ÿÈÕ´óÈüapp

Fakulti Sains Kesihatan ÿÈÕ´óÈüapp

Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia Peneraju Sains Kesihatan

Klinik Fisioterapi

Tentang Kami

Klinik Fisioterapi (sebelum ini di kenali sebagai Klinik Terapi Fizikal) ditubuhkan di bawah Program Fisioterapi, Fakulti Sains Kesihatan sejak 2008 bagi menyahut aspirasi ÿÈÕ´óÈüapp untuk berbakti menggunakan kemahiran dan kepakaran yang ada kepada komuniti. Klinik Fisioterapi ini menawarkan pembelajaran, pengajaran dan juga perkhidmatan Fisioterapi seperti penilaian dan perawatan pelbagai kes yang memerlukan pemulihan jangka pendek atau panjang. Klinik Fisioterapi juga turut menawarkan perkhidmatan saringan dan promosi kesihatan di klinik dan komuniti. Pelanggan kami terdiri daripada individu perseorangan dan daripada kumpulan sasaran khusus, yang dirujuk dari pelbagai disiplin samada dari hospital, klinik kerajaan dan swasta. Klinik ini juga berupaya menyediakan latihan kepada prasiswazah dan pembelajaran berterusan kepada kakitangan ke arah meningkatkan tahap profesionalisma serta mengembangkan fungsi Fakulti Sains Kesihatan sebagai pusat penyelidikan.

Visi Kami

Kami berusaha memberikan perkhidmatan rehabilitasi Fisioterapi yang komprehensif danÌý promosi kesihatan yang berkualiti tinggi berasaskan bukti kepada masyarakat dan komuniti setempat.

Objektif Kami

  1. Menyediakan perkhidmatan berfokuskan pelanggan (client-focused) yang berkualiti, komprehensif dan berpiawaian tinggi dengan penekanan kepada aspek promosi, pencegahan, rawatan dan pemulihan.Ìý
  2. Menyediakan pendidikan kesihatan kepada pelanggan serta komuniti.
  3. Mempromosikan gaya hidup sihat dan cergas kepada komuniti.
  4. Berkerjasama dengan agensi luar dalam menyediakan pelan strategik mengikut keperluan pihak berkepentingan (stakeholder).
  5. Menyediakan peluang latihan kepada prasiswazah dan pembelajaran berterusan kepada kakitangan ke arah meningkatkan tahap profesionalisma.
  6. Membantu mengukuhkan Fakulti Sains Kesihatan khususnya dan ÿÈÕ´óÈüapp amnya sebagai pusat penyelidikan klinikal.

Rujukan pelanggan ke Klinik Terapi Fizikal

  • Kami menerima pelanggan dengan rujukan daripada hospital/ klinik/ institusi kerajaan dan swasta. Kami juga mempertimbangkan kes rujukan sendiri atau tanpa temujanji.

Perkhidmatan yang ditawarkan

Klinik Fizikal Terapi FSK menawarkan perkhidmatan professional yang ditawarkan kepada masyarakat umum. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Penilaian dan perawatan rehabilitasi untuk kes
      • Kecederaan sukan dan muskuloskeletal
      • Kardiorespiratori
      • Neurologi
      • Peadiatrik
      • Geriatrik
      • Kesihatan wanita
  2. Pemulihan selepas pembedahan
  3. Promosi kesihatan dan kecergasanÌý
    • Ujian saringan (seperti Lung Function Test, PPE, Ujian Kekuatan Genggaman Tangan, Ujian Stamina)
  4. Perkhidmatan ke luar
    • Servis ke rumah (perseorangan)
      • Stroke Rehab,Ìý
      • Post-surgeri Rehab (TKR, THR, CABG, dll)
      • Geriatrik Rehab
      • Pediatrik Rehab (Cerebral Palsy, Global Delay Development, Down Syndrome, Spina Bifida, dll)
  1. Program SeminarÌý
    • ceramah dan demonstrasi senaman
    • ergonomik dan penjagaan tulang belakangÌý
    • bengkel senaman di tempat kerja,Ìý
  2. Program Terapi Berkumpulan
  3. Program Latihan Keseimbangan dan Peningkatan Fungsi Harian
  4. Program Rehabilitasi Pulmonari
  5. Program senaman kalangan obesiti (dewasa dan kanak-kanak)
  6. Program terapi permainan
  7. Program kecergasan sukanÌý
  8. Program antenatal dan postnatal
  9. Program Rehabilitasi Pilates
  10. Program Terapi Interaktif
  11. Program Pendidikan Kesihatan di Komuniti
  12. Program saringan kesihatan seperti Lung Function Test, PPE, Ujian Kekuatan Genggaman Tangan, Ujian Stamina
  13. Klinik Khas oleh pensyarah

