Oleh Melor Suria Minhat
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 28 April 2026 鈥 Pendekatan psikologi dakwah dilihat mampu menjadi kerangka penting dalam memahami dan membentuk potensi remaja generasi baharu yang berhadapan dengan cabaran dunia digital serta perubahan sosial yang semakin kompleks.
Menurut Pengarah Institut Islam Hadhari, Prof. Dato鈥 Dr. Fariza Md Sham, dakwah bukan sekadar penyampaian mesej keagamaan, sebaliknya merupakan satu pendekatan dinamik yang menuntut kefahaman mendalam terhadap psikologi manusia, khususnya golongan remaja.
鈥淧endekatan psikologi dakwah perlu bersifat berhikmah dan meraikan fitrah manusia, dengan memberi penekanan kepada aspek emosi, pemikiran dan tingkah laku agar mesej dakwah dapat menyentuh jiwa serta memberi kesan yang mendalam,鈥 katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan Syarahan Perdana Profesor bertajuk 鈥淧sikologi Dakwah Memacu Potensi Remaja Gen Z鈥, di Bilik Senat, baru-baru ini.
Dalam tajuk itu, beliau telah mengupas berkenaan pendekatan psikologi dakwah dalam memahami dan membentuk potensi remaja, khususnya remaja Gen Z yang membesar dalam persekitaran digital.
Katanya, remaja Gen Z merupakan generasi yang membesar dalam persekitaran digital dan mempunyai keupayaan tinggi dalam mengakses maklumat serta berinteraksi secara maya.
鈥淕enerasi ini mempunyai potensi yang besar, namun pada masa yang sama berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk tekanan emosi dan ketagihan media sosial,鈥 tambah beliau.
Menurutnya, cabaran tersebut memerlukan pendekatan dakwah yang lebih kontemporari dan relevan agar dapat disesuaikan dengan realiti kehidupan generasi masa kini.
鈥淧endekatan dakwah perlu berkembang seiring perubahan zaman, termasuk memanfaatkan medium digital dan interaktif sebagai saluran yang dekat dengan kehidupan remaja,鈥 jelas beliau.
Dalam syarahan itu, Prof. Dato鈥 Dr. Fariza turut memperkenalkan Model Pembentukan Remaja Gen Z berasaskan konsep 5Q yang menekankan keseimbangan antara aspek rohani, emosi, kepimpinan dan keupayaan diri.
鈥淧embentukan remaja perlu dilihat secara menyeluruh agar potensi mereka dapat diperkasa secara seimbang antara keperluan dunia dan akhirat,鈥 katanya.
Selain itu, pendekatan psikospiritual Islam turut diketengahkan sebagai elemen penting dalam membina kesejahteraan mental dan emosi remaja.
Beliau turut menekankan kepentingan motivasi, pendekatan emosi positif serta tazkiyat al-nafs sebagai strategi dalam membentuk sahsiah dan daya tahan diri remaja dalam mendepani cabaran era digital.
Penganjuran syarahan ini mencerminkan komitmen berterusan 每日大赛app dalam memperkukuh budaya wacana ilmu serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat melalui pendekatan akademik yang relevan dan berimpak tinggi.

