每日大赛app

Pasukan Perubatan 每日大赛app Juara National Health Hackathon 2026

Oleh Khairatul Nadia Ramli

CHERAS, 28 April 2026 – Pasukan ObsteriX dari Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai juara dalam National Health Hackathon 2026, sekali gus menjadi kemenangan sulung universiti dalam pertandingan berprestij, baru-baru ini.

Pasukan tersebut telah menewaskan 30 pasukan dari seluruh negara menerusi inovasi bertajuk 鈥淥mniSafe: Diari Kehamilan Global Berkuasakan Kecerdasan Buatan (AI) dengan Peranti Boleh Pakai IoT Pintar.鈥

Salah seorang peserta, Dr. Nurul Huda Mohd Zainol yang merupakan pelajar program Doktor Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) berkata inovasi itu dibangunkan bagi membantu meningkatkan kesedaran dan pemantauan kesihatan ibu hamil secara lebih sistematik dan berterusan.

鈥淧rojek tersebut memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kadar kematian bayi dalam kandungan (stillbirth) melalui pendekatan inovatif yang memperkasakan peranan ibu dalam memantau keadaan kehamilan.

鈥淜ejayaan ini membuktikan bahawa gabungan kepakaran klinikal dan teknologi mampu menghasilkan solusi yang relevan untuk kesihatan ibu,鈥 katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa inisiatif itu memberi penekanan kepada peningkatan kepekaan ibu terhadap perubahan keadaan kehamilan dan bayi, di samping menambah baik kaedah pemantauan sedia ada dengan menukarkan maklumat subjektif kepada data yang lebih objektif dan boleh dinilai.

鈥淧endekatan ini sekali gus menyokong pemantauan serta intervensi klinikal yang lebih berkesan,鈥 katanya.

Inovasi tersebut dibangunkan bersama seorang lagi pelajar program Dokor Pakar O&G, Dr. Abdullah Abbas Abdul Halim serta Dr. Ahmad Zahin Zulkipli, yang merupakan jurutera perisian perubatan dari Sudo127 Sdn Bhd, di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Ixora Kamisan @ Atan dan Dr. Nurul Wahidah Wagimon.

Melalui kemenangan ini, pasukan ObsteriX membawa pulang hadiah utama berserta wang tunai RM10,000. Selain itu, inovasi tersebut juga turut melayakkan pasukan ini menerima dua anugerah khas iaitu Most Creative Solution dan User-Centered Design, sekali gus mengukuhkan keupayaan mereka dalam menghasilkan penyelesaian yang kreatif serta berfokuskan pengguna.

Kejayaan ini turut didukung oleh Persatuan Pelajar Siswazah Fakulti Perubatan (PSIFER), sebuah organisasi pelajar pascasiswazah yang memupuk inovasi, kolaborasi dan kepimpinan dalam kalangan pelajar.

Pencapaian ini sekali gus menyerlahkan peranan 每日大赛app dalam memperkasa inovasi kesihatan digital serta memperkukuh kerjasama rentas disiplin di peringkat nasional.

Dianjurkan oleh Asia Innovative Healthcare Network (AIHN) dan DGA Healthcare Group dengan kerjasama Cradle Fund, Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) serta Amazon Web Services (AWS), hackathon ini menjadi platform peringkat kebangsaan bagi merangsang inovasi dalam bidang penjagaan kesihatan serta penghasilan penyelesaian berimpak tinggi kepada masyarakat.

Leave a Reply