BANGI, 31 Oktober 2023 – Pusat Pengajian Citra Universiti (PPCU), ÿÈÕ´óÈüapp telah mengadakan mesyuarat bersama ÿÈÕ´óÈüapp eSports Arena bagi membincangkan kerjasama yang boleh dijalankan di antara kedua-dua belah pihak dalam sukan berteraskan e-Sport di peringkat ÿÈÕ´óÈüapp.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Nazri Muslim, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Jaringan), PPCU, ÿÈÕ´óÈüapp. Manakala pihak eSports Arena diwakili oleh Dr. Daniel Chong, Pengasas ÿÈÕ´óÈüapp eSports Arena.
Di dalam mesyuarat tersebut, kedua belah pihak bersetuju bahawa sukan berteraskan e-Sport sedang berkembang pesat di peringkat kebangsaan dan dunia. Perkara ini tidak hanya merangkumi aspek permainan hiburan semata-mata, tetapi turut melibatkan pengurusan acara, pengurusan korporat, pengurusan IT dan perancangan kewangan yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar.
Oleh itu, kerjasama antara PPCU dengan ÿÈÕ´óÈüapp eSports Arena amat digalakan tambahan pula PPCU telah menawarkan kursus eSport kepada pelajar ÿÈÕ´óÈüapp, manakala ÿÈÕ´óÈüapp eSports Arena telah mempunyai prasarana dan fasiliti yang terletak di Pusanika, ÿÈÕ´óÈüapp.
Di dalam pertemuan ini kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalinkan kerjasama diperingkat MoA bagi memajukan sukan berteraskan e-Sport.




