

“Selain itu, kami turut membuka peluang keusahawanan kecil-kecilan secara bermusim kepada pelajar universiti untuk sama-sama belajar dan menjana pendapatan bersama Avelia,” katanya.

Sebagai pelajar keusahawanan, beliau berkata pembahagian masa antara belajar dan berniaga adalah antara cabaran terbesar.

“Ada masa saya perlu mengurus assignment, sesi makmal dan peperiksaan, dan pada hari yang sama juga perlu handle customer, siapkan content dan menjaga booth event.

“Saya banyak belajar untuk menyusun keutamaan dan cuba selesaikan satu per satu sebaik mungkin supaya saya tidak terlalu panik atau DZɳ,” katanya.

Ujarnya, dia bersyukur kerana perjalanan itu akhirnya membawanya memenangi tempat pertama bagi kategori yang dipertandingkan dan menerima pelbagai peluang daripada ÿմapp dan KPT.

“Bagi saya, pencapaian itu bukan sekadar tentang bisnes, tapi bukti bahawa pelajar juga mampu membina sesuatu yang bermakna walaupun bermula kecil dan penuh keraguan,” katanya.

Seorang lagi pelajar ÿմapp dari Fakulti Pengajian Islam, Nor Farhatul Fairuzah Panut turut menerima pengiktirafan atas sumbangan dan pencapaian beliau melalui  kategori Platform Digital Graduan Terbaik.

Nor Farhatul Fairuzah merupakan tokoh muda yang tersohor dalam bidang tilawah Al-Quran dan pernah mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai Johan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa pada tahun 2019.

The post Pelajar Bioperubatan Menang Anugerah Keusahawanan KPT Melalui Perniagaan Tudung appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/pelajar-bioperubatan-menang-anugerah-keusahawanan-kpt-melalui-perniagaan-tudung/feed/ 0
AKSI 2026 Perkasa Literasi Kewangan Mahasiswa /beritaukm/aksi-2026-perkasa-literasi-kewangan-mahasiswa/ /beritaukm/aksi-2026-perkasa-literasi-kewangan-mahasiswa/#respond Tue, 19 May 2026 01:50:17 +0000 /beritaukm/?p=4705 Oleh Ruzanna Ab RazakFoto Irfan Halim BANGI, 6 MEI 2026 – Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) terus memperkukuh agenda literasi kewangan mahasiswa melalui penganjuran Arena Kewangan…

The post AKSI 2026 Perkasa Literasi Kewangan Mahasiswa appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Ruzanna Ab Razak
Foto Irfan Halim

BANGI, 6 MEI 2026 – Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) terus memperkukuh agenda literasi kewangan mahasiswa melalui penganjuran Arena Kewangan Siswa Intervarsiti (AKSI) AKPK 2026 baru-baru ini.

Program dianjurkan secara kolaboratif oleh Kelab Tunas AKPK dan Kelab Pengurusan di bawah naungan Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (PMFEP), dengan sokongan strategik rakan industri dan penyertaan universiti jemputan.

AKSI 2026 menghimpunkan pelbagai pengisian yang memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang pengurusan kewangan, teknologi kewangan dan pendekatan pembelajaran interaktif.

Menurut pensyarah FEP yang menubuhkan Kelab Tunas AKPK di bawah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) FEP, Dr. Masrina Nadia Mohd Salleh, penubuhan kelab itu bertujuan memperkukuh literasi kewangan belia melalui pendekatan yang lebih dekat dengan tingkah laku generasi masa kini.

“VESPID dan UnBound menjadi rakan strategik penting kerana masing-masing menawarkan platform gamified yang terbukti mampu meningkatkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran kewangan,” katanya.

Kemuncak program menyaksikan perasmian Kelab Tunas AKPK FEP ÿմapp yang disempurnakan oleh Dekan FEP, Prof. Dr. Mohd Azlan Shah Zaidi. Perasmian itu menandakan langkah penting FEP dalam memperkukuh peranan mahasiswa sebagai duta kecil literasi kewangan di peringkat universiti.

Majlis turut menyaksikan penyerahan watikah pelantikan kepada barisan kepimpinan Kelab Tunas AKPK FEP ÿմapp sebagai simbol komitmen mahasiswa untuk menggerakkan program kesedaran kewangan secara lebih aktif, tersusun dan dekat dengan keperluan generasi muda.

Program ini turut dimeriahkan dengan Pertandingan Debat Khas Kewangan yang melibatkan penyertaan universiti jemputan, termasuk Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Malaysia (USM) dan INTI International College Subang.

Pertandingan tersebut menjadi platform kepada mahasiswa untuk mengasah kemahiran berhujah, berfikir secara kritis dan membincangkan isu-isu ekonomi serta kewangan semasa. Pasukan dari INTI International College Subang muncul sebagai johan pertandingan dan menerima hadiah wang tunai serta sijil penghargaan.

The post AKSI 2026 Perkasa Literasi Kewangan Mahasiswa appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/aksi-2026-perkasa-literasi-kewangan-mahasiswa/feed/ 0
KMÿմapp Perkenal Inisiatif RM60,000, Perkukuh Kebajikan dan Pemerkasaan Mahasiswa ÿմapp /beritaukm/kmukm-perkenal-inisiatif-rm60000-perkukuh-kebajikan-dan-pemerkasaan-mahasiswa-ukm/ /beritaukm/kmukm-perkenal-inisiatif-rm60000-perkukuh-kebajikan-dan-pemerkasaan-mahasiswa-ukm/#respond Mon, 18 May 2026 08:33:34 +0000 /beritaukm/?p=4701 BANGI, 18 Mei 2026 – Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMÿմapp) memperkenalkan inisiatif pengurangan peruntukan manifesto kepimpinan daripada RM3,000 kepada RM1,500 bagi setiap portfolio sebagai usaha memperkukuh agenda kebajikan dan…

The post KMÿմapp Perkenal Inisiatif RM60,000, Perkukuh Kebajikan dan Pemerkasaan Mahasiswa ÿմapp appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
BANGI, 18 Mei 2026 – Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMÿմapp) memperkenalkan inisiatif pengurangan peruntukan manifesto kepimpinan daripada RM3,000 kepada RM1,500 bagi setiap portfolio sebagai usaha memperkukuh agenda kebajikan dan pembangunan mahasiswa ÿմapp.

Langkah tersebut membolehkan hampir RM60,000 dikumpulkan untuk disalurkan kepada beberapa inisiatif utama melibatkan bantuan kebajikan mahasiswa serta pemerkasaan pembangunan pelajar.

Antara bantuan yang diperkenalkan ialah bantuan one-off rumah sewa sebanyak RM20,000 kepada mahasiswa yang memerlukan, bantuan asas rumah sewa berjumlah RM5,000 dan Insentif Perkasa KITA Siswa bernilai RM35,000.

Insentif Perkasa KITA Siswa memberi fokus kepada sembilan domain pembangunan mahasiswa melibatkan aspek sukan, kesukarelawanan, kebajikan, kerohanian, keusahawanan, kebudayaan, inovasi, perpaduan dan kepimpinan.

Presiden KMÿմapp sesi 2025/2026, Muhammad Haikal Hamidi berkata, inisiatif tersebut diperkenalkan sebagai respons terhadap cabaran kos sara hidup dan isu penempatan yang dihadapi mahasiswa masa kini.

“KMÿմapp melihat keperluan untuk memastikan kebajikan mahasiswa terus diberi perhatian, khususnya bagi pelajar yang berdepan kekangan kewangan dan perlu menyewa di luar kampus.

Pengurangan dana manifesto ini dibuat bagi membolehkan lebihan dana dimanfaatkan secara terus kepada mahasiswa,” katanya.

Menurut beliau, KMÿմapp turut menggerakkan inisiatif “Menu Kasih Siswa” bersama pengusaha kafeteria di ÿմapp bagi menyediakan pilihan makanan pada kadar harga lebih minimum dan mesra mahasiswa.

Selain itu, KMÿմapp juga bekerjasama dengan Hal Ehwal Pelajar (HEP) ÿմapp dalam usaha membantu menjayakan projek Dapur Siswa bagi menyediakan ruang memasak yang lebih selesa kepada mahasiswa, termasuk usaha penyediaan bahan mentah asas kepada pelajar tertentu yang memerlukan.

Sementara itu, Penasihat KMÿմapp merangkap Timbalan Pengarah Kepimpinan Hal Ehwal Pelajar ÿմapp, Ts. Dr. Ahmad Firdhaus Arham menyifatkan pendekatan tersebut sebagai manifestasi kepimpinan mahasiswa yang matang, prihatin dan berpaksikan nilai kemanusiaan.

