Berita | Centre for Innovation & Technology Transfer /inovasi-ukm Centre for Innovation & Technology Transfer | Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi Wed, 04 Mar 2026 03:06:33 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 LAWATAN TAPAK GELIGA HERITAGE SDN. BHD. – Inisiatif Pemindahan Ilmu & Pengkomersialan Komuniti /inovasi-ukm/ms/lawatan-tapak-geliga-heritage-sdn-bhd-inisiatif-pemindahan-ilmu-pengkomersialan-komuniti/ /inovasi-ukm/ms/lawatan-tapak-geliga-heritage-sdn-bhd-inisiatif-pemindahan-ilmu-pengkomersialan-komuniti/#respond Wed, 04 Mar 2026 00:28:16 +0000 /inovasi-ukm/?p=14595 Bundu Tuhan, Kundasang, Sabah 9–11 Februari 2026 Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@ÿմapp™) telah melaksanakan lawatan tapak bagi menyempurnakan fasa pemindahan ilmu dan teknologi kepada

The post LAWATAN TAPAK GELIGA HERITAGE SDN. BHD. – Inisiatif Pemindahan Ilmu & Pengkomersialan Komuniti first appeared on Centre for Innovation & Technology Transfer.]]>

Bundu Tuhan, Kundasang, Sabah

9–11 Februari 2026

Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@ÿմapp™) telah melaksanakan lawatan tapak bagi menyempurnakan fasa pemindahan ilmu dan teknologi kepada Komuniti Dumowongi, Bundu Tuhan, Kundasang, Sabah melalui syarikat pemula ÿմapp, Geliga Heritage Sdn. Bhd.

Inisiatif ini merupakan projek di bawah pembiayaan Program i-SEE SME Corp bernilai RM190,000 yang bertujuan memperkasa komuniti B40 melalui penghasilan produk nilai tambah daripada hasil pertanian yang ditolak pasaran, khususnya ubi keledek dan bawang.

Melalui pendekatan berstruktur, komuniti telah menerima:

• Mesin pemprosesan yang dibiayai sepenuhnya di bawah geran

• Latihan teknikal secara hands-on

• Pemindahan “Modul Pengeringan Tanaman Sayur” yang dilindungi hak cipta MyIPO

• Pelesenan know-how secara rasmi bernilai RM30,000

Sepanjang sesi pelaksanaan, komuniti berjaya menghasilkan kelompok percubaan melibatkan minuman ubi keledek, kerepek ubi keledek dan bawang goreng, membuktikan kesiapsiagaan untuk memulakan pengeluaran komersial.

Sebelum projek ini dilaksanakan, hasil pertanian yang tidak memenuhi spesifikasi pasaran sering dibuang dan menyebabkan kerugian pendapatan kepada petani kecil. Kini, hasil tersebut diproses menjadi produk hiliran bernilai tambah yang berpotensi dipasarkan secara terus kepada pengguna.

Inisiatif ini bukan sekadar latihan biasa, tetapi satu model pemindahan teknologi yang formal dan berintegriti melibatkan struktur pelesenan yang jelas. Ia memperlihatkan model ekosistem yang mampan

Program ini turut membuktikan komitmen INOVASI@ÿմapp™ dalam menggabungkan agenda pengkomersialan teknologi dengan impak sosial yang signifikan kepada masyarakat luar bandar.

INOVASI@ÿմapp akan terus komited memperluas model pemindahan ilmu berimpak tinggi demi menyokong pembangunan ekonomi komuniti dan memperkukuh peranan universiti sebagai pemangkin inovasi negara.

Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@ÿմapp™)
Memacu Inovasi, Mencetus Revolusi

The post LAWATAN TAPAK GELIGA HERITAGE SDN. BHD. – Inisiatif Pemindahan Ilmu & Pengkomersialan Komuniti first appeared on Centre for Innovation & Technology Transfer.]]>
/inovasi-ukm/ms/lawatan-tapak-geliga-heritage-sdn-bhd-inisiatif-pemindahan-ilmu-pengkomersialan-komuniti/feed/ 0
Lawatan Kerja Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) ÿմapp ke INOVASI@ÿմapp /inovasi-ukm/ms/lawatan-kerja-timbalan-naib-canselor-hal-ehwal-penyelidikan-dan-inovasi-ukm-ke-inovasiukm/ /inovasi-ukm/ms/lawatan-kerja-timbalan-naib-canselor-hal-ehwal-penyelidikan-dan-inovasi-ukm-ke-inovasiukm/#respond Tue, 06 Jan 2026 06:36:56 +0000 /inovasi-ukm/?p=14518 INOVASI@ÿմapp telah menerima Lawatan Kerja daripada YBhg. Prof. Dr. Ismanizan Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) pada 5 Januari 2026 bertempat di

The post Lawatan Kerja Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) ÿմapp ke INOVASI@ÿմapp first appeared on Centre for Innovation & Technology Transfer.]]>
INOVASI@ÿմapp telah menerima Lawatan Kerja daripada YBhg. Prof. Dr. Ismanizan Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) pada 5 Januari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat INOVASI@ÿմapp.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau secara menyeluruh kefungsian INOVASI@ÿմapp meliputi aspek struktur organisasi, objektif, pelaksanaan fungsi, pengurusan sumber manusia, aset, kewangan serta perbincangan berkaitan isu dan cabaran semasa.
Sesi ini turut memberi ruang kepada interaksi dua hala bersama warga INOVASI@ÿմapp, sekali gus memperkukuh kefahaman, penyelarasan hala tuju serta komitmen bersama dalam memperkasakan ekosistem inovasi dan pemindahan teknologi universiti.
INOVASI@ÿմapp merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian YBhg. Prof. Dr. Ismanizan Ismail meluangkan masa untuk sesi lawatan kerja ini.
Diharapkan lawatan ini menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dan pencapaian yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@ÿմapp™)
Memacu Inovasi, Mencetus Revolusi
The post Lawatan Kerja Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) ÿմapp ke INOVASI@ÿմapp first appeared on Centre for Innovation & Technology Transfer.]]>
/inovasi-ukm/ms/lawatan-kerja-timbalan-naib-canselor-hal-ehwal-penyelidikan-dan-inovasi-ukm-ke-inovasiukm/feed/ 0