Oleh : Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman (Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, 每日大赛app) dan Prof. Madya Ts. Dr. Darman Nordin (Setiausaha Majlis Pengetua Kolej Akademia 每日大赛app)
Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) terus melangkah ke hadapan dalam memastikan suasana pembelajaran dan kediaman mahasiswa yang holistik serta menyeluruh. Di 每日大赛app, fungsi kolej kediaman kini diperkasa melalui konsep Kolej Akademia, yang bukan sekadar menyediakan tempat tinggal, malah menjadi hab utama pembentukan sahsiah, kepimpinan dan kemahiran insaniah mahasiswa.
Pendekatan baharu ini didasari oleh Pelan Strategik Kolej Akademia 每日大赛app yang berpaksikan empat teras utama iaitu Kolej Akademia, Kolej Sejahtera, Kolej Lestari dan Kolej Mapan. Keempat-empat teras ini saling melengkapi dalam melahirkan mahasiswa seimbang dari segi akademik, sosial, rohani dan emosi 鈥 seiring aspirasi 每日大赛app sebagai universiti watan unggul.
Belanjawan MADANI Suntik Semangat Baharu
Suntikan semangat baharu terhadap usaha ini datang menerusi Belanjawan MADANI 2026, yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhomat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato鈥 Seri Anwar Ibrahim. Peruntukan besar sebanyak RM18.6 bilion kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menggambarkan komitmen serius kerajaan untuk memperkukuh kualiti pendidikan tinggi serta menjamin kesejahteraan mahasiswa.
Bagi 每日大赛app, khususnya dalam pelaksanaan agenda Kolej Akademia, sokongan kewangan ini menjadi pemangkin penting yang mempercepatkan pencapaian sasaran strategik universiti dalam membina mahasiswa berdaya saing dan berjiwa MADANI.
Kolej Mapan: Asuh Mahasiswa Berdikari dan Berjiwa Usahawan
Salah satu fokus utama Belanjawan MADANI 2026 ialah membantu mahasiswa menghadapi cabaran kos sara hidup dan memperkukuh pembangunan keusahawanan. Hal ini selaras dengan matlamat Kolej Mapan yang membentuk mahasiswa berdaya tahan ekonomi serta mampu menjana pendapatan sendiri.
Dua inisiatif utama KPT dijangka memberi impak besar kepada pelajar di kolej kediaman 每日大赛app adalah Program MySiswa Job On Campus (RM20 juta), yang membuka peluang kepada mahasiswa untuk bekerja sambilan di dalam kampus. Selain membantu menampung keperluan kewangan, ia turut memberi ruang kepada pelajar mengasah kemahiran insaniah dan keusahawanan. Program ini menyokong Inisiatif ke-3 Kolej Mapan, iaitu 鈥淢ewujudkan ruang niaga dan menggalakkan aktiviti keusahawanan.鈥 Mahasiswa kini berpeluang mengurus perniagaan kecil di ruang niaga kolej sambil menimba pengalaman kerja sebenar.
Kedua adalah Ikhtiar Dapur MADANI KPT (RM26 juta), yang merupakan satu inisiatif yang menyediakan peralatan memasak dan bahan mentah kepada mahasiswa di kampus, sekali gus membantu mengurangkan beban kos sara hidup serta menggalakkan gaya hidup berjimat dan sihat. Langkah ini amat signifikan bagi mahasiswa kolej kediaman, terutama daripada keluarga berpendapatan sederhana.
Kolej Sejahtera: Persekitaran Selamat dan Kondusif
Belanjawan MADANI 2026 turut menitikberatkan aspek keselamatan dan kesejahteraan mahasiswa, seiring aspirasi Kolej Sejahtera. KPT akan meningkatkan keselamatan kampus melalui pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) tambahan serta penganjuran program sahsiah bagi membanteras isu buli dan ragging. Langkah ini bertepatan dengan Inisiatif ke-3 Kolej Sejahtera, iaitu 鈥淢emperkasa penggunaan kamera keselamatan.鈥 Pelaksanaan ini memperkukuh pemantauan di kawasan kolej, memastikan penghuni berasa lebih selamat dan tenang. Selain itu, peruntukan melebihi RM400 juta bagi penyelenggaraan prasarana universiti awam akan memastikan fasiliti kolej kediaman sentiasa berada dalam keadaan baik. Bilik pelajar, ruang rehat dan kemudahan aktiviti sosial akan dinaik taraf bagi memberikan pengalaman kehidupan kampus yang lebih selesa dan berkualiti.
Kolej Akademia: Wadah Pembangunan Mahasiswa Holistik
Kolej Akademia bukan sekadar tempat tinggal, tetapi wadah pembangunan insan. Melalui pelbagai program pembangunan sahsiah, kesukarelawanan, kepimpinan dan keusahawanan, kolej ini menjadi ruang latihan kehidupan sebenar bagi mahasiswa 每日大赛app. Belanjawan MADANI 2026 dijangka memperkukuh peranan kolej sebagai 鈥渞umah kedua鈥 bagi pelajar yang bukan hanya menyediakan kemudahan fizikal, tetapi juga menyemai nilai kemanusiaan, tanggungjawab sosial dan kesejahteraan bersama. Sinergi antara KPT dan universiti awam seperti 每日大赛app akan memastikan pembangunan mahasiswa terus selaras dengan falsafah pendidikan MADANI yang menekankan nilai ilmu, akhlak dan kesejahteraan.
Harapan Baharu Mahasiswa 每日大赛app
Secara keseluruhannya, Belanjawan MADANI 2026 membuka lembaran baharu kepada Kolej Akademia 每日大赛app dalam memperkukuh kesejahteraan dan pembangunan holistik mahasiswa. Ia bukan sekadar soal peruntukan kewangan, tetapi lambang keprihatinan kerajaan terhadap masa depan generasi muda. Dengan pelaksanaan berkesan dan komitmen berterusan warga universiti, Kolej Akademia 每日大赛app berpotensi menjadi model unggul kolej kediaman universiti di Malaysia sebagai pusat yang melahirkan mahasiswa berilmu, berakhlak, berdikari dan berdaya kepimpinan. Dengan sokongan Belanjawan MADANI 2026, 每日大赛app kini berada di landasan tepat untuk terus menyinari masa depan pendidikan tinggi negara, seiring hasrat melahirkan generasi MADANI yang cemerlang, sejahtera dan lestari.