“Pendekatan ini menunjukkan mahasiswa bukan sahaja membawa idea dan suara mahasiswa, tetapi turut memainkan peranan aktif dalam membantu rakan-rakan yang memerlukan.

“Inisiatif seperti bantuan rumah sewa, Menu Kasih Siswa dan Dapur Siswa mencerminkan budaya kebersamaan dan kesejahteraan yang perlu terus diperkukuh dalam ekosistem kampus,” katanya.

Beliau berkata, usaha tersebut juga selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan, kesejahteraan dan tanggungjawab sosial dalam pembangunan masyarakat berilmu dan berdaya saing.

The post KMÿմapp Perkenal Inisiatif RM60,000, Perkukuh Kebajikan dan Pemerkasaan Mahasiswa ÿմapp appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/kmukm-perkenal-inisiatif-rm60000-perkukuh-kebajikan-dan-pemerkasaan-mahasiswa-ukm/feed/ 0
Mahasiswa KTSN Santuni Orang Asli Pantos /beritaukm/mahasiswa-ktsn-santuni-orang-asli-pantos/ /beritaukm/mahasiswa-ktsn-santuni-orang-asli-pantos/#respond Fri, 15 May 2026 00:13:18 +0000 /beritaukm/?p=4657 Oleh Muhammad Hazim Kamarularipin PAHANG, 9 Mei 2026 – Keheningan Kampung Orang Asli Pantos, Pos Lanai, Kuala Lipis baru-baru ini diceriakan dengan kehadiran 38 mahasiswa Kolej Tun Syed Nasir (KTSN),…

The post Mahasiswa KTSN Santuni Orang Asli Pantos appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Muhammad Hazim Kamarularipin

PAHANG, 9 Mei 2026 – Keheningan Kampung Orang Asli Pantos, Pos Lanai, Kuala Lipis baru-baru ini diceriakan dengan kehadiran 38 mahasiswa Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) melalui program Harmoni Satu Bumi 2.0.

Bertemakan “Tangan Mahasiswa, Nadi Komuniti”, program itu menjadi jambatan yang menyatukan dunia akademik dengan realiti masyarakat melalui pengisian berteraskan kesihatan, pendidikan dan sukan.

Pengarah program, Nurnabilah Huda Epri berkata selain memberi nilai tambah kepada penduduk, inisiatif ini memberi ruang buat mahasiswa mendalami erti kebersamaan dalam suasana penuh kekeluargaan.

“Tunjang utama program ini ialah untuk menekankan aspek kesedaran kesihatan kepada komuniti setempat melalui pendekatan interaktif, di samping menerapkan semangat kesukarelawanan mahasiswa,” katanya.

Beliau berkata aspek kesejahteraan kanak-kanak menjadi fokus utama program tersebut melalui Kempen Gosok Gigi dan Cuci Tangan.

“Melalui demonstrasi interaktif bersama mahasiswa KTSN, kesedaran terhadap kepentingan kebersihan diri diterapkan kepada kanak-kanak di kampung ini.

“Dimensi pendidikan juga diperluas menerusi program Celik Kreatif menggunakan STEM Kit hasil sumbangan Yayasan MR DIY. Aktiviti ini berjaya mencetuskan rasa ingin tahu dan pemikiran kritis kanak-kanak terhadap dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik dalam suasana yang menyeronokkan,” ujarnya.

Nurnabilah Huda berkata program itu bukan sekadar aktiviti bermusim, tetapi merupakan satu langkah murni dalam melahirkan mahasiswa yang holistik dan cakna terhadap keperluan sosial.

“Semangat kesukarelawanan yang dizahirkan di Pos Lanai ini diharapkan terus menjadi inspirasi dalam membina masyarakat yang lebih prihatin dan bersatu padu pada masa hadapan,” katanya.

Program yang menghimpunkan mahasisiwa, pihak pentadbiran KTSN dengan kira-kira 1,000 penduduk setempat itu menjadi wadah kemasyarakatan yang berimpak.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Cameron Highlands, Dato’ Dr. Ramli Dato’ Mohd Nor. Kehadiran beliau bukan sekadar simbolik, malah mencerminkan komitmen jitu pelbagai pihak dalam memacu kesejahteraan dan memperkasakan pembangunan komuniti orang asli secara inklusif.

The post Mahasiswa KTSN Santuni Orang Asli Pantos appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/mahasiswa-ktsn-santuni-orang-asli-pantos/feed/ 0
Pelajar Sarjana Sains Perubatan ÿմapp dipilih Sebagai Duta Penyelidikan Alzheimer Global /beritaukm/pelajar-sarjana-sains-perubatan-ukm-dipilih-sebagai-duta-penyelidikan-alzheimer-global/ /beritaukm/pelajar-sarjana-sains-perubatan-ukm-dipilih-sebagai-duta-penyelidikan-alzheimer-global/#respond Fri, 15 May 2026 00:06:45 +0000 /beritaukm/?p=4650 Oleh Auji Abdul Azhar KUALA LUMPUR, 12 Mei 2026 – Seorang pelajar Sarjana Sains Perubatan, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) mencatat satu lagi pencapaian membanggakan di peringkat antarabangsa apabila…

The post Pelajar Sarjana Sains Perubatan ÿմapp dipilih Sebagai Duta Penyelidikan Alzheimer Global appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Auji Abdul Azhar

KUALA LUMPUR, 12 Mei 2026 – Seorang pelajar Sarjana Sains Perubatan, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) mencatat satu lagi pencapaian membanggakan di peringkat antarabangsa apabila dipilih sebagai duta bagi program berprestij The International Society to Advance Alzheimer’s Research and Treatment (ISTAART) di bawah The Alzheimer’s Association bagi sesi 2026/2027.

Pemilihan Zairin Zulaikha Harun mencerminkan pengiktirafan terhadap potensi penyelidik muda Malaysia dalam bidang neurosains, khususnya penyakit Alzheimer dan demensia.

Menurut Zairin Zulaikha, pelantikan itu membuka ruang untuk beliau membawa perspektif penyelidikan dari Malaysia ke peringkat antarabangsa, di samping memperkukuh jaringan saintifik yang boleh memberi manfaat kepada pembangunan penyelidikan tempatan.

ٱ duta bagi program ini, saya akan terlibat dalam pelbagai aktiviti profesional, kesukarelawanan dan advokasi, termasuk penyertaan dalam mesyuarat bulanan bersama pakar industri, editor jurnal dan pemimpin bidang Alzheimer.

“Selain itu, saya juga akan terlibat secara langsung sebagai sukarelawan bersama Alzheimer’s Association dalam menguruskan persidangan antarabangsa tahunan dalam sains demensia iaitu Alzheimer’s Association International Conference (AAIC) di London, United Kingdom pada Julai ini,” katanya.

Tambahnya, diperingkat tempatan, beliau turut bertanggungjawab mempromosikan aktiviti dan manfaat ISTAART melalui pembentangan, penglibatan komuniti, serta penggunaan platform digital bagi meningkatkan kesedaran terhadap penyelidikan Alzheimer.

Selain itu, beliau turut mendapat akses kepada persidangan antarabangsa dengan sokongan perjalanan penuh daripada Alzheimer’s Association, latihan pembangunan profesional, bimbingan daripada pakar global, serta peluang membina rangkaian kolaborasi penyelidikan rentas negara. Program ini turut membuka peluang pembangunan kerjaya yang signifikan dalam bidang neurosains.

Sementara itu, Prof. Madya Dr. Yogeswaran Lokanathan yang merupakan penyelia Zairin Zulaikha menyifatkan kejayaan anak didiknya sebagai bukti keupayaan pelajar ÿմapp untuk bersaing di peringkat global serta mencerminkan kekuatan ekosistem penyelidikan di ÿմapp, khususnya dalam bidang translasi dan penyakit neurodegenerative.

“Pemilihan beliau mencerminkan pengiktirafan terhadap potensi penyelidik muda Malaysia dalam bidang neurosains, khususnya penyakit Alzheimer dan demensia.

“Penyertaan ini juga selari dengan usaha memperkukuh agenda kesihatan global dan kerjasama antarabangsa, sekali gus mempertingkat sumbangan Malaysia dalam bidang penyelidikan Alzheimer yang semakin kritikal di peringkat dunia,” katanya.

Selain Prof Madya Dr Yogeswaran, Zairin Zulaikha yang merupakan pelajar di bawah program Jabatan Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regeneratif, turut diselia oleh tiga lagi pensyarah ÿմapp iaitu Prof. Madya Dr. Ng Min Hwei, Prof. Madya Dr. Tan Jen Kit dan Dr. Farah Wahida Ibrahim serta seorang dari United Arab Emirates University iaitu  Prof. Madya Dr. Kim Yun Jin.

