Pada 21 Ogos 2025 (Khamis), Bahagian Pembangunan Pendapatan JANA@ÿÈÕ´óÈüapp telah mengadakan lawatan dan sesi perbincangan strategik bersama pihak Tadika Tunas, Fakulti Pendidikan ÿÈÕ´óÈüapp.
Ìý
Objektif lawatan ini adalah bagi mendapatkan gambaran awal tentang pengurusan tadbir urus dan operasi semasa Tadika Tunas ÿÈÕ´óÈüapp, meneliti kemudahan sedia ada, serta meneroka idea bagi memperkasa perancangan penubuhan Pusat Jagaan Kanak-Kanak ÿÈÕ´óÈüapp yang lebih holistik dan inklusif.
Ìý
Turut hadir dalam sesi ini adalah YBrs. Dr. Afifuddin Husairi Mat Jusoh @ Hussain, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Pendapatan) JANA@ÿÈÕ´óÈüapp, Puan Intan Nur Ain Isewan & Puan Salmiah Bujang, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Fakulti Pendidikan ÿÈÕ´óÈüapp dan wakil JANA@ÿÈÕ´óÈüapp – En. Noor Irwan Amri dan Cik Husna Shakira Mohamad Nor.
Ìý
Lawatan ini membuka ruang kerjasama lebih kukuh antara JANA@ÿÈÕ´óÈüapp dan Fakulti Pendidikan ÿÈÕ´óÈüapp dalam membangunkan ekosistem penjagaan kanak-kanak yang kondusif, berkualiti, serta menyokong aspirasi ÿÈÕ´óÈüapp sebagai universiti lestari dan mesra komuniti.