JANA@ÿÈÕ´óÈüapp telah mengadakan sesi perbincangan bersama Dekan Fakulti Undang-Undang (FUU) bagi memastikan fasiliti kafeteria di FUU dapat terus beroperasi dengan baik. Perbincangan ini turut menumpukan kepada pelaksanaan Tawaran Sewaan Sementara (TSS) kepada operator sedia ada yang terkesan akibat pandemik COVID-19, sebagai langkah sokongan dan pemulihan operasi perniagaan. Inisiatif ini selaras dengan usaha ÿÈÕ´óÈüapp dalam memastikan kelestarian perkhidmatan kepada warga kampus, khususnya pelajar.