Program duta tersebut berlangsung selama setahun (2026–2027) dan menghimpunkan 42 penyelidik awal kerjaya mewakili 35 negara dari seluruh dunia untuk terlibat secara aktif dalam komuniti penyelidikan global.

Sepanjang tempoh tersebut, para duta akan memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti saintifik antarabangsa dan institusi tempatan masing-masing.

The post Pelajar Sarjana Sains Perubatan ÿմapp dipilih Sebagai Duta Penyelidikan Alzheimer Global appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/pelajar-sarjana-sains-perubatan-ukm-dipilih-sebagai-duta-penyelidikan-alzheimer-global/feed/ 0
Melayari Tradisi: 27 Tahun Pesta Ang Pow Kolej Tun Syed Nasir Universiti Kebangsaan Malaysia Menyatukan Warisan /beritaukm/melayari-tradisi-27-tahun-pesta-ang-pow-kolej-tun-syed-nasir-universiti-kebangsaan-malaysia-menyatukan-warisan/ /beritaukm/melayari-tradisi-27-tahun-pesta-ang-pow-kolej-tun-syed-nasir-universiti-kebangsaan-malaysia-menyatukan-warisan/#respond Wed, 29 Apr 2026 04:54:05 +0000 /beritaukm/?p=4591 Oleh Siti Hajar Zuber Pesta Ang Pow KTSN ÿմapp Ke-27 telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp), menghimpunkan seramai 301 peserta yang terdiri…

The post Melayari Tradisi: 27 Tahun Pesta Ang Pow Kolej Tun Syed Nasir Universiti Kebangsaan Malaysia Menyatukan Warisan appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Siti Hajar Zuber

Pesta Ang Pow KTSN ÿմapp Ke-27 telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp), menghimpunkan seramai 301 peserta yang terdiri daripada mahasiswa ÿմapp serta penyertaan dari luar. Program ini menyerlahkan keindahan dan keunikan warisan budaya Cina dengan mengangkat tema “Jejak Catatan Pengembara” sebagai teras penceritaan. Penganjurannya bukan sahaja bertujuan menyemai semangat perpaduan melalui penghayatan budaya Cina, malah turut membuka ruang kepada warga KTSN yang berbilang kaum untuk mengenali, memahami dan mengapresiasi adat serta tradisi masyarakat Cina dengan lebih mendalam.

Pesta Ang Pow Kolej Tun Syed Nasir yang kini menjangkau usia 27 tahun bukan sekadar sebuah acara tahunan, sebaliknya merupakan perjalanan panjang dalam melayari dan memaknai tradisi. Berteraskan semangat warisan dan kebersamaan, penganjuran edisi kali ini memperlihatkan bagaimana budaya terus hidup, berkembang dan disesuaikan dalam landskap generasi muda yang dinamik. Tradisi yang diwarisi tidak lagi statik, tetapi dirakam sebagai pengalaman yang sentiasa bergerak seumpama pengembara yang menulis catatan sepanjang perjalanan.

Dengan mengekalkan roh kebudayaan Cina sebagai teras, Pesta Ang Pow menjadi wahana penting dalam memperkenalkan nilai, seni dan falsafah hidup masyarakat Cina kepada khalayak yang lebih luas. Dalam konteks warga kampus yang berbilang kaum, acara ini berfungsi sebagai jambatan budaya yang merapatkan jurang perbezaan melalui apresiasi bersama, selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 16, iaitu Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kukuh, khususnya dalam memupuk masyarakat yang aman, toleran serta saling menghormati. Setiap persembahan, daripada teater hingga ke seni tari dan muzik, bukan sahaja menghiburkan, tetapi turut mengangkat makna yang lebih mendalam tentang identiti, pengalaman remaja dan pencarian jati diri.

Antara tarikan utama program ini ialah pementasan drama yang dipersembahkan oleh pelajar KTSN, dengan garapan cerita yang kreatif dan selari dengan tema yang diketengahkan. Pementasan tersebut berjaya memikat perhatian penonton di samping menyampaikan mesej yang signifikan seiring dengan semangat yang dibawa oleh Pesta Ang Pow KTSN ÿմapp Ke-27. Selain itu, pelbagai persembahan kebudayaan Cina turut dipentaskan, melibatkan bakat pelajar dalam seni seperti Gendang 24 Musim, tarian tradisional, tarian kontemporari dan Wushu. Persembahan-persembahan ini bukan sahaja menonjolkan keindahan dan keunikan warisan budaya masyarakat Cina, malah menjadi wadah kepada pelajar untuk mengasah dan menampilkan bakat mereka, di samping mengukuhkan semangat perpaduan serta menghargai kepelbagaian budaya dalam komuniti universiti.

