Bantuan Kewangan Penerbitan Jurnal Terindeks 2026
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) komited dalam menyokong kecemerlangan penyelidikan warga akademik. Berikut adalah maklumat terkini mengenai bantuan kewangan bagi bayaran penerbitan jurnal terindeks bagi tahun 2026 yang berkuatkuasa mulai 13 April 2026.
DANA PECUTAN PENERBITAN (DPP) CRIM
Dana ini dikhususkan bagi penerbitan bertaraf tinggi:
- Kriteria: Bayaran hanya untuk jurnal terindeks Q1/Q2 WoS.
- Borang: Pemohon mestilah menggunakan BORANG DANA PECUTAN PENERBITAN CRIM (DPP).
DANA BANTUAN TABUNG FAKULTI
Dana ini disediakan bagi menyokong pelbagai kategori jurnal terindeks yang lain:
- Kriteria: Bayaran hanya untuk jurnal terindeks Q3/Q4 WoS, WoS ESCI, dan SCOPUS.
- Borang: Pemohon mestilah menggunakan BORANG DANA PECUTAN PENERBITAN FKAB.
Maklumat Penting Permohonan
Untuk memastikan kelancaran proses permohonan, sila ambil maklum perkara-perkara berikut:
- Tahun Penerbitan: Bantuan hanya dibenarkan bagi bayaran yuran penerbitan (Article Processing Charge) bagi artikel jurnal yang diterbitkan pada tahun 2026 sahaja.
- Kaedah Permohonan: Bagi tujuan penyelarasan maklumat dan mengelakkan keciciran, semua permohonan adalah secara atas talian melalui Google Form di pautan berikut: .
- Proses Kelulusan: Semua permohonan perlu dimajukan kepada Sekretariat Penyelidikan & Inovasi untuk semakan dan kelulusan sebelum proses penyediaan Daftar Bil dan pembayaran oleh unit Zon Kewangan 2.
Garis Panduan Dana Pecutan Penerbitan