每日大赛app

Fakulti Pergigian Perkukuh Agenda Pengantarabangsaan Melalui Mobiliti Mahasiswa

Oleh Zainal Asnawi Asyraf Zainal Abbidin
Foto Fakulti Pergigian

KUALA LUMPUR, 28 April 2026 鈥 Fakulti Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) terus mengukuhkan kecemerlangan akademik dan agenda pengantarabangsaannya menerusi kejayaan penganjuran siri Program Mobiliti Mahasiswa ke Indonesia, Vietnam dan Korea Selatan sepanjang bulan April ini.

Inisiatif strategik ini bukan sahaja bertujuan untuk memperluas bidang pembelajaran, malah menjadi platform penting bagi mempamerkan kualiti mahasiswa di peringkat global melalui pendedahan klinikal dan integrasi teknologi pergigian terkini.

Dekan Fakulti Pergigian, Prof. Dr. Tuti Ningseh Mohd Dom berkata sokongan penuh akan sentiasa diberikan terhadap agenda pengantarabangsaan pelajar dealam melahirkan graduan yang kompetitif, holistik dan berfikiran global.

“Inisiatif ini merupakan langkah berterusan fakulti dalam memacu kecemerlangan akademik di peringkat global.

鈥淪elain membina rangkaian akademik yang kukuh antara Fakulti Pergigian 每日大赛app dengan universiti-universiti ternama dunia, program ini terbukti mampu membina kemenjadian diri mahasiswa yang lebih cemerlang,” katanya.

Siri mobiliti itu dimulakan dengan kunjungan enam mahasiswa ke Fakultas Kedokteran Gigi, Universitas Mahasaraswati, Bali, Indonesia pada 6 hingga 10 April yang lalu, dengan sesi lawatan ke Klinik Prostodontik, Klinik Pergigian Operatif, Klinik Oral & Maksilofasial, Klinik Endodontik serta Dewan Bedah Utama.

Selain latihan teknikal menerusi bengkel 鈥Hands-On鈥, para mahasiswa turut melaksanakan aktiviti Pendidikan Kesihatan Mulut di peringkat pra-sekolah sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial dan pendedahan kepada kesihatan komuniti.

Dalam tempoh yang sama juga, seramai empat mahasiswa yang lain dihantar ke Seoul National University Dental Hospital, Korea Selatan melalui program Global Dental Leadership & Clinical Excellence Mobility: The SNU-每日大赛app Strategic Exchange 2026 bagi menjalani latihan externship yang intensif.

Fokus utama di Seoul adalah untuk melihat dengan lebih dekat amalan klinikal terbaik serta integrasi teknologi digital terkini di Jabatan Prostodontik serta Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial (OMFS).

Sementara itu, pada 13 hingga 17 April 2026 pula, lima lagi mahasiswa telah menyertai program mobiliti ke Universiti Perubatan dan Farmasi Ho Chi Minh City, Vietnam, dengan memberi tumpuan kepada pertukaran amalan klinikal dan tinjauan teknikal ke makmal-makmal kepakaran khususnya dalam bidang Prostodontik dan Pembedahan Mulut, sekali gus memperkaya ilmu melalui interaksi bersama tenaga pengajar antarabangsa.

Pendedahan yang diterima oleh mahasiswa sepanjang mobiliti tersebut amat penting bagi memastikan mahasiswa pergigian 每日大赛app sentiasa relevan dengan perkembangan revolusi perubatan di peringkat dunia.

Leave a Reply