Lebih signifikan, kesinambungan penganjuran selama hampir tiga dekad mencerminkan komitmen berterusan dalam memelihara tradisi sambil membuka ruang kepada inovasi. Generasi demi generasi pelajar KTSN menjadi pewaris yang bukan sahaja meneruskan legasi, tetapi turut mencorakkan wajah baharu pesta ini agar kekal relevan dengan zaman. Dalam usaha melayari tradisi ini, Pesta Ang Pow bukan lagi sekadar perayaan, tetapi sebuah naratif kolektif tentang perpaduan, penghormatan budaya dan semangat kebersamaan yang menjadi tunjang masyarakat Malaysia. Secara keseluruhannya, Pesta Ang Pow KTSN ÿմapp Ke-27 telah berjaya mencapai objektifnya dalam memperkenalkan budaya Cina serta mengeratkan perpaduan dalam kalangan warga universiti. Program sebegini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan dalam memupuk keharmonian dan kefahaman antara budaya di Malaysia.

The post Melayari Tradisi: 27 Tahun Pesta Ang Pow Kolej Tun Syed Nasir Universiti Kebangsaan Malaysia Menyatukan Warisan appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/melayari-tradisi-27-tahun-pesta-ang-pow-kolej-tun-syed-nasir-universiti-kebangsaan-malaysia-menyatukan-warisan/feed/ 0
Debat dan Pidato Jadi Gelanggang Idea, Pentas Kepimpinan Mahasiswa /beritaukm/debat-dan-pidato-jadi-gelanggang-idea-pentas-kepimpinan-mahasiswa/ /beritaukm/debat-dan-pidato-jadi-gelanggang-idea-pentas-kepimpinan-mahasiswa/#respond Mon, 12 Jan 2026 08:11:40 +0000 /beritaukm/?p=4292 Oleh Ts. Dr. Ahmad Firdhaus ArhamFoto Izwan Azman BANGI, 12 Januari 2026 – Pertandingan Debat Naib Canselor 2026 dan Pidato Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) 2026…

The post Debat dan Pidato Jadi Gelanggang Idea, Pentas Kepimpinan Mahasiswa appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Ts. Dr. Ahmad Firdhaus Arham
Foto Izwan Azman

BANGI, 12 Januari 2026 – Pertandingan Debat Naib Canselor 2026 dan Pidato Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) 2026 telah berjaya menghidupkan budaya wacana intelektual dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp).

Program tahunan ini bukan sekadar pertandingan berunsur retorik, sebaliknya menjadi pentas latihan kepimpinan yang mengasah keupayaan berfikir kritis, berkomunikasi secara berkesan dan mempertahankan idea dengan beretika.

Menurut Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, pertandingan tersebut yang diadakan setiap tahun adalah platform bagi membentuk kepimpinan mahasiswa.

“Debat dan pidato berperanan sebagai medan pembelajaran yang membina keberanian bersuara, ketajaman berfikir dan keupayaan mempertahankan pandangan secara beretika.

“Ia adalah proses penting dalam melahirkan pemimpin masa hadapan yang berwibawa dan bertanggungjawab,” jelas beliau.

Debat Naib Canselor 2026 dan Pidato Timbalan Naib Canselor HEPA 2026 yang diadakan dalam dwi bahasa itu memperlihatkan kematangan hujah serta keberanian mahasiswa dalam mengupas isu-isu semasa.

Setiap sesi debat dan pidato menyaksikan pertarungan idea yang seimbang, bernas dan berfakta, sekali gus mencerminkan kesediaan pelajar untuk tampil sebagai intelektual muda yang peka terhadap realiti masyarakat dan cabaran masa hadapan.

Penglibatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai penaja bagi Debat Bahasa Melayu turut menjadi antara tarikan utama penganjuran kali ini.

Penajaan yang merangkumi wang tunai, hadiah iringan, sijil penghargaan serta sumbangan buku, bukan sahaja mengiktiraf kecemerlangan peserta, malah mengukuhkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan wacana akademik yang terus relevan di peringkat universiti.

