Program Sarjana Muda Farmasi dengan Kepujian yang ditawarkan oleh Fakulti Farmasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) adalah bertujuan untuk menyediakan latihan profesional kepada pelajar sarjana muda secara sepenuh masa bagi melahirkan ahli farmasi masa depan.
Farmasi adalah bidang interdisiplin yang menyatukan pengetahuan sains perubatan dan kesihatan, kimia ubat-ubatan, perumusan ubat-ubatan, dan pencegahan dan pengurusan penyakit ke arah penjagaan pesakit. Setelah mempelajari pengetahuan asas ini, tahun seterusnya melibatkan pembelajaran berkaitan pembuatan ubat-ubatan, kaedah untuk menganalisa kualiti produk ubat, pendekatan untuk menguruskan terapi ubat pesakit, dan juga menjalankan penyelidikan.
Semasa latihan yang lebih mendalam pada tahun akhir tahun, anda akan menjalani sebenar tentang pembuatan farmaseutikal, pengurusan perniagaan farmasi, penyampaian perkhidmatan yang berkaitan dengan farmasi di hospital dan komuniti, pengurusan terapi dalam pesakit sebenar dan penerapan polisi yang berkaitan dengan farmasi, di mana kesemua ini akan melengkapkan anda dengan kemahiran pengurusan ubat yang berkualiti dengan memberi tumpuan kepada penjagaan pesakit yang berkualiti.
Ìý
Kemudahan pembelajaran kami terletak di Kampus Jalan Raja Muda ÿÈÕ´óÈüapp di tengah-tengah Kuala Lumpur. Sepanjang empat tahun pengajian bersama kami, anda akan mengalami pembelajaran di makmal bertaraf dunia, kilang pembuatan tiruan, pembelajaran aktif & suite/makmal simulasi farmasi klinikal, farmasi komuniti dalam kampus dan juga hospital pengajaran moden (Hospital Canselor Tuanku Muhriz).
Kampus bandar ini juga turut menempatkan fakulti lain yang berkaitan dengan kesihatan iaitu Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Pergigian. Kampus ini menyediakan platform yang baik bagi pelajar untuk mengenali pelajar-pelajar dari program kesihatan yang lain di mana ianya mungkin berakhir sebagai persahabatan sepanjang hayat.
Selain daripada kemudahan di kampus seperti perpustakaan dan kafe, kampus bandar ini juga turut menawarkan kepelbagaian kemudahan dengan akses mudah ke tempat makan dan minum, pusat membeli-belah, tempat-tempat menarik yang lain seperti taman rekreasi, dewan teater, dan galeri seni.
Penginapan pelajar di dalam kampus diibaratkan sebagai ‘rumah yang jauh dari rumah’ di mana anda akan tinggal dan belajar. Anda juga boleh menemui penginapan peribadi di luar kampus apabila anda semakin mengenali tempat-tempat di sekitar anda.
Fakulti: Fakulti Farmasi
Kampus: ÿÈÕ´óÈüapp Kampus Kuala Lumpur, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Ijazah: Ijazah Sarjana Muda Farmasi dengan Kepujian
Jangka masa pengajian: 4 tahun
Ìý
| Tahun 1 |
Ìý |
| Tahun 2 |
Ìý |
| Tahun 3 |
Ìý |
| Tahun 4 |
Ìý |
| Elektif |
Ìý |
Ìý
*ÿÈÕ´óÈüappi adalah permohonan untuk pelajar antarabangsa /selain UPU.
Ketua Program (Prasiswazah)
+603-9289-7265
kppffar@ukm.edu.my
Penolong Pendaftar/Ketua Pentadbiran
+603-9289-7783
Ìýkpffar@ukm.edu.my