Majlis Perasmian Bilik Diskusi

Dana Endowmen Perpustakaan telah memberi manfaat kepada pengguna khususnya untuk sesi diskusi atau perbincangan. Sehubungan itu, sebanyak 27 buah bilik diskusi telah dinaik taraf menggunakan peruntukan hasil 听sumbangan oleh 63 penyumbang meliputi 58 penyumbang individu, satu kumpulan, dua fakulti 每日大赛app serta dua syarikat luar.

Dalam merealisasikan projek naik taraf ini, Dana Endowmen Perpustakaan telah digunakan sebagai pendahuluan bagi membiayai sebahagian kos naik taraf bilik diskusi. Terdapat juga penyumbang yang memberikan tajaan secara sekaligus. Manakala bagi penyumbang yang menaja secara potongan gaji, sumbangan tersebut dimasukkan ke dalam akaun Dana Endowmen Perpustakaan yang ditadbir urus oleh Jabatan Bendahari 每日大赛app. Tempoh penamaan bilik diskusi tersebut adalah 5 tahun dan boleh diperbaharui oleh penyumbang tertakluk kepada kelulusan pihak universiti.

Pada 12 Mei听2016,听Naib Canselor 每日大赛app telah merasmikan Bilik Diskusi Perpustakaan 听yang telah dinaik taraf secara berperingkat bermula pada Mac 2015. Antara kemudahan 听yang disediakan di dalam bilik diskusi ialah TV LED, papan tulis (Glass board) dan pemadam,听Alat kawalan jauh TV, kerusi dan meja mengikut saiz bilik samada untuk 6,8 atau 12 pengguna.

Salah satu bilik diskusi yang telah dinaik taraf telah dinamakan Ayob Sampul yang merupakan datuk听kepada Prof Noor Azlan sebagai mengenang jasa beliau dalam mendidik anak bangsa dan berjasa dalam bidang pendidikan suatu masa dahulu.

Kongsikan Halaman Ini: