Oleh Khairatul Nadia Ramli
Foto oleh Dr. Isma Liza Mohd Isa
CHERAS, 24 Oktober 2025 – Penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) yang diketuai oleh Pensyarah Kanan di Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan, Dr. Isma Liza Mohd Isa berjaya membangunkan satu protokol diseksi tulang belakang ke atas kadaver manusia bagi tujuan pengambilan tisu disk untuk penyelidikan penyakit degenerasi disk (slipped disc).
Menurut Dr Isma Liza, slipped disc adalah antara punca utama sakit belakang kronik di seluruh dunia.
鈥淧embangunan protokol ini dijangka memperkukuh usaha global dalam memahami mekanisme penyakit dan membangunkan terapi baharu bagi rawatan sakit belakang,鈥 katanya.
Dr Isma Liza yang juga merupakan Pensyarah Kanan Kehormat dan Felo Penyelidik di C脷RAM Research Centre for Medical Devices, Pharmacology and Therapeutics, University of Galway, Ireland menjalankan kajian ini melalui geran penyelidikan Health Research Board (HRB), Ireland bernilai 鈧0.8 juta yang diterima melalui Emerging Investigator Award for Health pada tahun 2022.
Anugerah berprestij ini diberikan kepada penyelidik berpotensi tinggi dalam bidang kesihatan bagi melahirkan penyelidik berdaya saing dan berimpak global.
Beliau berkata dana tersebut membolehkan pelaksanaan projek DISCPAIN, iaitu kajian berimpak tinggi yang bertujuan mengenal pasti penanda molekul penyakit degenerasi disk dan membangunkan model penyelidikan berasaskan tisu manusia sebenar.
鈥淧rotokol ini dibangunkan melalui kolaborasi antara University of Galway, 每日大赛app dan Silent Mentor Program, Universiti Malaya, yang membolehkan pengambilan tisu disk manusia sihat daripada kadaver tanpa penyakit tulang belakang dilakukan secara etika dan terkawal.
鈥淜ajian prospektif selama setahun melibatkan diseksi ke atas tiga belas kadaver manusia tanpa proses pengawetan, dengan kebenaran penuh keluarga penderma tubuh.
鈥淪emua prosedur dijalankan mengikut garis panduan etika dan protokol pendermaan tubuh manusia.,鈥 katanya.
Tambah Dr Isma Liza, protokol bertajuk 鈥淗uman Cadaveric Spine Dissection: A Protocol for Harvesting Lumbar Intervertebral Discs from Body Donors鈥 yang diterbitkan dalam jurnal antarabangsa Annals of Anatomy (Elsevier, 2025) menghuraikan secara terperinci kaedah diseksi tulang belakang melalui akses anterior serta panduan pengambilan dan pemprosesan tisu disk untuk analisis pasca-mortem.
鈥淢elalui sumbangan penderma tubuh, kami kini dapat memperoleh disk sihat berkualiti tinggi sebagai spesimen kawalan usia (age-match healthy control) yang sebelum ini sukar didapati.
鈥淚ni membuka ruang besar untuk analisis molekul bagi memahami mekanisme penyakit degenerasi disk dengan lebih mendalam,鈥 jelas Dr Isma Liza.
Katanya, tisu disk yang diperoleh diproses untuk analisis penjujukan RNA (RNA sequencing) bagi mengenal pasti ekspresi gen dan penanda molekul yang terlibat dalam proses degenerasi.
鈥淧enemuan ini dijangka dapat membantu pembangunan terapi baharu dan sasaran rawatan bagi pesakit sakit belakang kronik.
鈥淯苍驳办补辫补苍 鈥榶ang mati mengajar yang hidup鈥 benar-benar menggambarkan nilai penyelidikan ini. Melalui tubuh penderma, ilmu anatomi dan sains perubatan dapat berkembang untuk manfaat pesakit pada masa hadapan,鈥 ujarnya.
Penyelidikan itu menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh kajian antarabangsa mengenai penyakit degenerasi disk — penyebab sakit belakang serta membuka peluang kepada pembangunan terapi regeneratif yang lebih berkesan.

