Issue logo

Jurnal Ekonomi Malaysia

59 (3) 2025 45 – 59


Adakah Amalan Pertanian Baik Bertindak sebagai Pengantara atau Penyederhana dalam Produktiviti Sawit Malaysia?
Are Good Agricultural Practices Act as Mediators or Moderators in Malaysia Palm Oil Productivity?

Unit Penyelidikan Tekno-ekonomi
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
43000 Bandar Baru Bangi, Kajang, Selangor, MALAYSIA.

kamalrudin@mpob.gov.my

Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur, MALAYSIA.

atiqah@upnm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 每日大赛app Bangi, Selangor, MALAYSIA.

ida@ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 每日大赛app, Bangi, Selangor, MALAYSIA.

norshamliza@ukm.edu.my

Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan
Universiti Malaysia Sabah
88400 Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA.

rozilee@ums.edu.my

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap pelaksanaan Amalan Pertanian Baik (APB) oleh Pekebun Kecil Persendirian (PKP) selepas pengenalan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) serta mengenal pasti peranan APB terhadap produktiviti mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah pensampelan bertujuan, iaitu melibatkan 564 orang responden dalam kalangan PKP yang telah memperoleh pensijilan MSPO di Malaysia. Data dikumpulkan melalui temu bual berdasarkan soal selidik dan dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif serta Pemodelan Persamaan Berstruktur atau Structural Equation Modeling (SEM). Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap perlaksanaan APB oleh PKP adalah tinggi, iaitu 87.03 peratus. Selain itu, APB berperanan sebagai penyederhana dalam hubungan antara buruh dengan produktiviti sawit, namun bukan sebagai pengantara. Kajian ini memperkukuh pemahaman tentang peranan APB terhadap produktiviti pekebun kecil serta memperkenalkan perspektif baharu mengenai fungsi APB sebagai penyederhana dalam model ekonomi pertanian. Dapatan kajian menekankan tentang kepentingan latihan berterusan kepada buruh bagi memastikan pelaksanaan APB lebih berkesan. Pihak berkepentingan seperti MPOB perlu memperluas program latihan dan sokongan kepada pekerja ladang bagi meningkatkan produktiviti pekebun kecil secara mampan.

Keywords

amalan pertanian baik; buah tandan segar; input; pekebun kecil; pertanian

Bibliography

Export Bibliography

Mohamed Salleh, K., Mohd Suib, N. A., Mohd Salleh, N. H., Chamhuri, N., & Asid, R. (2025). Adakah Amalan Pertanian Baik Bertindak sebagai Pengantara atau Penyederhana dalam Produktiviti Sawit Malaysia?. Jurnal Ekonomi Malaysia, 59(3), 45–59. http://dx.doi.org/10.17576/JEM-2025-5903-4

@article{salleh2025adakah,
  title={Adakah Amalan Pertanian Baik Bertindak sebagai Pengantara atau Penyederhana dalam Produktiviti Sawit Malaysia?},
  author={Mohamed Salleh, Kamalrudin and Mohd Suib, Nurul Atiqah and Mohd Salleh, Norlida Hanim and Chamhuri, Norshamliza and Asid, Rozilee},
  journal={Jurnal Ekonomi Malaysia},
  volume={59},
  number={3},
  pages={45—59},
 

year={2025},
}


Receive updates when new articles are published.