ÿÈÕ´óÈüapp

PROFIL PUSAT PENGURUSAN PENJANAAN ÿÈÕ´óÈüapp


Pusat Pengurusan Penjanaan ÿÈÕ´óÈüapp (JANA@ÿÈÕ´óÈüapp) merupakan pusat yang dipertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan aktiviti penjanaan pendapatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp).

Ditubuhkan pada 1 Ogos 2015 dengan nama asal Khazanah-ÿÈÕ´óÈüapp, pusat ini diketuai oleh Pro-Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) yang juga berperanan sebagai Pengarah Eksekutif. Operasi awal JANA@ÿÈÕ´óÈüapp dijalankan dengan menggunakan sumber manusia sedia ada dari Bahagian Pengurusan Harta dan Jaminan Kualiti, Jabatan Bendahari.

Penubuhan JANA@ÿÈÕ´óÈüapp adalah selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang menekankan keperluan Universiti Awam untuk menjana pendapatan sendiri bagi mengurangkan kebergantungan kepada dana awam. Sasaran penjanaan yang ditetapkan ialah 30% daripada keseluruhan kos operasi menjelang tahun 2020.

Fungsi Utama

Antara fungsi JANA@ÿÈÕ´óÈüapp ialah mengenal pasti peluang aktiviti penjanaan dalam atau luar universiti yang bersesuaian dengan kerjasama pusat tanggungjawab (PTJ) dan entiti lain. Selain itu, pusat ini juga menggerakkan aktiviti penjanaan yang merangkumi skop tawaran program pendidikan, penggunaan aset, kepakaran, penyewaan, pelaburan, penjualan produk serta pengkomersialan produk penyelidikan. Fungsi ini turut meliputi pengembangan perniagaan, penyediaan perkhidmatan dan aktiviti berkaitan filantropi serta kedermawanan. Di samping itu, JANA@ÿÈÕ´óÈüapp turut berperanan dalam merancang dan melaksanakan inisiatif yang menekankan kepada kecekapan operasi dan penjimatan bagi memastikan kelestarian kewangan universiti.

Misi

Sumber pendapatan dan kekayaan berterusan untuk ÿÈÕ´óÈüapp

"Inexhaustible fountion of wealth and income for ÿÈÕ´óÈüapp"

Visi

Merancang dan mengerakkan penjanaan dengan menggunakan sumber universiti dengan optimum.

PERKHIDMATAN

Strategi Pembangunan Hartanah

JANA@ÿÈÕ´óÈüapp bertanggungjawab merancang, menyelaras dan melaksanakan projek pembangunan hartanah universiti. Selain itu, pusat ini juga mengurus penilaian kadar sewaan ruang, kemudahan dan peralatan bagi memastikan aset universiti dimanfaatkan secara optimum serta dapat menyumbang kepada peningkatan pendapatan universiti. 

Pembangunan Pendapatan

JANA@ÿÈÕ´óÈüapp merancang, menilai dan melaksanakan projek penjanaan baharu yang dicadangkan oleh JANA@ÿÈÕ´óÈüapp sendiri, pusat tanggungjawab (PTJ), mahupun melalui kerjasama dengan pihak swasta dan agensi luar. Inisiatif ini bertujuan memperluas sumber kewangan universiti secara berdaya saing dan mampan.

Fasiliti dan Digital

JANA@ÿÈÕ´óÈüapp menyediakan perkhidmatan fasiliti dan digital yang merangkumi penyewaan ruang serta dewan, pengurusan ladang kelapa sawit, penyediaan pencawang elektrik dan pembangunan sistem digital bagi menyokong kecekapan operasi universiti.