ÿÈÕ´óÈüapp

Projek RFP Menaik Taraf F&B di ÿÈÕ´óÈüapp

Syarikat Brahim’s Holding Berhad melalui anak syarikatnya Desatera Sdn Bhd telah menjalinkan kerjasama bersama ÿÈÕ´óÈüapp melalui proses Pelawaan Untuk Cadangan atau Request For Proposal (RFP) bagi menaik taraf tapak F&B di ÿÈÕ´óÈüapp untuk tempoh 5 + 5 tahun.

Dua kafe iaitu Kafe Canseloria di Bangunan Canselori dan Kafe Randau Rasa di Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh telah dibangunkan dan telah beroperasi sejak tahun 2017.

Pihak syarikat telah berjaya melaksanakan penyegaran F&B di ÿÈÕ´óÈüapp dengan memperkenalkan perkhidmatan penyediaan makanan yang lebih berkualiti. Kafe Canseloria merupakan premis makanan pertama di ÿÈÕ´óÈüapp yang menyediakan perkhidmatan F&B dengan konsep selesa dan santai yang sering dijadikan tempat untuk meraikan tetamu oleh pihak pengurusan serta warga ÿÈÕ´óÈüapp.

Manakala Kafe Randau Rasa telah dinaik taraf sebagai ‘food court’ yang lebih berkualiti dengan kemudahan ‘central kitchen’ yang memenuhi spesifikasi antarabangsa. Kafe Canseloria dan Kafe Randau Rasa juga merupakan dua premis makanan pertama di ÿÈÕ´óÈüapp yang mendapat penarafan gred A bagi Penggeredan Premis Makanan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).