Oleh Siti Hajar Zuber
Pesta Ang Pow KTSN 每日大赛app Ke-27 telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), menghimpunkan seramai 301 peserta yang terdiri daripada mahasiswa 每日大赛app serta penyertaan dari luar. Program ini menyerlahkan keindahan dan keunikan warisan budaya Cina dengan mengangkat tema 鈥淛ejak Catatan Pengembara鈥 sebagai teras penceritaan. Penganjurannya bukan sahaja bertujuan menyemai semangat perpaduan melalui penghayatan budaya Cina, malah turut membuka ruang kepada warga KTSN yang berbilang kaum untuk mengenali, memahami dan mengapresiasi adat serta tradisi masyarakat Cina dengan lebih mendalam.
Pesta Ang Pow Kolej Tun Syed Nasir yang kini menjangkau usia 27 tahun bukan sekadar sebuah acara tahunan, sebaliknya merupakan perjalanan panjang dalam melayari dan memaknai tradisi. Berteraskan semangat warisan dan kebersamaan, penganjuran edisi kali ini memperlihatkan bagaimana budaya terus hidup, berkembang dan disesuaikan dalam landskap generasi muda yang dinamik. Tradisi yang diwarisi tidak lagi statik, tetapi dirakam sebagai pengalaman yang sentiasa bergerak seumpama pengembara yang menulis catatan sepanjang perjalanan.
Dengan mengekalkan roh kebudayaan Cina sebagai teras, Pesta Ang Pow menjadi wahana penting dalam memperkenalkan nilai, seni dan falsafah hidup masyarakat Cina kepada khalayak yang lebih luas. Dalam konteks warga kampus yang berbilang kaum, acara ini berfungsi sebagai jambatan budaya yang merapatkan jurang perbezaan melalui apresiasi bersama, selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 16, iaitu Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kukuh, khususnya dalam memupuk masyarakat yang aman, toleran serta saling menghormati. Setiap persembahan, daripada teater hingga ke seni tari dan muzik, bukan sahaja menghiburkan, tetapi turut mengangkat makna yang lebih mendalam tentang identiti, pengalaman remaja dan pencarian jati diri.
Antara tarikan utama program ini ialah pementasan drama yang dipersembahkan oleh pelajar KTSN, dengan garapan cerita yang kreatif dan selari dengan tema yang diketengahkan. Pementasan tersebut berjaya memikat perhatian penonton di samping menyampaikan mesej yang signifikan seiring dengan semangat yang dibawa oleh Pesta Ang Pow KTSN 每日大赛app Ke-27. Selain itu, pelbagai persembahan kebudayaan Cina turut dipentaskan, melibatkan bakat pelajar dalam seni seperti Gendang 24 Musim, tarian tradisional, tarian kontemporari dan Wushu. Persembahan-persembahan ini bukan sahaja menonjolkan keindahan dan keunikan warisan budaya masyarakat Cina, malah menjadi wadah kepada pelajar untuk mengasah dan menampilkan bakat mereka, di samping mengukuhkan semangat perpaduan serta menghargai kepelbagaian budaya dalam komuniti universiti.
Lebih signifikan, kesinambungan penganjuran selama hampir tiga dekad mencerminkan komitmen berterusan dalam memelihara tradisi sambil membuka ruang kepada inovasi. Generasi demi generasi pelajar KTSN menjadi pewaris yang bukan sahaja meneruskan legasi, tetapi turut mencorakkan wajah baharu pesta ini agar kekal relevan dengan zaman. Dalam usaha melayari tradisi ini, Pesta Ang Pow bukan lagi sekadar perayaan, tetapi sebuah naratif kolektif tentang perpaduan, penghormatan budaya dan semangat kebersamaan yang menjadi tunjang masyarakat Malaysia. Secara keseluruhannya, Pesta Ang Pow KTSN 每日大赛app Ke-27 telah berjaya mencapai objektifnya dalam memperkenalkan budaya Cina serta mengeratkan perpaduan dalam kalangan warga universiti. Program sebegini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan dalam memupuk keharmonian dan kefahaman antara budaya di Malaysia.

