ÿÈÕ´óÈüapp

Mesyuarat Pemerkasaan Tadika Tunas ÿÈÕ´óÈüapp dan Makmal Pembelajaran Autisme ÿÈÕ´óÈüapp

10 September 2025

Pada 29 Ogos 2025 (Jumaat), Bahagian Pembangunan Pendapatan JANA@ÿÈÕ´óÈüapp telah mengadakan mesyuarat bersama Fakulti Pendidikan (FPEND), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Jabatan Pendaftar, ROSH, Tadika Tunas ÿÈÕ´óÈüapp serta Makmal Autisme ÿÈÕ´óÈüapp.
Ìý
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pro-Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana), YBhg. Prof. Sr Ts. Dr. Adi Irfan Che Ani. Antara ahli yang terlibat dalam mesyuarat ini adalah Dekan FSSK ÿÈÕ´óÈüapp, YBhg. Prof. Dr. Kadaruddin Aiyub, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Pendapatan) JANA@ÿÈÕ´óÈüapp, YBrs. Dr. Afifuddin Husairi Mat Jusoh @ Hussain, Timbalan Pengarah (Pengurusan Risiko) ROSH-ÿÈÕ´óÈüapp, YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Hafizuddin Syah Bangaan Abdullah dan Timbalan Dekan (Prasiszawah) FPEND. Turut hadir, wakil daripada Makmal Autisme ÿÈÕ´óÈüapp, Tadika Tunas ÿÈÕ´óÈüapp, JANA@ÿÈÕ´óÈüapp dan wakil daripada Jabatan Pendaftar.
Ìý
Mesyuarat ini bertujuan mendapatkan maklumbalas serta perkongsian idea antara PTj yang terlibat berkaitan aspek pengurusan dan pengoperasian semasa Tadika Tunas ÿÈÕ´óÈüapp. Selain itu, mesyuarat ini juga membincangkan perancangan bagi memperkasa perancangan penubuhan Pusat Jagaan Kanak-Kanak ÿÈÕ´óÈüapp yang lebih holistik, inklusif dan mampan.
Ìý
Seiring dengan perkembangan tersebut, perhatian juga diberikan kepada pengembangan perkhidmatan intervensi awal khususnya kepada murid berkeperluan khas autism. Dalam usaha menambahbaik aspek pendidikan awal, cadangan memperkasa Makmal Pembelajaran Autisme ÿÈÕ´óÈüapp turut dibincangkan sebagai pusat penyelidikan dan latihan yang inovatif dan berintegrasi.
Ìý
Langkah-langkah ini diharapkan dapat menyokong visi ÿÈÕ´óÈüapp dalam menyediakan ekosistem pendidikan awal kanak-kanak yang kondusif, mesra komuniti dan menyeluruh untuk warga kampus. Ia juga memperkukuhkan tanggungjawab universiti dalam usaha menyediakan perkhidmatan pendidikan berkualiti tinggi yang berdaya tahan dan inklusif dalam membentuk generasi masa depan.