Prosedur Penerimaan Rawatan di Klinik Terapi Fizikal

1. Sesi rawatan yang diberikan adalah mengikut temujanji. Temujanji boleh dibuatÌý melalui telefon atau hadir ke kaunter pendaftaran Klinik Terapi Fizikal. Beberapa dokumen penting yang diperlukan semasa pendaftaran, pelanggan diminta membawa dokumen berikut pada temujanji pertama;
  • Surat rujukan
  • Kad pengenalan / passportÌý
  • Surat jaminan daripada majikan (Staf kerajaan / badan berkanun)
  • Kad pesara
  • Surat daripada sekolah (pelajar sekolah rendah dan menengah)
  • Kad kebajikan (OKU)
2.ÌýLawatan rawatan pertama termasuklah penilaian awal oleh fisioterapi mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga 1Ìý jam. Rawatan susulan pula mengambil masa di antara 20 minit ke satu jam.

Jadual Operasi Perkhidmatan

Isnin-Khamis

Jam: 8.00 pagi – 12.00 petang
2.00 -  4.30 petang

Jumaat

Jam: 8.00 pagi– 12.00 petang
 2.45 – 4.30 petang

Sabtu, Ahad & Kelepasan Am

Tutup

Kenali Pegawai Pemulihan Kami

Mahfuzah Ahmad Mokhtar

Pegawai Pemulihan PerubatanÌý
BPT (Hons) (Malaysia)
Bidang Kepakaran: Neurologi
mahfuzah_amr@yahoo.com
03-92897442/ 01120742516

mahfuzah

Fazlina @ Asma Mohd Padzil

Pegawai Pemulihan PerubatanÌý
BPT (Hons) (Malaysia)

Bidang Kepakaran: Muskuloskeleta

fazlinafisio@ukm.edu.my

03-92897442/ 01120742516

Aida Safra Ruslan

Pegawai Pemulihan PerubatanÌý
BPT (Hons) (Malaysia), DipPT (Malaysia)
Bidang Kepakaran: Rehabilitasi Sukan
aidaruslan@ukm.edu.my
03-92897442/ 01120742516

Siti Nur Akma Kamaruddin

Jurupulih PerubatanÌý
DipPT (Malaysia)
Bidang Kepakaran: Pediatrik
nurakma87@ukm.edu.my
03-92897442/ 01120742516

Mohd Fahmi bin Aluwi

Pegawai Pemulihan Perubatan
BPT (Hons) (Malaysia)
Bidang Kepakaran: MS & CR
fahmi.aluwi@ukm.edu.my
03-92897442/ 013-6192861

Muhamad Hedir Mustaffa

Pembantu Operasi Pejabat
edir_8600@yahoo.comÌý
03-92897442

Muhamad Hedir Mustaffa
Prof. Madya Dr. Nor Azlin Mohd Nordin
Prof Madya Dr. Devinder Kaur Ajit SinghÌý
Dr Asfarina ZanudinÌý
Dr Normala Mesbah
Encik Mohd AzzuanÌý Ahmad
Nor Azura Azmi
Dr Nor Azura Azmi
Dr Noor Hafifi Ibrahim

Kepakaran Kumpulan Akademik

Kemudahan Klinik Terapi Fizikal

Ruang Rawatan Pediatrik
Terapi Interaktif
Program kecergasan sukan
Play Therapy
Senaman BerkumpulanÌý Ìý
ÌýAktiviti Jom AktifÌý
Ruangan Senaman
Ruang Senaman
Jim Pelbagai Guna
Latihan Keseimbangan
Kemudahan latihan berjalan menggunakan parallel bar bagi kanak-kanak

Hubungi Kami

Alamat

Klinik Fisioterapi
Program Fisioterapi,
Fakulti Sains Kesihatan, ÿÈÕ´óÈüapp
Aras G, Blok F
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur.

telefon

03-92497958/ 01120742516

Masa operasi

Isnin-Jumaat: 8.30 am – 4.30 pm

Sabtu & Ahad: Tutup

Ikuti kami