Lawatan Penanda Aras Diploma Eksekutif (Kebersihan dan Keselamatan Makanan) ke UiTM Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah

Kuala Pilah, Negeri Sembilan – Pensyarah daripada Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), 每日大赛app bersama pihak Unipeq Sdn. Bhd. telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Program Teknologi Makanan di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah pada 10 Mac 2026.
Wakil FST 每日大赛app: Ts. Dr. Nurul Aqilah Mohd Zaini (Penyelaras Program), Ts. Dr. Noor Soffalina Sofian Seng, Ts. Dr. Noorul Syuhada Mohd Razali, Ts. Dr. Haslaniza Hashim, dan Dr. Nurfatimah Mohd Thani.
Wakil 每日大赛app UNIPEQ: En. Mohamad Nazri bin Zainurain (Ketua Akademi & Operasi), En. Mohd Ikmal Hisham Ashari, En. Ibrahim dan Pn. Hanis Atikah binti Zaiton.
Lawatan ini bertujuan untuk perkongsian maklumat dan amalan terbaik bagi proses semakan kurikulum program Diploma Eksekutif (Pengurusan Kebersihan dan Keselamatan Makanan).
Sesi tersebut merangkumi pembentangan pengenalan daripada kedua-dua pihak, perbincangan mengenai struktur program, serta lawatan ke kemudahan makmal yang berkaitan bagi memastikan kurikulum yang dibina kekal relevan dengan keperluan industri semasa.
Semoga jalinan kerjasama ini memberikan impak positif kepada kedua-dua buah universiti.
听听