Jurnal Ekonomi Malaysia
59 (3) 2025 61 – 79
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 每日大赛app, Bangi Selangor, MALAYSIA
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 每日大赛app, Bangi Selangor, MALAYSIA
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
Gong Badak 21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman, MALAYSIA
Universiti Kuala Lumpur
Kuala Lumpur Campus
Lot 4-12, Quill City Mall,
1018 Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis hubungan dinamik antara enam pemboleh ubah makroekonomi utama di Malaysia, iaitu Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP), kadar faedah antara bank (KLIBOR), Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI), Indeks Harga Pengguna (CPI), kadar pengangguran (UNEMPL), dan harga minyak mentah dunia West Texas Intermediate (WTI) bagi tempoh 2010 hingga 2024. Kajian ini menggunakan pendekatan statistik deskriptif, analisis korelasi Pearson, dan kaedah Wavelet Transform Coherence (WTC) bagi menilai korelasi antara pemboleh ubah ini berubah mengikut masa dan frekuensi. Dapatan menunjukkan bahawa GDP dan KLIBOR lebih stabil berbanding UNEMPL dan WTI yang volatil, khususnya semasa krisis seperti pandemik COVID-19. Hubungan positif kukuh ditemui antara CPI dan WTI, manakala GDP dan UNEMPL menunjukkan korelasi negatif yang menyokong Okun鈥檚 Law. Namun, terdapat penemuan bercanggah dengan teori lepas, antaranya hubungan negatif antara KLIBOR dan UNEMPL serta korelasi lemah antara GDP dan KLCI, yang menggambarkan realiti struktur ekonomi Malaysia yang kompleks. Kajian ini memberi implikasi penting kepada pembuat dasar dalam merangka polisi monetari dan fiskal yang responsif, pelabur dalam mengurus risiko portfolio, serta penyelidik untuk memperluas pemahaman tentang interaksi indikator makroekonomi di negara sedang membangun.
Keywords
Bibliography
Export Bibliography
@article{abdullah2025analisis,
title={Analisis Empirikal Hubungan antara Indikator Makroekonomi dan Kestabilan Ekonomi di Malaysia},
author={Abdullah, Ahmad Monir and Meor Rithuan, Syahidah Hanis and Abdullah, Hamdy and Wan Abdul Aziz, Wan Muhd Nasrul Hadi},
journal={Jurnal Ekonomi Malaysia},
volume={59},
number={3},
pages={61—79},
}
Receive updates when new articles are published.

