Oleh Dr. Fathiyah Mohd Kamaruzaman, Pensyarah Kanan/Ketua Modul Pendidikan TVET, Pusat Kajian Pembudayaan STEM, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app)
Berdasarkan perkembangan semasa pendidikan TVET di Malaysia, dapat dilihat bahawa TVET negara kita telah mengalami banyak perubahan positif dan tidak lagi berada di takuk lama. Pelbagai inisiatif telah diambil untuk memacu kemajuan dalam sektor ini.
Namun begitu,聽cabaran terbesar聽yang masih perlu ditangani adalah聽memperkukuh kolaborasi antara institusi pendidikan TVET dan industri. Hubungan yang erat dan berterusan dengan industri amat penting bagi memastikan kurikulum, latihan praktikal, serta pengalaman pembelajaran selari dengan kehendak sebenar pasaran kerja.Kolaborasi ini juga penting bagi membuka lebih banyak peluang latihan industri, penempatan kerja, serta memastikan graduan memiliki kemahiran terkini.
Selain itu, peningkatan profesionalisme tenaga pengajar TVET juga merupakan salah satu cabaran utama yang perlu diambil perhatian. Gabungan kedua-dua elemen ini (akademik dan industri) membolehkan pengajaran lebih relevan, terkini dan mampu melahirkan graduan yang benar-benar bersedia untuk memasuki dunia pekerjaan. Jika aspek kolaborasi industri dan profesionalisme tenaga pengajar ini dapat diperkukuh secara konsisten, TVET Malaysia mampu bersaing setanding dengan sistem TVET negara-negara maju.
Faktor utama kekurangan penciptaan pekerjaan
Perubahan pesat dalam teknologi, khususnya akibat daripada聽Revolusi Perindustrian 4.0 merupakan faktor utama kekurangan penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi, walaupun negara telah memperkukuhkan pendidikan TVET.
Menurut laporan聽World Economic Forum 2020, walaupun banyak pekerjaan baharu tercipta, pada masa sama banyak juga jenis pekerjaan sedia ada menjadi tidak relevan kerana diambil alih oleh pengautomasian聽dan聽kecerdasan buatan (AI). Kepesatan teknologi ini menyebabkan wujud jurang antara kemahiran yang ditawarkan kepada graduan TVET dengan keperluan sebenar industri. Sungguhpun pendidikan TVET telah digerakkan dengan pelbagai inisiatif,聽isu kepesatan teknologi ini聽tidak boleh diambil ringan.
Selain itu, perlu difahami bahawa penciptaan pekerjaan melalui TVET bukan semata-mata bergantung kepada penyediaan peluang pekerjaan oleh industri, tetapi juga melalui聽pemerkasaan graduan untuk menjadi pencipta pekerjaan. Graduan TVET perlu dilatih bukan hanya untuk menjadi pekerja mahir, tetapi juga聽usahawan teknikal聽yang mampu mencipta peluang pekerjaan baharu, berdikari membangunkan perniagaan berasaskan kemahiran seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan membuka ruang pekerjaan untuk orang lain.
Silibus pengajian berkemahiran tinggi di peringkat sekolah dan universiti perlu ditambah baik
Silibus pengajian berkemahiran tinggi di peringkat sekolah dan universiti sebenarnya telah dirancang dengan teliti, melibatkan penyertaan pelbagai pemegang taruh termasuklah pihak akademik, industri, alumni dan badan profesional. Ini menunjukkan satu usaha bersepadu untuk memastikan kurikulum selari dengan keperluan semasa.
Namun begitu, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dari sudut pelaksanaannya. Salah satu aspek utama yang perlu diberi perhatian ialah penguasaan kemahiran generik seperti kepintaran emosi, kemahiran komunikasi, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah kompleks dan kebolehsuaian yang menjadi semakin penting dalam dunia industri hari ini.
Pelajar masa kini kurang berhadapan dengan masalah dalam penguasaan aspek teori atau asas pengetahuan teknikal, berikutan pelbagai pendekatan pengajaran moden serta kemudahan teknologi. Akan tetapi, kemahiran generik ini kadangkala kurang diberi penekanan secara sistematik dalam kurikulum atau dalam aktiviti pembelajaran harian.
Jadi, langkah segera yang perlu diambil bagi memastikan graduan TVET tidak terperangkap dalam pekerjaan di bawah kelayakan mereka. Graduan perlu berani mencabar diri, keluar daripada zon selesa (comfort zone) dan bersikap proaktif dalam mencari serta merebut peluang yang tersedia. Antara faktor yang mempengaruhi situasi ini termasuklah keengganan untuk berpindah keluar dari tempat kelahiran, keberatan untuk berjauhan daripada keluarga dan kurangnya keinginan untuk meneroka peluang di luar kawasan atau di negeri lain. Graduan perlu mengubah persepsi ini dan bersedia untuk聽meningkatkan mobiliti聽mereka sejajar dengan keperluan industri yang lebih global dan kompetitif.
Selain itu, graduan TVET digalakkan untuk meningkatkan kemahiran diri melalui program peningkatan kemahiran atau dikenali dengan program upskilling. Kini terdapat banyak platform, geran, dan dana yang disediakan oleh pihak kerajaan dan sebagainya untuk membiayai program peningkatan kemahiran tersebut. Di samping itu, graduan TVET perlu mendapatkan pensijilan profesional聽yang diiktiraf industri, yang mampu meningkatkan nilai diri mereka di mata majikan.
Dengan usaha berterusan dalam meningkatkan kemahiran dan kelayakan, graduan TVET bukan sahaja dapat mengelak daripada terperangkap dalam pekerjaan di bawah kelayakan, malah dapat memperbaiki taraf hidup serta meningkatkan status sosioekonomi mereka secara keseluruhan.