Dalam pertandingan tersebut, Kolej Pendeta Zaaba muncul sebagai juara Debat Bahasa Melayu selepas menewaskan Kolej Ibrahim Yaakub dengan keputusan 4–3, manakala kategori Bahasa Inggeris menyaksikan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan menewaskan Asasi Pintar ÿմapp dengan keputusan 3–2.

Penganjuran pertandingan ini membuktikan komitmen berterusan ÿմapp dalam menyediakan ruang pembangunan sahsiah dan intelektual mahasiswa.

Gelanggang ini bukan sahaja melahirkan pemenang pertandingan, tetapi turut membina generasi mahasiswa yang kritis, berkeyakinan dan bersedia memimpin dengan idea serta nilai.

The post Debat dan Pidato Jadi Gelanggang Idea, Pentas Kepimpinan Mahasiswa appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/debat-dan-pidato-jadi-gelanggang-idea-pentas-kepimpinan-mahasiswa/feed/ 0
Pelajar Fakulti Undang-Undang ÿմapp Perkasa Komuniti Orang Asli di RPS Sungai Bilut /beritaukm/pelajar-fakulti-undang-undang-ukm-perkasa-komuniti-orang-asli-di-rps-sungai-bilut/ /beritaukm/pelajar-fakulti-undang-undang-ukm-perkasa-komuniti-orang-asli-di-rps-sungai-bilut/#respond Mon, 12 Jan 2026 00:04:51 +0000 /beritaukm/?p=4281 Oleh Muhammad Hazriq Hamqa ShaharudinFoto Fakulti Udang-Undang RAUB, 3 Januari 2026 – Pelajar tahun tiga Fakulti Undang-Undang (FUU), Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) memperkasa komuniti Orang Asli melalui pendidikan dan khidmat…

The post Pelajar Fakulti Undang-Undang ÿմapp Perkasa Komuniti Orang Asli di RPS Sungai Bilut appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
Oleh Muhammad Hazriq Hamqa Shaharudin
Foto Fakulti Udang-Undang

RAUB, 3 Januari 2026 – Pelajar tahun tiga Fakulti Undang-Undang (FUU), Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) memperkasa komuniti Orang Asli melalui pendidikan dan khidmat masyarakat melalui penganjuran Program Merentas Tradisi Perundangan dan Komuniti Bersatu.

Program selama dua hari satu malam ini dilaksanakan di Kampung Rancangan Petempatan Semula (RPS) Sungai Bilut, Raub, Pahang sebahagian daripada kursus Undang-undang Antarabangsa dan Orang Asal.

Dekan FUU, Prof. Dr. Rasyikah Md. Khalid berkata program ini bukan sahaja memberi pengalaman pembelajaran praktikal kepada pelajar, malah merapatkan hubungan fakulti dengan komuniti setempat.

“Ia juga turut memperkukuh kesedaran undang-undang, mengukuhkan nilai kebersamaan, dan memelihara tradisi komuniti setempat.

“Sepanjang program, pelajar dan penduduk kampung terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti, antaranya Melukis dan Mewarna, Law Treasure Hunt, Malam Kebudayaan, Anyaman Mende Kepala, dan Mock Trial.

“Aktiviti ini bertujuan memperkukuh pemahaman undang-undang, membina kemahiran bekerja dalam kumpulan, dan menghargai tradisi serta budaya tempatan.

“Secara keseluruhan, program ini berjaya memberi impak positif kepada penduduk RPS Sungai Bilut serta menyediakan pengalaman pembelajaran bermakna kepada pelajar Fakulti Undang-Undang ÿմapp, sekaligus mengukuhkan semangat kerjasama antara universiti dan komuniti,” katanya.

Sementara itu, Tok Batin Tuan En. Tanjung Cham menyatakan rasa terharu dengan penglibatan pelajar dan fakulti dalam aktiviti bersama penduduk kampung, termasuk sesi penyerahan alat tulis dan bantuan makanan kering.

Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Komuniti dan Kemahiran KEMAS Parlimen Raub merangkap Ahli Majlis Daerah Raub, Tuan Khairul Azhar bin Abdul Manaf.

The post Pelajar Fakulti Undang-Undang ÿմapp Perkasa Komuniti Orang Asli di RPS Sungai Bilut appeared first on Berita ÿմapp.

]]>
/beritaukm/pelajar-fakulti-undang-undang-ukm-perkasa-komuniti-orang-asli-di-rps-sungai-bilut/feed/ 0